CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1489|Reply: 4

Risau Tengok Uyaina Berlari Atas 'Treadmill' Pakai Skirt Beropol

[Copy link]
Post time 8-4-2023 10:32 PM | Show all posts |Read mode
Tindakan pengacara Uyaina Arshad melakukan aktiviti bersenam dengan berlari di atas mesin treadmill sambil memakai skirt beropol menarik perhatian pengikutnya dalam Instagram.


Rata-rata bimbang keselamatan pengacara itu jika terjatuh kerana memakai pakaian yang tidak bersesuaian sewaktu bersenam.


Menerusi video yang dikongsikan Uyaina dalam Instagram miliknya, pengacara program Wanita Hari Ini itu dilihat sedang berlari di atas mesin treadmill sambil memakai skirt labuh dan beropol daripada jenis fabrik net (jaring).




“Teruskan berusaha. Perjalanan saya masih panjang untuk mendapatkan berat badan idaman. Lagi beberapa kilo sahaja lagi!


“Saya telah melakukan pelbagai cara seperti Zumba, pilates, Muay Thai, berlari dan berjalan. Saya tidak boleh kekal lama untuk satu-satu jenis senaman sahaja sebab cepat bosan,” tulis Uyaina.


Bagaimanapun, tumpuan netizen tertumpu pada pakaian yang dikenakan pengacara berusia 30 tahun itu kerana dianggap tidak sesuai, malah boleh mengundang bahaya pada diri sendiri.


“Kita pula yang risau tengik kain (skirt) tu. Hati-hati. Tak pun cari pakaian sesuai. Ada banyak baju Muslimah yang selesa untuk bersenam,” tegur seorang pengikutnya.


“Tak bahaya ke pakai skirt begitu?” soal seorang lagi pengikutnya.


“Hati-hati, takut tertonggeng nanti,” kata seorang pengguna Instagram.



  



Menerusi maklumbalas yang ditinggalkan, Uyaina atau nama lengkapnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad berkata dia selesa dengan pakaian yang digunakan itu sewaktu bersenam dan meminta peminatnya supaya tidak bimbang atas keselamatan dirinya.


Sekadar info, Uyaina telah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Raja Syahiran pada 20 Disember 2021 dan dikurniakan seorang cahaya kata lelaki pada 8 September 2022 yang diberi nama Raja Urhan.





Sumber: KOSMO! ONLINE



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2023 11:52 PM | Show all posts
Lho, pemende mende ni pun kene bukak thread?
Dah terang2 mmg die pakai camtu untuk attention
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2023 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia pakai utk content medsos diaaa..
Irl dia pakai leggings leiii..
Kang netz jugak yg meghoyan pasal yg tsembul yg mgelebeh yada³..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2023 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp mmg x proper pun pakaian dia.. Benda x jd x pe...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2023 08:25 AM | Show all posts
hmm dia ni kan attntion seeker mencik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-10-2024 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.039319 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list