Tindakan pengacara Uyaina Arshad melakukan aktiviti bersenam dengan berlari di atas mesin treadmill sambil memakai skirt beropol menarik perhatian pengikutnya dalam Instagram. Rata-rata bimbang keselamatan pengacara itu jika terjatuh kerana memakai pakaian yang tidak bersesuaian sewaktu bersenam.
Menerusi video yang dikongsikan Uyaina dalam Instagram miliknya, pengacara program Wanita Hari Ini itu dilihat sedang berlari di atas mesin treadmill sambil memakai skirt labuh dan beropol daripada jenis fabrik net (jaring). |
ADVERTISEMENT