CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1729|Reply: 16

Safwan Nazri Sedih Anak Masuk Nicu Akibat Jangkitan Kuman, Bimbang Emosi Isteri Sedang Berpantang

[Copy link]
Post time 8-4-2023 03:01 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon Safwan Nazri berdepan ujian apabila anaknya yang baru berusia 26 hari terpaksa dimasukkan ke Hospital Putrajaya akibat jangkitan kuman pada paru-paru.


Kata Safwan, 29, anaknya yang diberi nama Cinta Sofia itu kini masih lagi dalam pemantauan dan berada di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).


Menurutnya berkemungkinan Sofia terkena jangkitan itu daripada orang yang datang melawat anaknya itu di rumah.






“Kita pun tak boleh nak halang orang nak datang melawat anak. Perkara dah nak jadi. Saya tidak boleh nak salahkan sesiapa tapi perlu beringat bahawa bayi ini amat sensitif.


“Sekarang anak saya dalam wad pengasingan dan doktor berikan antibiotik untuk tempoh lima hingga tujuh hari. Jika semuanya okey akan dibenarkan pulang,” katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.


Safwan sebelum itu turut memuat naik video berkongsi perkembangan anaknya di laman Instagram.


Tambahnya apa yang berlaku juga membuatkan dia trauma selepas isteri mengalami keguguran sebelum ini ketika usia kandungan sudah memasuki empat bulan.






“Sebelum ini isteri pernah gugur dan nak dapatkan anak yang ini pun bukan mudah. Jadi saya memang agak trauma bila anak masuk hospital.


“Baru sahaja nak rasa perasaan gembira dapat cahaya mata, tetapi diberi ujian sebegini pula. Nak dekat dengan baby pun tak boleh,” ujarnya.


Dalam pada itu, Safwan turut meluahkan kebimbangan dengan keadaan isterinya yang masih dalam tempoh berpantang.



“Isteri memang sedih dan beremosi. Sayalah kena kuat untuk dia. Saya pun dah tak boleh nak fikir hal lain sekarang sebab kena beri tumpuan kepada anak kami,” jelasnya.


Untuk rekod, Safwan mendirikan rumah tangga dengan Fathin Nur Amalina pada Mac tahun lalu.







Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2023 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Get well soon Cinta Sofia..
Kalau boleh, kene lokek sikit hal anak ni. Jgn bagi org cium2, peluk2 baby tu sgt. Bila baby tu sakit, parents jgk yg susah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2023 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga Cinta Sofia diberikan kesembuhan segera.. bab anak nih iolls lemah sikit..boleh bygkn the misery of parents
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2023 04:32 PM | Show all posts
semoga cepat sembuh aminnn
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2023 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian wife dia. Nnti ank second sure trauma
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2023 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga baby sofea cepat sembuh..
Semoga parent kuat ye .muda lg baby tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2023 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat rumah ada orang merokok atau vaping tak? Benda tu pun kena ambil kira.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2023 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
arffa replied at 8-4-2023 09:25 AM
Kat rumah ada orang merokok atau vaping tak? Benda tu pun kena ambil kira.

Atau kucing.

Atau kapet pengumpul habuk...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2023 07:50 PM | Show all posts
Macam baby iols Oct last year, kena lung infection jugak. Dia dlm 24 hari time tu. 2 minggu dlm wad, 10 hari intubated. Memang time tu pantang dah kelaut. Hari2 nangis, smpi doctor pun bole pass tissue kat I. Sedihnya kalau teringat. Dia kena RSV. Sepupu husband I, baby dia pun kena RSV jugak dlm tempoh lebih kurang sama. Tapi, anak dia tak dapat diselamatkan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2023 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga cepat sembuh
Aku bab ank2 sakit ni even batuk or selsema je pun dah bikin susah hati
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2023 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Gws baby..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2023 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Smoga cpt sht baby girl
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2023 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya kena jaga emosi bini nya. Ibu lepas bersalin mmg sgt fragile. Sbb tu masa berpantang adalah saat crucial utk dijaga emosi dan fizikal si ibu. Semoga baby cepat sihat
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2023 01:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Gws baby, baby kuat inshaAllah. Masa iols bersalin dan pantang dulu pkp jadi takda budaya lawat melawat, ada hikmah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2023 01:36 AM From the mobile phone | Show all posts
xpe. Baby dlm nicu pun masih boleh jadikan konten.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2023 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 8-4-2023 05:58 PM
Atau kucing.

Atau kapet pengumpul habuk...

Ya banyak kemungkinan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2023 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 9-4-2023 01:31 AM
Gws baby, baby kuat inshaAllah. Masa iols bersalin dan pantang dulu pkp jadi takda budaya lawat mela ...

Kan.. iols pun suka konsep masa pkp dulu, tak boleh melawat. Memang banyak kebaikannya
alangkah bagus kalau diteruskan.Makk dan baby @ pesakit betul2 boleh berehat. Kadang2 penat nak layan orang datang melawat ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.193995 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list