Pelakon Safwan Nazri berdepan ujian apabila anaknya yang baru berusia 26 hari terpaksa dimasukkan ke Hospital Putrajaya akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Kata Safwan, 29, anaknya yang diberi nama Cinta Sofia itu kini masih lagi dalam pemantauan dan berada di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).
Menurutnya berkemungkinan Sofia terkena jangkitan itu daripada orang yang datang melawat anaknya itu di rumah. “Kita pun tak boleh nak halang orang nak datang melawat anak. Perkara dah nak jadi. Saya tidak boleh nak salahkan sesiapa tapi perlu beringat bahawa bayi ini amat sensitif. “Sekarang anak saya dalam wad pengasingan dan doktor berikan antibiotik untuk tempoh lima hingga tujuh hari. Jika semuanya okey akan dibenarkan pulang,” katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu. Safwan sebelum itu turut memuat naik video berkongsi perkembangan anaknya di laman Instagram.
Tambahnya apa yang berlaku juga membuatkan dia trauma selepas isteri mengalami keguguran sebelum ini ketika usia kandungan sudah memasuki empat bulan. “Sebelum ini isteri pernah gugur dan nak dapatkan anak yang ini pun bukan mudah. Jadi saya memang agak trauma bila anak masuk hospital. “Baru sahaja nak rasa perasaan gembira dapat cahaya mata, tetapi diberi ujian sebegini pula. Nak dekat dengan baby pun tak boleh,” ujarnya. Dalam pada itu, Safwan turut meluahkan kebimbangan dengan keadaan isterinya yang masih dalam tempoh berpantang. “Isteri memang sedih dan beremosi. Sayalah kena kuat untuk dia. Saya pun dah tak boleh nak fikir hal lain sekarang sebab kena beri tumpuan kepada anak kami,” jelasnya. Untuk rekod, Safwan mendirikan rumah tangga dengan Fathin Nur Amalina pada Mac tahun lalu. Sumber: mStar |
arffa replied at 8-4-2023 09:25 AM
Kat rumah ada orang merokok atau vaping tak? Benda tu pun kena ambil kira.
dua_chzy replied at 8-4-2023 05:58 PM
Atau kucing.
Atau kapet pengumpul habuk...
doubleA replied at 9-4-2023 01:31 AM
Gws baby, baby kuat inshaAllah. Masa iols bersalin dan pantang dulu pkp jadi takda budaya lawat mela ...
ADVERTISEMENT