CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Botak, Gaya Jalan Sama,'Van Diesel' Jual Kunafa Di Bazar Ramadan JB

7-4-2023 12:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1166| Komen: 3

JOHOR BAHRU: Seorang peniaga kunafa yang mempunyai wajah seiras pelakon terkenal filem Fast and Furious, Vin Diesel menjadi tarikan kepada orang ramai mengunjungi Bazar Ramadan di Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru Uda.


Berpenampilan botak dan bertubuh sasa, melihat gaya berjalan Mohamed Ahmed Mahmoud Shokr, 39, dari keretanya sambil membawa barangan jualan makanan Timur Tengah itu menuju ke gerainya, tidak ubah seperti watak Dominic Toretto atau Dom dalam filem berkenaan.

Berasal dari Mesir, bapa tunggal dua anak yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu namun kurang fasih itu berkata sudah setahun dia menetap di negara ini dan Ramadan kali ini merupakan pengalaman pertamanya menyertai bazar berkenaan.

Foto: Tiktok

"Saya menonton kesemua filem aksi Fast and Furious dan sangat mengagumi bakat aktor Amerika Syarikat itu, tidak sangka pula ramai yang menyatakan wajah saya mirip pelakon terkenal tersebut sehingga tular di media sosial.


"Syukur dan gembira kerana saya merasakan itu juga antara rezeki saya berniaga di sini dan sepanjang berniaga di bazar Ramadan ini, kira-kira RM400 hingga RM600 hasil jualan kunafa dapat saya raih setiap hari," katanya kepada Bernama.



Mohamed Ahmed yang bekerja sebagai jurulatih kick boxing di bandar raya itu berkata kebanyakan pelanggan yang membeli kunafa berharga RM10 sekeping itu adalah golongan wanita selain mereka turut meminta untuk berswafoto dengannya.

Terdahulu, tular video berdurasi 14 saat memaparkan seorang lelaki botak dan bertubuh sasa, memakai baju berkolar putih yang ketat sedang menjual kunafa di sebuah gerai di bazar berkenaan. - CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mrseller 8-4-2023 06:40 PM
ada la skit, yang banyak cam ponen insof pun ada
Quote Zeatyisaac 8-4-2023 06:57 PM
Murah RM10. I belinkat KL hari tu, RM15. Tapi sedap ya amat, berbaloilah
Quote uda 8-4-2023 10:13 PM
Zeatyisaac replied at 8-4-2023 06:57 PM
Murah RM10. I belinkat KL hari tu, RM15. Tapi sedap ya amat, berbaloilah

Beli kat mana?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.028878 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top