Datuk A Aida, 53, tidak lagi berminat bekerjasama dengan Amelia Henderson, 27. "Iya, memang saya tidak akan bekerjasama lagi dengannya (Amelia). Sepanjang saya jadi penerbit, ini kali pertama artis menarik diri (daripada penggambaran) pada saat akhir.
"Sepanjang 25 tahun saya jadi penerbit, tidak pernah seumur hidup saya berlaku perkara seperti ini. "Esok hendak mulakan penggambaran, hari ini artis tarik diri sehingga saya terpaksa ke mahkamah untuk mengambil tindakan... Ini adalah perkara yang tidak boleh diterima," katanya ditemui selepas Mahkamah Sesyen Sivil mengarahkan Amelia membayar ganti rugi lebih RM200,000 berikutan melanggar kontrak perjanjian syarikat penerbitan, A Aida Production Sdn Bhd. Tambahnya kepada Berita Harian, "Saya maafkan awak Amelia Handerson, tidak marah marah pun. Tetapi untuk akan datang saya tidak akan bekerjasama dengannya lagi."
Pada masa sama, A Aida menegaskan tindakan saman yang dibuat ke atas Amelia adalah sebagai memberi pengajaran kepada pelakon lain. "Apa yang penting, saya mahu ia menjadi pengajaran kepada artis di luar sana semoga tidak mengambil tindakan sebegitu. Apabila sudah tandatangan kontrak, maka kena hormat dan jalankan kewajipan. "Kalaulah tidak boleh buat, berilah tahu seminggu sebelum, kita boleh bawa berbincang. Ini pada saat-saat terakhir, esok nak 'shoot' jam 10 pagi, 8.30 malam baru dapat panggilan. Setengah jam saya terpaku, saya macam tidak percaya. "Saya tidak sangka ada artis yang sanggup buat macam itu. Saya tidak tahu kenapa, jadi saya cakap dengan peguam mahu saman. "Saya juga mahu beri pengajaran kepada artis lain supaya jangan main-main. Itulah objektif saya sebenarnya," katanya. Terdahulu, A Aida mengalirkan air mata selepas Mahkamah Sesyen Sivil mengarahkan Amelia membayar lebih RM200,000 sebagai ganti rugi. Peguam mewakili A Aida, Ashmadi Othman berkata, jumlah bayaran itu termasuk bayaran pendahuluan yang diterima sebelum penggambaran, ganti rugi am fitnah serta ganti rugi kos penggambaran drama Sekali Lagi Cinta Kembali sebanyak RM101,325. Haki Zulqarnain Hassan turut memutuskan supaya pelakon terbabit memohon maaf dan memadam video mengandungi kenyataan fitnah terhadap syarikat itu seperti dimuat naik di Instagram (IG). -CARI Sumber: Berita Harian
|
anilanil replied at 7-4-2023 12:06 PM
Suka ati tokda la tak hingin. Skrg ni saya yg hingin tokda buat sambungan drama KCK 2.0 amik amir ah ...
myakayina replied at 7-4-2023 06:06 AM
knp amelia ni tarik diri mengejut? bagilah notis at least 1 week ke..kan dah kena byr 200k ..
LadyCarefree replied at 7-4-2023 12:38 PM
Bagus. Harap2 produksi lain pun whoryuskan minah benggali tu.
nordin84 replied at 7-4-2023 02:50 PM
derih xkena saman plk
dudaberhias replied at 7-4-2023 12:18 PM
hambik ko nek aida tak hengen teruss... mesti teruk gila di layan tu yang sheols mengamuk sampai sam ...
nordin84 replied at 7-4-2023 02:50 PM
derih xkena saman plk
ADVERTISEMENT