CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tak Ada 'Fun' Pun Benda Bodoh Ni,"-Ziana Zain Perli Aliff Syukri Buat Lagu Raya Setiap Tahun?

7-4-2023 06:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3918| Komen: 65

“Ada sokongan maka ada lagi tahun hadapan," sinis Ziana Zain komen berhubung trend lagu raya dijayakan bukan penyanyi sebenar yang sengaja mencetus publisiti murahan.

Ziana atau nama sebenarnya, Siti Roziana Zain bagaimanapun berkata, sesiapa sahaja dalam dunia ini mempunyai tanggungjawab untuk memaparkan nilai yang baik-baik kerana takut nanti, anak sendiri ‘terkenan’ perangai jelik.


Foto: IG


“Kita ini dalam masyarakat, kena tunjuk benda yang baik-baik terutama sekali zaman sekarang, ramai anak muda yang suka ikut benda tak betul.

“Jadi, kita sebagai orang dewasa perlu cakna akan tanggungjawab untuk beri contoh yang baik buat golongan muda. Lagilah, kalau dah ada anak-anak.

“Mungkin apa yang kita buat, anak-anak kita pergi sekolah, mereka yang terasa. Sekali tidak, dua kali tidak lama-lama makan diri tau terhadap anak-anak.



“Benda ini sensitif sebenarnya. Kita buat sesuatu perkara, jangan fikir impaknya hanya pergi kepada diri kita. Kena fikir masyarakat dan keluarga.

“Tak ada ‘fun’ pun benda bodoh ini. Itu pendapat peribadi saya. Bagi sebilangan orang lain, kalau suka dengan apa yang dipaparkan, saya tak tahulah,” katanya kepada Kosmo! Online.

Katanya lagi, memang benar sebilangan orang mempunyai wang yang banyak untuk melakukan perkara sesuka hati termasuk melibatkan seni muzik.

“Kita cakap apa pun, sebenarnya tak jadi apa pun. Orang yang berduit, boleh buat macam-macam. Setiap kali hari raya, memang akan ada ‘dua’ orang ini.

“Seorang dah keluar dah. Tapi lagu penuh, belum keluar. Baru ‘teaser’ tak silap saya.

“Tapi kadang-kadang, bila tengok, mereka menghiburkan juga. Jadi, benda ini ada pros and cons (kebaikan dan keburukan).

“Susah nak cakap. Itu yang saya cakap, tepuk dada, tanya selera. Mereka sahaja yang tahu apa mereka nak sebenarnya,” katanya.



Terdahulu, usahawan kosmetik tanah air, Aliff Syukri sekali lagi memancing kecaman selepas berkongsi sedutan sebuah video lagu rayanya yang diberi judul Cak Kun Cak Raya.

Menerusi video tersebut, dia rancak menyanyi sambil menari diiringi empat penari lelaki.

Namun yang menjadi perhatian apabila mereka mengenakan persalinan ketat seakan-akan baju renang dan dipadankan bersama songkok serta samping.

Malah, lenggok tarian yang disifatkan ramai sebagai terkinja-kinja juga didakwa tidak bersesuaian dengan lagu berkonsepkan Syawal, apatah lagi dikongsikan pada bulan Ramadan.  -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote syidasaleh 7-4-2023 06:10 PM
Sekali jelik kak Gee bagi
Quote dudaberhias 7-4-2023 06:13 PM
Yer betul. Sokong nek ziana!

Sekadar buat MV dengan geng kelempok semata2 nak puaskan nafsu nak memondan.
Kat rumah tak boleh nak drag dan memondan sebab isteri alim. Mak pun sama.
Walapun gigih duk hangkut pondan dan anak ikan dalam rumah.
Kalau kantoi memondan kang tak pasal2 si sendayu tinggi tarik semua harta balik.

Perhilitan kutip jap please semua ponen yang kena sumpah jadi beruk dalam MV tu. Semak!

Quote LadyCarefree 7-4-2023 06:15 PM
Paling xsangka makiti melayan.
Quote sleepandream 7-4-2023 06:26 PM
memangla vervuluuu ziana zeng dgn dua orang tu....
tak ingat ke bff cakap adik die gay dolu... very the biadap khennn

Quote azimodin 7-4-2023 06:28 PM
Kot ye pon nak memuaskan nafsu memondan, simpan untuk diri sendiri or within circle memondan. Sebenarnya diri berkobar2 nak jadi ala2 sajat/viviana/safiey tapi takut sumpah jadi batu dek emak & takut kalau ikut nafsu & bercerai dengan bini nanti customer lari
Quote cikperiukkera 7-4-2023 06:30 PM
Bila sang diva melahar secara classyyyyyy…x merentan x tentu pasal tp isi nya on point. Bravo nek jena!
Quote putericahaya999 7-4-2023 06:45 PM
Dah kak zz tak kuarkan lagu

Dia kuarkan lagu berapa ramai dapat income drp situ
Quote ashilalat 7-4-2023 07:29 PM
Edited by ashilalat at 7-4-2023 07:30 PM

Masalahnya si nek jena ni...kata penyanyi ternama, tapi lagu satu habuk pon x de keluar. Balik balik lagu lama yg dah 30 tahun lalu je la modalnya. Mana tak sakit hatinya dia.

Taraf diva kelas A pon.. nak keluar single seketul pon, berpuluh tahun menunggu. Si pondan tu, jelik jelik suara katanya, tiap tahun keluar lagu baru.

Siapa yang penyanyi sbnrnya?
Quote dua_chzy 7-4-2023 08:41 PM
LadyCarefree replied at 7-4-2023 10:15 AM
Paling xsangka makiti melayan.

Aiols pon melayan sewel si Alip tu kali ni. Somehow aiols found baju Melayu leotard tu amusing lagi2 bila deol menari tergedik2 macam cicak kubing dalam MV.
Quote dua_chzy 7-4-2023 08:42 PM
ashilalat replied at 7-4-2023 11:29 AM
Masalahnya si nek jena ni...kata penyanyi ternama, tapi lagu satu habuk pon x de keluar. Balik balik ...

Sebab tu Alip Sukri penanyi nombol 1 Malaysia.
Quote febreze 7-4-2023 08:46 PM
adik pon dlm almari kan?
Quote Hoola 7-4-2023 08:53 PM
Edited by Hoola at 8-4-2023 07:02 AM

padu
#teamkakjena

(tok lip mk bt lagu ry baru ok je,
cuma org xtahan tgk pesyen leotard retard dan peponen tu je. cuba buat mv yg normal org trima je sebulat suara)
Quote redz85 7-4-2023 09:20 PM
berbual macam champion...
Quote helicornia 7-4-2023 09:43 PM
Setuju dgn kak jenna.dr dulu iols pikir mesti anak2 alep kena ejek kt sekolah bapak pondan.klu tk kena ejek pun jaga la maruah anak2, depa dah besar dh Tau malu
Quote fadz84 7-4-2023 09:55 PM
Dlm Melodi minggu lps kak Jena kata dh siap rekod single baru, tggu release je katanya.. xtaulah jd ke tak kuar..
Quote adeqbun 7-4-2023 11:37 PM
febreze replied at 7-4-2023 08:46 PM
adik pon dlm almari kan?

Org x kesah pon dlm lemari tu .yg org kesah tu sbb terkinja2 mcm berok ..dh la bln puasa
Quote Imkhai 7-4-2023 11:46 PM
Edited by Imkhai at 7-4-2023 11:51 PM

Hbis ko 100thn lagu sekerat pon xada lg bnyk bnyi blk2 lagu 80an ko tu je ulang2 sampai pak jamil mampus aku mmg x brkenan si alif ni tp lagu2 bodoh dia ok je bg aku nama pon lagu fun2 blh jgk hilangkn stress sehari hari menhadap dunia ni lg 1 kak gee anak dia private school xadanya anak2 kayangan dlm sekolah tu kesah mak ayah kwn2 diaorg siapa dh mampu sekolahkn kwn2 diaorg dlm tu dh tntula fmly kwn2 tu taraf jutawan
Quote LadyCarefree 8-4-2023 12:40 AM
dua_chzy replied at 7-4-2023 07:41 PM
Aiols pon melayan sewel si Alip tu kali ni. Somehow aiols found baju Melayu leotard tu amusing lag ...

iols xla kisah sngt psl baju dia tu. hehehehhhh iols lg nyampah kat tinshit dan monda alep punya drama hipokrit.
Quote LadyCarefree 8-4-2023 12:40 AM
Imkhai replied at 7-4-2023 10:46 PM
Hbis ko 100thn lagu sekerat pon xada lg bnyk bnyi blk2 lagu 80an ko tu je ulang2 sampai pak jamil ma ...

Lagu dia ok. Yang baru ni melekat gak korus tu.

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.047756 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top