Menerusi satu perkongsian, seorang wanita mendedahkan dia dan suami hanya berkenalan selama lima bulan sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Namun, kegembiraan yang dirasai berubah selepas suami mengenali dengan wanita berstatus pelajar pada bulan ketiga perkahwinan mereka sehingga ke tahap mahu berpisah.
"Dia jadi angau gila sampaikan fikir nak berpisah dengan saya. Sebelum kahwin, saya pernah cakap yang saya tak akan boleh terima orang lain. "Sekarang ni dia berbelah bahagi. Dia tak nak buang saya dan pada masa sama dia sayangkan perempuan tu. Saya dan mak mentua dah jumpa dengan perempuan tu untuk beritahu hal sebenar, tapi perempuan tu masih buka ruang untuk suami saya," katanya. Dalam pada itu timbul pula pelbagai pandangan yang dikatakan menjadi punca kepada keretakan rumah tangganya, termasuk dakwaan suaminya terkena sihir.
"Sebab mereka baru kenal tak sampai dua minggu dan suami angau gila. (Suami) layan saya macam saya tak wujud... sepatutnya dia mempertahankan saya sebagai isteri, tapi dia mempertahankan perempuan luar lebih daripada saya. "Sakitnya hanya Allah yang tahu. Sebagai isteri, saya sangat sedih dan kecewa. Yelah, entah perempuan dari mana datang, tiba-tiba dua minggu je boleh buat suami lupakan saya. "Suami pernah cakap 'awak dah terbaik untuk saya, tapi dengan dia, saya rasa tenang'. Yang sedihnya, kami baru enam bulan berkahwin," ujarnya. |
adm7 replied at 8-4-2023 09:39 AM
Ramai je kan perempuan buat keputusan terburu-buru untuk berkahwin. Kenal kjp je dah nak kahwin. Mcm ...
dua_chzy replied at 8-4-2023 06:24 PM
Pressured by urang sekeliling pun iya juga.
makita replied at 21-4-2023 09:13 AM
Ada mak yg benci kat anak pompuan siap ckp patut la xde sapa nak kat ko..sbb jahat sgt. Ye betul l ...
ADVERTISEMENT