CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Imam Tenang Kucing Kacau Bagi Bont*t Di Muka Ketika Solat Tarawih

7-4-2023 09:54 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 636| Komen: 1

Description: Seorang imam tenang apabila tubuhnya dipanjat seekor kucing ketika solat Tarawih di sebuah masjid di Bordj Bou Arreridj, Algeria pada Isnin lalu.Insider melaporkan, kucing itu pada mulanya, muncul di ...
Seorang imam tenang apabila tubuhnya dipanjat seekor kucing ketika solat Tarawih di sebuah masjid di Bordj Bou Arreridj, Algeria pada Isnin lalu.

Insider melaporkan, kucing itu pada mulanya, muncul di bahagian kanan iman berkenaan, Walid Mehsas ketika dia membacakan surah al-Fatihah dan mengiau sebelum memanjat jubah Walid seolah-olah memberitahu tentang kehadirannya.



People

Kucing itu kemudian beralih dan berlegar-legar di tepi perabot dekat bahagian kanan imam tersebut dan satu ketika memasuki bawah jubah imam yang sedang berdiri itu.

Ia kemudian melompat ke bahagian dada imam berkenaan. Walid cuba memegang kucing dengan tangan kanannya sebelum kedua-dua tangannya memegang haiwan itu.

Kucing itu kemudian melepaskan diri dan memanjat bahu imam tersebut. Ia juga cuba menjilat pipi Walid sebelum ia melompat turun.



Video itu kemudian dikongsi di laman Twitter oleh seorang pengguna bernama Alateeqi dan ia menerima pelbagai komen daripada netizen seperti ada yang menganggapnya sangat lucu. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 17-4-2023 04:29 PM
kucing iols suka melepak dekat sejadah iols masa tengah solat. iols ok jah. tolak sheols ke tepi sikit

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.040297 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top