View: 3763|Reply: 19
|
Johan As'ari Langsung Tak Dapat Bonus Filem Mat Kilau
[Copy link]
|
|
Johan As'ari tidak menerima agihan bonus daripada penerbit filem Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan iaitu Studio Kembara Sdn Bhd.
Dia juga tidak berhubung atau bertanyakan mengenai bonus kepada penerbit filem itu.
"Saya memang tak dapat bonus pun daripada penerbit, tapi saya tidak tahu pula dengan pelakon lain. Penerbit tak janji pun nak bagi bonus dan itu hak dia dan saya tidak boleh marah. Saya juga tidak terkilan tak dapat bonus tu," katanya.
Foto: IG
Pada Julai tahun lalu ketika filem itu mencatat kutipan lebih RM70 juta, penerbit dan Pengarah Urusan Studio Kembara, Abdul Rahman Mt Dali berkata, pihaknya juga akan berkongsi rezeki dengan barisan pelakon dan kru yang terbabit melalui bonus.
"Akan ada imbuhan yang munasabah, cuma saya belum tentukan jumlah yang akan diberikan kerana bergantung kepada keuntungan pada penghujungnya nanti," katanya.
Ditanya sama ada Johan berminat untuk bekerjasama dengan syarikat terbabit pada masa akan datang, katanya, pihak penerbit tidak akan mampu dengan harga yang akan diletakkannya nanti.
"Saya bimbang penerbit tak mampu bayar saya kerana bonus filem Mat Kilau pun saya tak dapat," katanya.
Johan yang melakonkan watak Yassin dalam filem itu berkata, dia juga tidak berasa kecewa apabila namanya tidak ada dalam senarai pelakon filem prekuel Mat Kilau.
Johan berkata, dia yakin namanya juga tidak disenaraikan selepas pengarah, Syamsul Yusof serta pelakon, Datuk Adi Putra dan Beto Kusyairy turut dikeluarkan dari senarai pelakon filem prekuel Mat Kilau.
"Bila Adi beritahu nama dia, Syamsul dan Beto tidak disenaraikan, saya juga yakin nama saya juga tidak ada dalam prekuel filem itu.
"enerbit memang tidak ada hubungi saya untuk memberitahu perkara itu dan saya juga tidak berhubung dengan pihak mereka untuk bertanyakan senarai pelakonnya.
"Lagipun, pihak produksi sudah pun memulakan penggambaran filem prekuel itu. Kalau penerbit mahu saya berlakon dalam prekuel filem Mat Kilau pasti mereka beritahu lebih awal," katanya.
Katanya, mungkin penerbit filem itu ada visi lain untuk beri peluang pada penggiat seni yang lain pula untuk berkarya.
"Saya pun tidak berani buat jangkaan. Mungkin penerbit mahu buat cerita orang yang lain dan bukannya kisah Mat Kilau.
"Apapun, bagi saya kejayaan filem Mat Kilau kerana air tangan Syamsul, lakonan mantap Adi Putra dan Beto serta keberanian produser untuk keluarkan bajet tinggi untuk filem itu.
"Berapa ramai produser tempatan yang berani keluarkan bajet yang tinggi untuk menghasilkan filem sedemikian?" katanya.
Terdahulu, Abdul Rahman mengesahkan Syamsul, Adi Putra dan Beto tidak akan terbabit dalam pembikinan prekuel filem pecah panggung itu, Oktober lalu. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok je la jauh mana prekuel ni pergi...timbul ke tenggelam...
Siapa pengarah prekuel ni ye... |
|
|
|
|
|
|
|
Kahkahkah support lagi filem macam ni hhahahaaha hujungnya yang kenyang orang lain
krew dengan pelakon dapat habuk |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya, dah la watak dia paling best dalam filem ni. Dia je membuatkan iols dapat teruskan tengok mat kilau yang mata kena beliak2 macam ikan buntal bila lontar dialog...
Sebab setiap kali tengok memek muka over si johan ni iols akan tergelak...
Macam orang tahan berak gittew! Time mati pun macam kena buasir.
Lantas bila dia mati tu iols sedih sebab sape lagi nak jadi badut mr bean dalam filem ni. Hebat betul sebab babak mati pun muka over. Macam dukun pengganda uang mbah slamet.
|
|
|
|
|
|
|
|
gitulah produksi melayu.... finas tolong itu ini, dpt untung makan sorang.... |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 7-4-2023 06:20 PM
Kesiannya, dah la watak dia paling best dalam filem ni. Dia je membuatkan iols dapat teruskan tengok ...
Kannn.
Kalau takde Johan. Penonton tertunggu muka heols time Mat Kilau ditayangkan.
Asal muka heols keluar, pasti ada yang gelak.
Meols terhibur.
Sambil mencari kelibat Awang |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah kau tak dpt bonus.
Itulah bonus utk kitorang yg terpaksa tgk part lakonan kau yg mcm tgh meneran taik keras.
Dgn kepala terteleng2, menekan2 dialogue, method la sangatttt. Gary Oldman pun tak berlakon mcm ko
|
|
|
|
|
|
|
|
Kelakar la Komen pasal Johan. |
|
|
|
|
|
|
|
Carcosa replied at 7-4-2023 08:03 PM
Baguslah kau tak dpt bonus.
Itulah bonus utk kitorang yg terpaksa tgk part lakonan kau yg mcm tgh me ...
Haip!!! Jauh sgt nk compare dgn Gary Oldman |
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous replied at 8-4-2023 12:06 AM
Haip!!! Jauh sgt nk compare dgn Gary Oldman
Bahhahahaaa
Dia lah tu. Dekat Hollywood dia tukar nama ke Gary Oldman. Padahal nama dia Geli Johan.
Bahhahahhahahahhaha |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa prekuel mat kilau tu timeline umur2 Nadhir Nasar tu.. So, mana sesuai ko nk dpt apa2 watak pon… |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 7-4-2023 06:20 PM
Kesiannya, dah la watak dia paling best dalam filem ni. Dia je membuatkan iols dapat teruskan tengok ...
Komen kakadud selaluh on point lucu |
|
|
|
|
|
|
|
Tp kan dlm contract ada mention psl bonus x.. Sbb klu kt hollywood yg top2 actor slalunya mmg akan dpt bonus sbb termaktub dlm contract.. % based on profit + byrn per filem
Klu xde mmg penerbit xslh pn klu xbg, sbb dorg pn kn tolak segala mala kos plus kn bg jgk dividen dkt pelabur.. Plus sbnrnya panggung wyg yg untung byk. Dorg collect certain % utk stp tayangan.. |
|
|
|
|
|
|
|
shinyoung replied at 8-4-2023 08:47 AM
Tp kan dlm contract ada mention psl bonus x.. Sbb klu kt hollywood yg top2 actor slalunya mmg akan d ...
Fattah amin jer yg ada perjanjian tu, tp tak tau la brp persen, biasanya tak lebih dr 5%, kalau kau tak keluar apa2 modal.
Kira percaturan menjadi la pengurusan fattah utk mat kilau. Susah retis tanahair ni nak buat kerja free2 (ambik token sum asal lepas duit tol duit minyak je) dan gamble kat perjanjian profit sharing ni |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias: Kesiannya, dah la watak dia pa ... kan..aku rasa bonus ptt plg byk bg kt dia..sbb buat org thibur dgn lakonan over acting. asyik tunggu scene die je hahahaah |
|
|
|
|
|
|
|
sleepandream replied at 7-4-2023 06:23 PM
gitulah produksi melayu.... finas tolong itu ini, dpt untung makan sorang....
Tamak haloba...ini spesis klu hidup zaman mat kilau dia la yg mula mula skali jadi pengkhianat. |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 7-4-2023 06:20 PM
Kesiannya, dah la watak dia paling best dalam filem ni. Dia je membuatkan iols dapat teruskan tengok ...
baca ayat perenggan atas tu iols macam pelik pulak, sejak bila kakadud ngefans dengan heols
rupanya sekadar badut ye kakadud pandang heols
|
|
|
|
|
|
|
|
hzln replied at 8-4-2023 09:29 AM
Fattah amin jer yg ada perjanjian tu, tp tak tau la brp persen, biasanya tak lebih dr 5%, kalau ka ...
bkn ke utk sekuel filem ni si fattah tu jgk ke yg jd hero? aku ada terbaca kt thread mana ntah. katanya fattah jd hero tp plakon lain smua yg bru..mcm si nadhir nasar tu pn ada dlm filem sekuel ni. wife dia fazura pn ada..director bkn solsol dh. tajuk filem panglima awang ke apa ntah |
|
|
|
|
|
|
|
Perawankota replied at 8-4-2023 06:32 AM
Aku rasa prekuel mat kilau tu timeline umur2 Nadhir Nasar tu.. So, mana sesuai ko nk dpt apa2 watak ...
Kalau Nadhir ada, I nak tonton. |
|
|
|
|
|
|
|
Klu sol notelo xinvolve, ok onzzzz |
|
|
|
|
|
|
| |
|