Johan As'ari tidak menerima agihan bonus daripada penerbit filem Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan iaitu Studio Kembara Sdn Bhd. Dia juga tidak berhubung atau bertanyakan mengenai bonus kepada penerbit filem itu.
"Saya memang tak dapat bonus pun daripada penerbit, tapi saya tidak tahu pula dengan pelakon lain. Penerbit tak janji pun nak bagi bonus dan itu hak dia dan saya tidak boleh marah. Saya juga tidak terkilan tak dapat bonus tu," katanya. Pada Julai tahun lalu ketika filem itu mencatat kutipan lebih RM70 juta, penerbit dan Pengarah Urusan Studio Kembara, Abdul Rahman Mt Dali berkata, pihaknya juga akan berkongsi rezeki dengan barisan pelakon dan kru yang terbabit melalui bonus. "Akan ada imbuhan yang munasabah, cuma saya belum tentukan jumlah yang akan diberikan kerana bergantung kepada keuntungan pada penghujungnya nanti," katanya.
Ditanya sama ada Johan berminat untuk bekerjasama dengan syarikat terbabit pada masa akan datang, katanya, pihak penerbit tidak akan mampu dengan harga yang akan diletakkannya nanti. "Saya bimbang penerbit tak mampu bayar saya kerana bonus filem Mat Kilau pun saya tak dapat," katanya. Johan yang melakonkan watak Yassin dalam filem itu berkata, dia juga tidak berasa kecewa apabila namanya tidak ada dalam senarai pelakon filem prekuel Mat Kilau. Johan berkata, dia yakin namanya juga tidak disenaraikan selepas pengarah, Syamsul Yusof serta pelakon, Datuk Adi Putra dan Beto Kusyairy turut dikeluarkan dari senarai pelakon filem prekuel Mat Kilau. "Bila Adi beritahu nama dia, Syamsul dan Beto tidak disenaraikan, saya juga yakin nama saya juga tidak ada dalam prekuel filem itu. "Penerbit memang tidak ada hubungi saya untuk memberitahu perkara itu dan saya juga tidak berhubung dengan pihak mereka untuk bertanyakan senarai pelakonnya. "Lagipun, pihak produksi sudah pun memulakan penggambaran filem prekuel itu. Kalau penerbit mahu saya berlakon dalam prekuel filem Mat Kilau pasti mereka beritahu lebih awal," katanya. Katanya, mungkin penerbit filem itu ada visi lain untuk beri peluang pada penggiat seni yang lain pula untuk berkarya. "Saya pun tidak berani buat jangkaan. Mungkin penerbit mahu buat cerita orang yang lain dan bukannya kisah Mat Kilau. "Apapun, bagi saya kejayaan filem Mat Kilau kerana air tangan Syamsul, lakonan mantap Adi Putra dan Beto serta keberanian produser untuk keluarkan bajet tinggi untuk filem itu. "Berapa ramai produser tempatan yang berani keluarkan bajet yang tinggi untuk menghasilkan filem sedemikian?" katanya. Terdahulu, Abdul Rahman mengesahkan Syamsul, Adi Putra dan Beto tidak akan terbabit dalam pembikinan prekuel filem pecah panggung itu, Oktober lalu. -CARI Sumber: Harian Metro
|
dudaberhias replied at 7-4-2023 06:20 PM
Kesiannya, dah la watak dia paling best dalam filem ni. Dia je membuatkan iols dapat teruskan tengok ...
Carcosa replied at 7-4-2023 08:03 PM
Baguslah kau tak dpt bonus.
Itulah bonus utk kitorang yg terpaksa tgk part lakonan kau yg mcm tgh me ...
anony-mous replied at 8-4-2023 12:06 AM
Haip!!! Jauh sgt nk compare dgn Gary Oldman
dudaberhias replied at 7-4-2023 06:20 PM
Kesiannya, dah la watak dia paling best dalam filem ni. Dia je membuatkan iols dapat teruskan tengok ...
shinyoung replied at 8-4-2023 08:47 AM
Tp kan dlm contract ada mention psl bonus x.. Sbb klu kt hollywood yg top2 actor slalunya mmg akan d ...
dudaberhias: Kesiannya, dah la watak dia pa ...
sleepandream replied at 7-4-2023 06:23 PM
gitulah produksi melayu.... finas tolong itu ini, dpt untung makan sorang....
dudaberhias replied at 7-4-2023 06:20 PM
Kesiannya, dah la watak dia paling best dalam filem ni. Dia je membuatkan iols dapat teruskan tengok ...
hzln replied at 8-4-2023 09:29 AM
Fattah amin jer yg ada perjanjian tu, tp tak tau la brp persen, biasanya tak lebih dr 5%, kalau ka ...
Perawankota replied at 8-4-2023 06:32 AM
Aku rasa prekuel mat kilau tu timeline umur2 Nadhir Nasar tu.. So, mana sesuai ko nk dpt apa2 watak ...
ADVERTISEMENT