CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Taska Kurung Anak Usia Setahun Dalam Bilik Kosong, Tangan Lebam Dan Luka Digigit Budak Lain

7-4-2023 01:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2898| Komen: 34

Seorang wanita akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah taska yang didakwa mengabaikan anak perempuannya berusia satu tahun, awal tahun ini.

Menerusi perkongsian di Facebook El Ameerah, kejadian malang itu berlaku awal Januari lalu yang mana merupakan hari ketiga anak perempuannya berada di taska terbabit.


“Hari pertama, Maryam sangat gembira. Dia sangat teruja sampai lupa nak ucap selamat tinggal dekat ‘ummi’ dan ‘abah’. Tetapi bila abah ambil Maryam waktu petang, dia bagi tahu ummi yang Maryam menangis.

“Ummi mula rasa tak sedap hati tetapi masih cuba bersangka baik kerana taska baru ini besar dan fasilitinya lebih baik daripada taska sebelum ini,” katanya.


Foto: Kosmo

Bagaimanapun, El Ameera berkata, keadaan Maryam menjadi semakin teruk selepas guru taska tersebut mengirimkan gambar tangan Maryam yang mempunyai kesan lebam termasuk beberapa luka.


“Kami terus bergegas ke taska dan lihat Maryam dalam keadaan lemah sangat. Bila tengok rupa-rupanya bukan tangan kiri sahaja lebam, bawah telinga, pipi, belakang tangan semua ada kesan gigitan.

“Rasa macam gelap sekejap dunia dan saya minta izin dekat guru untuk lihat tempat kejadian dan sangat terkejut dengan keadaan bilik itu.

“Bilik kecil kosong tidak ada apa apa, tidak ada alas lantai, mainan, buku atau hiasan dinding termasuk cot (katil) sedangkan saya dah beri ‘blanket’ (selimut),” ujarnya.

Lebih mengejutkan El Ameera diberitahu, bilik berkenaan merupakan bilik isolasi bagi kanak-kanak berusia satu hingga dua tahun yang diletakkan sementara supaya tidak mengganggu bayi.

“Bila lihat rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), rupa-rupanya empat budak-budak termasuk Maryam diletakkan dalam bilik itu sejak dari pagi.

“Saya tengok budak-budak itu dibiar menyusu atas lantai tanpa pengawasan. Habis Maryam kena gigit dan cubit sebanyak enam kali sehingga terbaring lemah,” jelasnya.

Dalam pada itu, El Ameera berkata, dia dan suami telah membawa Maryam ke hospital dan juga pakar psikiatri kanak-kanak untuk rawatan lanjut dan akan mengambil tindakan undang-undang.

“Malam itu kami sudah buat laporan di balai polis dan Maryam perlu dirujuk kepada pakar perubatan sehingga Mei kerana dia susah nak tidur dan sering menangis.

“Taska yang kononnya gah, menang anugerah sampai daftar kena bayar RM1,000, tapi anak duduk bilik kosong. Buat masa ini saya dinasihat untuk tidak dedah nama dan lokasi taska.

“Namun, bila dah bawa ke mahkamah nanti, tiada apa lagi boleh disorok daripada pengetahuan kami. Perjuangan ini baru sahaja bermula,” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 7-4-2023 02:26 PM
kesiannya bb.. jahat betul manusia berkejam2 dekat kanak2 dan bayi ni
Quote wanokakaka 7-4-2023 02:54 PM
kenapa la taska buat mcmni.. xfaham la.. kesian parents hantar utk anak dijaga tgk2 anak jadi mcmni..byar bkn murah taska sekarang..mahal2 yea..  xperlu la org ckp sbb tu aku sangup resign utk jaga anak.. tu kamu.. tp masih ada org yg perlu kerja suami isteri utk tampung belanja dorg..
Quote Oroi8887 7-4-2023 03:09 PM
kesian, sedih wei tgk bby2 tu
Quote UsIsKita 7-4-2023 03:47 PM
semoga ada keadilan untuk mereka.ya Allah susahnya hati bila ingat anak anak.
Quote ayukpingu 8-4-2023 09:03 AM
lepas ni turn owner taska ni pulak kena kurung. kurung dlm jail.
baru puas hati aku.

Quote takayama 8-4-2023 09:51 AM
hrp owner taska ni dpt hukuman setimpal, kurung bdk2 tanpa pengawasan penjaga, dibiarkan atas simen yg sejuk dan etc
alasan diberikan mmg x masuk akal, namapun toddlers mmglah bising, tgh byk akal dan suka explore serta punya curious ttg satu satu benda, itu sgt normal dan pihak taska knp letakkan toddler dan baby di satu ruang
moga tinggal spender aje lps kena saman
Quote anony-mous 8-4-2023 10:18 AM
X ada yg tau ke taska mana?
Quote cleopatralady 8-4-2023 10:20 AM
kejam nya.. taska mana ni?
Quote tenggiripink 8-4-2023 11:04 AM
parents bayar taska untuk jaga anak while they working kot
dah lah fees mahal
then anak anak mistreated mcm ni
harapnya owner taska ni kena dakwa cpt cpt
Quote dua_chzy 8-4-2023 11:13 AM
Kenapa budak2 taska yang ceritanya selalu keluar di forum Cari perangai serupa monyet?
Quote dua_chzy 8-4-2023 11:14 AM
Uols upah ja team bang Yuseri. Sure boleh menang kes punya.
Quote any42 8-4-2023 11:16 AM
eee geram lak rsa. bayar mahal2 utk ank dduk bkurung dlm bilik je tnpa pngawasan? dah buka taska kanak2 apeke bodoh alasan xnk bg ganggu bayi sbb bdk2 bt bising
Quote shernazz 8-4-2023 05:04 PM
Tengok owner taska pakai kete ape agaknya
Jenis nak duit aje ni..
Quote missbigrockstar 8-4-2023 08:06 PM
Aku tgk gambar cctv budak2 tu dalam bilik kena kurung, masa viral smlm. Mmg sedih. Tergamak pengasuh dan pengusaha taska buat mcm tu. Nak tau taska mana, katanya banyak cawangan. Saman supaya tutup terus dan tak aniaya anak2 lain.
Quote haruslah 8-4-2023 08:21 PM
Sedih woooo nengok kena kurung dlm tu
Dengan wayar bsepah
Ni lebih kpd penderaan mental

Taska ape la agaknya
Nengok fmly nye org have2 juvak
Mesti taska byk branch ni

*Tp annoying mak nye type bibm byk sgt
Quote haruslah 8-4-2023 08:22 PM
Gamak eh buat budak mcm tu
X tbayang ke anak sendri kena mcm tu
Jkm skali skala pi la cek

Betul la kat mak budak tu
Ramai hadap mcm dia, tapi x mampu nak buat ape
Quote faint_heart 8-4-2023 09:58 PM
Masuk sini nk tau taska mana tp still xde yg spill .. byk branch, keluarga ni duduk di putrajaya ..
Quote syamzana 8-4-2023 10:56 PM
taska mana ni wes???
iols tak tgk cctv tu baca artikel pun trauma. giler buat camtu bdk2 1/2 thn. nak asingkan pun buat la bilik proper dan ada penjaga. ape ke syaitan sgt peel owner/penjaga taska ni pun.
bayar nak mahal saje, kalau parents merungut mcm2 laa diungkit itu ini.
Quote putriTS 8-4-2023 11:19 PM
Edited by putriTS at 8-4-2023 11:30 PM
faint_heart replied at 8-4-2023 09:58 PM
Masuk sini nk tau taska mana tp still xde yg spill .. byk branch, keluarga ni duduk di putrajaya ..

I stalked fb mak baby ni.....scroll down masa dia baru2 tanya nak hantar anak dia kat mana. Ada kawan dia suggest Abedeen School. Tapi I tgk, Abeedeen tu mcm takde taska je. Ke ada? CIC under Abeedeen jugak based on website.Sebab ada org bgi klu cakap gated, susah nak masuk, bla bla bla.
Tapi i baru cek, CIC takde pulak utk toddlers kan? 3-6 je. Entah la.

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.073108 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top