“Saya memang takut hendak kahwin. Mungkin sebab itu sampai sekarang masih tiada pasangan. Pengalaman lalu mematangkan saya," kata Isyariana ketika ditanya tentang jodoh. Di kala rakan artis lain sudah mula naik pelamin, dia dilihat seperti gembira sendiri. Tidak ada ura-ura sedang bercinta, apatah lagi mahu mendirikan rumah tangga.
“Saya pernah berada dalam situasi rumah tangga berantakan. Jadi saya ajar diri untuk tidak dilihat lemah. Saya tak boleh lemah. “Saya bukan takut teraniaya. Tak ada perasaan trauma pun. Cuma saya susah hendak percaya dengan orang. Kadang-kadang, kita kenal lama pun belum tentu selamanya boleh dipercayai. “Sebab itu saya selesa dengan keadaan sekarang. Sendiri, bersama kawan-kawan. Lebih-lebih lagi bila melakonkan watak wanita dicurangi, ditipu. Lagilah saya sudah hendak percaya lelaki,” katanya kepada Utusan.
|
dudaberhias replied at 7-4-2023 11:28 AM
Jadi je lah andartu senior atau andartu veteran. Lagi bahagia gittew dik, sebab rumahtangga yang sed ...
ADVERTISEMENT