CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1531|Reply: 6

Isyariana Takut Sangat Nak Kahwin, "Saya Lahir Dalam Keluarga Bercerai Berai, Bila Ada Yang Mendekati Saya Jadi Ragu-Ragu"

[Copy link]
Post time 7-4-2023 11:16 AM | Show all posts |Read mode
“Saya memang takut hendak kahwin. Mungkin sebab itu sampai sekarang masih tiada pasangan. Pengalaman lalu mematangkan saya," kata Isyariana ketika ditanya tentang jodoh.


Di kala rakan artis lain sudah mula naik pelamin, dia dilihat seperti gembira sendiri. Tidak ada ura-ura sedang bercinta, apatah lagi mahu mendirikan rumah tangga.


Foto: IG




“Saya pernah berada dalam situasi rumah tangga berantakan. Jadi saya ajar diri untuk tidak dilihat lemah. Saya tak boleh lemah.


“Saya bukan takut teraniaya. Tak ada perasaan trauma pun. Cuma saya susah hendak percaya dengan orang. Kadang-kadang, kita kenal lama pun belum tentu selamanya boleh dipercayai.


“Sebab itu saya selesa dengan keadaan sekarang. Sendiri, bersama kawan-kawan. Lebih-lebih lagi bila melakonkan watak wanita dicurangi, ditipu. Lagilah saya sudah hendak percaya lelaki,” katanya kepada Utusan.




  



Melakonkan watak sebagai Adellia dalam drama yang sedang hangat diperkatakan, Isteri Halal, Isyariana bagaimanapun tidak menolak jika hatinya terbuka menerima kehadiran seorang lelaki kiriman Tuhan.


“Saya tak adalah serik kerana pernah dikecewakan. Seperti yang saya cakap, mungkin kerana saya ini lahir dalam keluarga bercerai berai. Jadi saya lihat bagaimana ibu bangkit semula selepas apa yang berlaku.




  



“Tidak tahu jika itu memberi impak yang besar sehingga saya tidak ada perasaan mahu berkahwin cuma bila ada yang mendekati, saya jadi ragu-ragu. Betul ke dia ikhlas? Betul ke dia nak kahwin?


“Saya percaya kepada jodoh itu Tuhan sudah tentukan. Jika satu hari nanti, ada seorang lelaki yang berjaya buka hati saya insya-Allah, ke jenjang pelamin lah saya,” katanya yang masih aktif sebagai penyanyi. -CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2023 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Jadi je lah andartu senior atau andartu veteran. Lagi bahagia gittew dik, sebab rumahtangga yang sedang porak peranda kucar kacir siap kena sondol bagai adalah orang2 yang berkahwin jah.

Cer jadi macam nasha aziz, fafau. Tengok aman bahagia je hidup.

Kalau bab servis, Shopee ada dik, sekarang ni siap ada jual yang live size boleh tukar ciknek ke pelbagai warna, saiz dan makhluk. Ibarat tukar laki hari2. Kalau kahwin dengan patung tu pun lebih berbaloi kerana setia dan tidak akan bercerai sampai ko mati. Malah takde babak bini kena hempuk dan smackdown. Kita yang smackdown patung tu sampai patah riuk. Tu pun boleh ganti sebab ada sparepart.

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 02:40 PM | Show all posts
kerosakan yang berpunca dari TV3
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 02:47 PM | Show all posts
Muka heshe ada iras pelakon veteran angeline tan kat gambar tu
Takpleah dek, takde siapa nak letak pisau paksa kahwin kan. Enjoy jelah hidup single
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 03:09 PM | Show all posts
sheols suara sedap jugak. 1st time tgk masa sepahtu reunion dlu yg ada diba AA jadi cameo. best plak tgk dia masa tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 7-4-2023 11:28 AM
Jadi je lah andartu senior atau andartu veteran. Lagi bahagia gittew dik, sebab rumahtangga yang sed ...

Teringat @oyo_miow memberi saranan beli DIL DO dari Shopee, sama macam saranan kamu niew. Mungkin oyo ada ED, tak boleh berfungsi, jadi dia nampak penyelesaian sebegitu sajalah barangkali.

Tapi fantasi oyo ni macam sadistik sedikit, ada unsur unsur kaktus dikehendaki.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2023 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
[em:3:]
[em:3:]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.049764 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list