CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Qasrina Akui Rapat Dengan Mierul Aiman

8-4-2023 02:49 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1260| Komen: 12|Original author: Tatod

 "Nama pun pelakon kan? Kami rapat kerana kami berlakon bersama dan banyak babak membabitkan kami berdua. Jadi, kami ada hubungan sebagai kawan. Ia 'natural' (semula jadi) dan dia juga sangat 'friendly' (mesra) dan serasi dalam drama Imam Instant Ustazah Scammer."


Itu kata pelakon, Qasrina Abdul Karim menjawab persoalan mengenai hubungan akrabnya dengan pelakon yang popular dengan siri Projek : High Council, Mierul Aiman.

Qasrina tidak menafikan hubungan mereka amat rapat di lokasi penggambaran, malah dia juga rapat dengan semua pelakon drama Imam Instant Ustazah Scammer.


"Ramai yang berkecil hati apabila kami rapat. Bagi saya Mierul lengkap semuanya, sangat berbakat, 'friendly' dan saya berbesar hati dapat berlakon dengannya.

"Saya nafikan kami pernah keluar berdua seperti yang diperkatakan beberapa pihak. Saya tak holeh buat apa apabila digosipkan kami bercinta.


"Ia adalah sebahagian dari kerja kami. Itupun ramai yang suka tengok kami. Daripada babak mereka bawa ke TikTok dan Instagram. Saya rasa 'natural' kalau benda-benda ini diperkatakan," katanya.

Qasrina yang juga pelakon filem Kongsi Raya berkata, dia tidak mampu menolak daripada gosip begini.

"Saya tidaklah 'rengsa' (terbeban). Ia bukan dicari pun. Maklumlah Mierul ramai peminat perempuan yang betul-betul meminatinya.

"Saya akui sebelum ini pun pernah terima ancaman daripada peminatnya dalam kalangan wanita menerusi mesej terus (DM) Instagram.

"Adalah sikit berbentuk ugutan tapi itu biasalah. Peminat sukakan Mierul menerusi Projek: High Council itu. Mereka bercakap mengenainya dan saya rasa ia amat bagus untuk drama ini," katanya.


Sumber: HARIAN METRO


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nana_Man 8-4-2023 03:08 PM
Takyah lah nk start ship2 ke, kapal2 dorang. Takde apa2 pun. Hahahaa
Quote wtvmjls 8-4-2023 03:23 PM
Dia ni macam dah ada bf gayanya. tapi iols syak laki yg jenis educated, kerja glc mnc gituu yg speaking kalau tgk bg family dia haha
Quote kaedahnya 8-4-2023 04:37 PM
cantiknya awek ni muka macam mix mat saleh
Quote dudaberhias 8-4-2023 04:55 PM
bak kata kaka codenamedream

anak mesti comel nanti... sorang mancung tang rahang... sorang lagi mancung tang dahi...

kacukan ikan flowerhorn dan hippopotamus gittew! kaka ship yach... comel apa theyols berdua...

Quote Bipolajourney 8-4-2023 05:08 PM
dudaberhias replied at 8-4-2023 04:55 PM
bak kata kaka codenamedream

anak mesti comel nanti... sorang mancung tang rahang... sorang lagi man ...

Wal hasil jadi apa ? Tapir kew
Quote Perawankota 8-4-2023 06:46 PM
Kenapa lah aku tak berkenan betul dia ni dgn hawa... Macam nak Sgt jadik klon artis sebelum ni
Quote AcikBuncit 8-4-2023 07:40 PM
Bru acik tau rengsa tu terbeban haha
Quote September14 8-4-2023 07:49 PM
Cantik dia ni xyh la bcinta bgai nk rak up kn nama dulu… skg pun blum ada pelakon wanita plg letops… so dia ni leh jd calon dgn rita nadira…
Quote codenamedream 8-4-2023 07:53 PM
donato-morera-calamardo.jpg
               
Quote hollahop 8-4-2023 09:37 PM
Qas ni jendul. Tapi cantik! Dik xyah la cinta2 lagi. Muka dah ada, belakon pun ok. Pulun ja belakon dulu.
Quote heythere123 8-4-2023 11:38 PM
sheols comel, berlakon pon not bad. Semoga dapat kekalkan prestasi.
Quote I.K.A888990 9-4-2023 02:46 AM
tgk dia mmg teringat kat acik siti penyanyi no syatuuu plak. ok la dik kau comey jgn gedik sombong sudeh berlakon dlu

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.066086 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top