CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4508|Reply: 50

Boleh Maafkan Tapi A.Aida Tak 'Hingin' Ambil Amelia Handerson Berlakon Lagi

[Copy link]
Post time 7-4-2023 12:03 PM | Show all posts |Read mode
Datuk A Aida, 53, tidak lagi berminat bekerjasama dengan Amelia Henderson, 27.


"Iya, memang saya tidak akan bekerjasama lagi dengannya (Amelia). Sepanjang saya jadi penerbit, ini kali pertama artis menarik diri (daripada penggambaran) pada saat akhir.


"Sepanjang 25 tahun saya jadi penerbit, tidak pernah seumur hidup saya berlaku perkara seperti ini.


"Esok hendak mulakan penggambaran, hari ini artis tarik diri sehingga saya terpaksa ke mahkamah untuk mengambil tindakan... Ini adalah perkara yang tidak boleh diterima," katanya ditemui selepas Mahkamah Sesyen Sivil mengarahkan Amelia membayar ganti rugi lebih RM200,000 berikutan melanggar kontrak perjanjian syarikat penerbitan, A Aida Production Sdn Bhd.




Foto: mStar




Tambahnya kepada Berita Harian, "Saya maafkan awak Amelia Handerson, tidak marah marah pun. Tetapi untuk akan datang saya tidak akan bekerjasama dengannya lagi."


Pada masa sama, A Aida menegaskan tindakan saman yang dibuat ke atas Amelia adalah sebagai memberi pengajaran kepada pelakon lain.


"Apa yang penting, saya mahu ia menjadi pengajaran kepada artis di luar sana semoga tidak mengambil tindakan sebegitu. Apabila sudah tandatangan kontrak, maka kena hormat dan jalankan kewajipan.


"Kalaulah tidak boleh buat, berilah tahu seminggu sebelum, kita boleh bawa berbincang. Ini pada saat-saat terakhir, esok nak 'shoot' jam 10 pagi, 8.30 malam baru dapat panggilan. Setengah jam saya terpaku, saya macam tidak percaya.


"Saya tidak sangka ada artis yang sanggup buat macam itu. Saya tidak tahu kenapa, jadi saya cakap dengan peguam mahu saman.


"Saya juga mahu beri pengajaran kepada artis lain supaya jangan main-main. Itulah objektif saya sebenarnya," katanya.


Terdahulu, A Aida mengalirkan air mata selepas Mahkamah Sesyen Sivil mengarahkan Amelia membayar lebih RM200,000 sebagai ganti rugi.


Peguam mewakili A Aida, Ashmadi Othman berkata, jumlah bayaran itu termasuk bayaran pendahuluan yang diterima sebelum penggambaran, ganti rugi am fitnah serta ganti rugi kos penggambaran drama Sekali Lagi Cinta Kembali sebanyak RM101,325.


Haki Zulqarnain Hassan turut memutuskan supaya pelakon terbabit memohon maaf dan memadam video mengandungi kenyataan fitnah terhadap syarikat itu seperti dimuat naik di Instagram (IG). -CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2023 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by anilanil at 7-4-2023 12:18 PM

Suka ati tokda la tak hingin. Skrg ni saya yg hingin tokda buat sambungan drama KCK 2.0 amik amir ahnaf as hero, please....
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 12:11 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
ambil hanna delisha dato….;)
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 12:18 PM | Show all posts
hambik ko nek aida tak hengen teruss... mesti teruk gila di layan tu yang sheols mengamuk sampai saman menyaman... sebelum tarik diri tu confirm la dah berhempas pulas pujuk... takkan nenek ni tiba2 takde angin takde ribut nak saman...

mesti si amelia tu kekwat na mamposss sebab sheols fikir sheols educated dan cantik...

iols pun dah biasa dengan orang yang jenis janji hari esok... lepastu tup tup tak ada pulak esoknyaaa... memang tak professional langsung... lepastu lusa pun takde... setiap hari takde... entah bila ada tak pasti tapi kemain kekwat... ko ingat orang lain ni binatang ke nak layan gitu?

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus. Harap2 produksi lain pun whoryuskan minah benggali tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2023 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
anilanil replied at 7-4-2023 12:06 PM
Suka ati tokda la tak hingin. Skrg ni saya yg hingin tokda buat sambungan drama KCK 2.0 amik amir ah ...

Heroin sapa???? Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 01:10 PM | Show all posts
Produser mana ja x berangin kalau esok start shooting mlm esok bagitau nak tarik diri.....dah labur duit kat pelakon2, krew2, tempat shooting tu semua....poket dah bocor kat situ

Utk yg kalah saman tu.....patutnya fikir habis baik la sbb dah sign kontrak kan....kalau nak demand berlakon karakter yg empowerment mcm tu bukan dari produk2 dari produser ni ya....tapi yala bukan sng nak dpt karakter2 yg diimpikn lagi2 dlm industri hiburan Malaysia yg xbyk pilihan sgt

Bila dah jadi artis, xkisah la muka cantik, berpelajaran katanya....bila dah tunjuk perangai poyo mcm ni, bila2 masa nama kena senarai hitam dari mana2 produksi.....bukan sorg ja artis mcm ni kat Malaysia, baik offer dekat pelakon2 yg betul2 nak kerja dan xbyk songeh.....cth Fasha Sandha

Moga ambil pengajaran dari kes saman ni #SelamatBerpuasa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2023 01:23 PM | Show all posts
amelia = bangnon... padan lah dedua
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
breach contract la kan? da kaya ok je kot nak bayar tp reputasi menjunam la
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 02:06 PM | Show all posts
knp amelia ni tarik diri mengejut? bagilah notis at least 1 week ke..kan dah kena byr 200k ..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 02:26 PM | Show all posts
myakayina replied at 7-4-2023 06:06 AM
knp amelia ni tarik diri mengejut? bagilah notis at least 1 week ke..kan dah kena byr 200k ..

weols pun nak tau kenapa amelia & idris khan tarik diri last minute?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
derih xkena saman plk
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 7-4-2023 12:38 PM
Bagus. Harap2 produksi lain pun whoryuskan minah benggali tu.

Dia memang tak ok ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
nordin84 replied at 7-4-2023 02:50 PM
derih xkena saman plk

sebab heols settle luar court haritu.

Si ame ni je yang rajin nak naik turun court
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Haritu bukan nek aida bagi peluang deris n amelia mintak mahap kan.. tapi deris sorang yg buat cmtu. Amelia berkeras tanak mintak maaf n rela masuk court ..kalau tak salah la kronologinya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2023 03:00 PM | Show all posts
Siapa dh tengok drama tu? Betul ke ada scene rogol dan kahwin dengan perogol?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 7-4-2023 12:18 PM
hambik ko nek aida tak hengen teruss... mesti teruk gila di layan tu yang sheols mengamuk sampai sam ...

Biasanya kalau orang berhutang memang macam tu. Lagi lagi kalau jenis Narcist. 10 dia cakap, 1 sahaja boleh diterima itupun kena tapis dengan penapis teh.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 03:34 PM | Show all posts
Memang patutpun kena saman..
Gile tak professional..
Kononnye tak suka / taak agree with the skrip..
Takkan ahh sehari sebelum baru dapat skrip...
Kalau aku dapat staff/client/stakeholder mcm ni pun mmg aku blacklist seumur hidup..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
nordin84 replied at 7-4-2023 02:50 PM
derih xkena saman plk

Nek aida kata nak sembang tepi bole je. Tapi amelia tak mahu. Dia nak masuk court jugak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.059929 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list