View: 1189|Reply: 12
|
Qasrina Akui Rapat Dengan Mierul Aiman
[Copy link]
|
|
"Nama pun pelakon kan? Kami rapat kerana kami berlakon bersama dan banyak babak membabitkan kami berdua. Jadi, kami ada hubungan sebagai kawan. Ia 'natural' (semula jadi) dan dia juga sangat 'friendly' (mesra) dan serasi dalam drama Imam Instant Ustazah Scammer."
Itu kata pelakon, Qasrina Abdul Karim menjawab persoalan mengenai hubungan akrabnya dengan pelakon yang popular dengan siri Projek : High Council, Mierul Aiman.
Qasrina tidak menafikan hubungan mereka amat rapat di lokasi penggambaran, malah dia juga rapat dengan semua pelakon drama Imam Instant Ustazah Scammer.
"Ramai yang berkecil hati apabila kami rapat. Bagi saya Mierul lengkap semuanya, sangat berbakat, 'friendly' dan saya berbesar hati dapat berlakon dengannya.
"Saya nafikan kami pernah keluar berdua seperti yang diperkatakan beberapa pihak. Saya tak holeh buat apa apabila digosipkan kami bercinta.
"Ia adalah sebahagian dari kerja kami. Itupun ramai yang suka tengok kami. Daripada babak mereka bawa ke TikTok dan Instagram. Saya rasa 'natural' kalau benda-benda ini diperkatakan," katanya.
Qasrina yang juga pelakon filem Kongsi Raya berkata, dia tidak mampu menolak daripada gosip begini.
"Saya tidaklah 'rengsa' (terbeban). Ia bukan dicari pun. Maklumlah Mierul ramai peminat perempuan yang betul-betul meminatinya.
"Saya akui sebelum ini pun pernah terima ancaman daripada peminatnya dalam kalangan wanita menerusi mesej terus (DM) Instagram.
"Adalah sikit berbentuk ugutan tapi itu biasalah. Peminat sukakan Mierul menerusi Projek: High Council itu. Mereka bercakap mengenainya dan saya rasa ia amat bagus untuk drama ini," katanya.
Sumber: HARIAN METRO |
|
|
|
|
|
|
|
Takyah lah nk start ship2 ke, kapal2 dorang. Takde apa2 pun. Hahahaa |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni macam dah ada bf gayanya. tapi iols syak laki yg jenis educated, kerja glc mnc gituu yg speaking kalau tgk bg family dia haha |
|
|
|
|
|
|
|
cantiknya awek ni muka macam mix mat saleh |
|
|
|
|
|
|
|
bak kata kaka codenamedream
anak mesti comel nanti... sorang mancung tang rahang... sorang lagi mancung tang dahi...
kacukan ikan flowerhorn dan hippopotamus gittew! kaka ship yach... comel apa theyols berdua...
![](static/image/smiley/biggif/24.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 8-4-2023 04:55 PM
bak kata kaka codenamedream
anak mesti comel nanti... sorang mancung tang rahang... sorang lagi man ...
Wal hasil jadi apa ? Tapir kew |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa lah aku tak berkenan betul dia ni dgn hawa... Macam nak Sgt jadik klon artis sebelum ni |
|
|
|
|
|
|
|
Bru acik tau rengsa tu terbeban haha
|
|
|
|
|
|
|
|
Cantik dia ni xyh la bcinta bgai nk rak up kn nama dulu… skg pun blum ada pelakon wanita plg letops… so dia ni leh jd calon dgn rita nadira… |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Qas ni jendul. Tapi cantik! Dik xyah la cinta2 lagi. Muka dah ada, belakon pun ok. Pulun ja belakon dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
sheols comel, berlakon pon not bad. Semoga dapat kekalkan prestasi.
|
|
|
|
|
|
|
|
tgk dia mmg teringat kat acik siti penyanyi no syatuuu plak. ok la dik kau comey jgn gedik sombong sudeh berlakon dlu |
|
|
|
|
|
|
| |
|