CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Kantoi Bawa Mercun Dan Bunga Api Guna Kenderaan PDRM

7-4-2023 11:10 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 339| Komen: 3

Polis menangkap anggotanya dan rakan sedang membawa pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM25,000 menggunakan kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Machang, Selasa lalu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun mengsahkan tangkapan kedua-dua suspek berumur 32 dan 35 tahun itu dibuat sepasukan anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA8) Pengkalan Chepa kira-kira 7.45 malam selepas melihat kenderaan terbabit dalam keadaan mencurigakan.



Gambar hiasan

"Anggota PGA8 menahan Toyota Hilux PDRM di lampu isyarat Wakaf Bata, Machang, hasil pemeriksaan menemukan 15 kotak coklat dan 12 bungkusan guni di bahagian kenderaan tersebut yang mengandungi pelbagai jenis mercun dan bunga api dianggarkan bernilai RM25,000," katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhamad Zaki berkata hasil semakan mendapati seorang daripada suspek adalah anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu, Terengganu manakala seorang lagi suspek bekerja sebagai mekanik dan mempunyai lima rekod lampau berkaitan kes narkotik.


"Mereka ditahan reman selama empat hari bermula Rabu hingga esok untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

"Polis juga akan mengenal pasti sama ada anggota tersebut berada di luar kawasan kerana tugas atau sebaliknya," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 7-4-2023 12:07 PM
No suprise there.
Next.
Quote B40tastePosh 7-4-2023 09:49 PM
Hahaha....PDRM jual mercun sebagai side income

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.030881 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top