CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sengaja Biar Saf Terputus, Jemaah Wanita Dikritik Solat Berkelompok Sebab Berebut Kipas Dan Aircond

7-4-2023 11:00 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2680| Komen: 29

Hangat dibangkitkan di media sosial mengenai isu saf jemaah wanita yang dikatakan berkelompok walaupun berada dalam satu ruangan solat.

Ada yang memenuhi saf hadapan, ada pula sebahagian berada di sebelah kanan, dan berkelompok di beberapa bahagian lain.


"Isteri saya mengadu perkara yang sama. Ingatkan hanya berlaku di masjid kami. Kenapa perempuan bersolat jemaah begini?" demikian ciapan seorang individu di Twitter.


Di ruangan komen, warga maya turut mengutarakan perkara sama yang juga berlaku di surau ataupun masjid di kawasan masing-masing.

Menurut mereka, situasi berkenaan seolah-olah bukan isu besar kerana masing-masing tidak cuba membetulkan saf sebaliknya 'selesa' menunaikan solat tarawih berjemaah dalam keadaan berkelompok.


"Kebanyakan makcik-makcik, mereka tak nak anjak ke tepi. Hanya pandang dan tunggu orang lain yang baru sampai untuk penuhkan barisan.

"Mengikut pengalaman saya, salah satu puncanya adalah kipas dan aircond. Mereka memang nak conquer tempat ada kipas atau aircond. Bila nak rapatkan saf, tak nak gerak. Itu yang jadi lompong atau berkelompok.

"Ini pemandangan biasa dalam kalangan saf perempuan. Geram je. Kadang-kadang dibiar putus saf tu. Padahal boleh je anjak.

"Tidak kira lelaki atau perempuan, usahalah untuk rapat dan luruskan saf kerana ia sunnah Rasulullah SAW dan termasuk dalam kesempurnaan solat," demikian antara pandangan yang diutarakan warga maya.


Foto: Twitter

Jadi apakah pandangan ulama berkaitan hal ini?

Memetik laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, meluruskan saf adalah termasuk di dalam adab-adab solat berjemaah.

"Disunatkan oleh imam untuk tidak memulakan solat sebelum saf diluruskan dan disunatkan juga mengarahkan makmum yang berada di belakangnya untuk meluruskan saf.

"Adapun, sekiranya masjid itu besar, maka disunatkan untuk melantik seseorang untuk memastikan agar saf-saf diluruskan dengan cara mengelilinginya atau dengan cara mengarahkan (dengan menggunakan suara).

"Disunatkan juga, bagi setiap yang hadir (di dalam saf) meminta agar disempurnakan saf jika terlihat terdapat kecacatan pada saf tersebut.

"Ini kerana, ia termasuk di dalam amar makruf dan juga tolong-menolong di dalam kebaikan serta ketaqwaan yang mana menyempurnakan saf adalah termasuk di dalam kesempurnaan solat," demikian catatan pada laman berkenaan.

Ia juga turut menyenaraikan beberapa hadis yang menceritakan berkaitan kepentingan meluruskan saf dan sebab yang akan berlaku sekiranya diabaikan perkara ini.

Menurut laman web itu lagi, Imam al-Iraqi ada menukilkan pandangan para ulama dalam memahami makna meluruskan saf, iaitu:

1. Bagi mendapatkan istiqamah dan i'tidal pada zahir sebagaimana yang dituntut pada batin.

2. Supaya tidak diganggu syaitan dan ia akan merosakkan solat dengan waswas.

3. Supaya dapat diisi lebih ramai makmum sekiranya makmum terlalu ramai dan ia akan menjadi sempit jika tidak dirapatkan serta diluruskan saf.

4. Agar setiap makmum itu tidak disibukkan dengan melihat di antara satu sama lain akan perkara yang boleh menganggu mereka.

Dalam pada itu, laman tersebut turut menerangkan mengenai tempat paling afdal untuk wanita menunaikan solat tarawih.

"Tempat solat terbaik bagi wanita adalah di rumah, namun Islam tidak melarang mereka pergi ke masjid terutamanya untuk solat berjemaah pada bulan Ramadan. Namun keharusan ini terikat dengan syarat selamat daripada fitnah.

"Justeru, para wanita yang telah berkahwin perlu mendapat keizinan suami, tidak tabarruj dan sentiasa menjaga adab sebagai seorang Muslimah semasa pergi ke masjid," terangnya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tintin22 7-4-2023 11:02 AM
tau tak pa,hmmm
Quote lasagnaklcc 7-4-2023 11:05 AM
Edited by lasagnaklcc at 7-4-2023 11:06 AM

Pernah nampak gambar tmj dan adik beradik solat berjemaah, diorg satu row blkg imam tapi jarak2 lbh kurg sedepa kot. Blkg diorg baru yg saf rapat.
Quote Suchi 7-4-2023 11:07 AM
Maybe tanak kain telekung kena pijak sampai terkeluar rambut tak memasal tak sah solat.

Quote uori 7-4-2023 11:07 AM
kalau berani, cubalah bagi arahan kat makcik2 ni, dan budak pompuan memuda pun dah ramai miskin adab
Quote talapia 7-4-2023 11:19 AM
ada eh orang camni? Tak pernah lak jumpa .

Biasa kalau asing2 camni.. dia tak ikut imam.
Quote Nyonyaroguy 7-4-2023 11:25 AM
Macam kat surau saya. Ada yang dah bentang sejadah sendiri, bila kena rapatkan saf, dah tak nak bergerak sebab malas betulkan sejadah. Kalau ada ruang kosong, suruh orang yang bergerak, diorang stay je kat situ..serba salah dibuatnya. Kita dah rapatkan saf, tapi jarak dengan orang sebelah punya jauh. Terdetik jugak dalam hati, boleh ke jauh sangat ni. [em:24:]
Quote azimodin 7-4-2023 11:37 AM
Kalau kat rumah aku pulak makcik2 suruh rapat sampai serapat-rapatnya.. nak bangun dari sujud pon susah
Quote prettyuglybabe 7-4-2023 11:53 AM
azimodin replied at 7-4-2023 11:37 AM
Kalau kat rumah aku pulak makcik2 suruh rapat sampai serapat-rapatnya.. nak bangun dari sujud pon su ...

ni macam surau i pi..punya la nak rapat sampai berdiri pun ketat apa lagi nak duduk and tahyat..
terus i pindah belakang and stay je saf belakang walau depa dok panggil suruh penuhkan depan..
Quote azimodin 7-4-2023 12:01 PM
prettyuglybabe replied at 7-4-2023 11:53 AM
ni macam surau i pi..punya la nak rapat sampai berdiri pun ketat apa lagi nak duduk and tahyat..
t ...

Nak duduk 2 sujud pon terkepit2
Quote redz85 7-4-2023 12:53 PM
dalam pakai coli, pakai pulak jubah murah keras kejung tak serap peluh, tambah pulak telekung tebal.. mampos boleh kena heat stroke

tu yang berebut nak depan kipas, bawah aircon..
Quote estrelle 7-4-2023 01:02 PM
Ni la sbb iols MLS nak solat kat mesjid. macik2 Tua biasa malas nak gerak rapatkan saf.
Quote shernazz 7-4-2023 01:06 PM
Masa iols kekecik gi terawih iols tak Tau pung kenapa ada.kelompok ni..sebab iols sorang je masa TU..mak iols jaga adik2 iols..
Gi dgn ayah iols..
Tengok mmg.kelompok2 ni la..
Pastu selamba la iols.selit2 je..
Rupanya dekat dgn kipas..
Quote iolss 7-4-2023 01:40 PM
homaigodd... i penah ok, tekan kipas mesjid nk bg dia pusing so ramai yg kena angin. kn jeling n sound i knn dia dtg dlu so wth i nk rebut kipas tu. dia tkn tala hadap kt dia je.. i macam musibat nye manusia. ini mcm ragam pon ada
Quote tri-max 7-4-2023 01:44 PM
iolss replied at 7-4-2023 01:40 PM
homaigodd... i penah ok, tekan kipas mesjid nk bg dia pusing so ramai yg kena angin. kn jeling n sou ...

ha3x..
mcm2 perangai makcik2 mesejid nih
apa kata suruh dia angkat je bawak balik kipas tu, boleh pulun sorang2 kat umah
selfish benor
Quote sheetRock 7-4-2023 01:48 PM
iols pernah solat mcm nih...biasa nyer maghrib balik dr keje mmg tak sempat sampai umah. keyells nih jemmmm padahal umah sekangkang kera kononnyer...

so kalau sembahyang kat masjid...mesti angkut bala tentera...n if sempat jemaah..mmg kami suami istri ikot imam...

biasa nyer yg 3 abg ikot bapak. yg toddler bongsu dgn iols... pernah rapatkan saf...yg si kicik tuh pergi bersujud kat muslimat sebelah.... aduyai.... belom lagi dia pergi main2 kat depan tempat sujud muslimat tuh...

last2... amik inisiatif sendiri...kalau berjemaah iolss akan jarak ke hujung sbb takot anak iols mengganggu jiran2 sebelah sembahyang.

sekian explanation dr orang yg pernah berkelompok begini...
Quote Belibis 7-4-2023 02:45 PM
Saf jemaah jantan pun renggang jugak..sejak2 sop kobidiot isam digi la ni..masing2 selesa dengan jarak jauh..
Quote hyie 7-4-2023 03:22 PM
yang ni dikira dah terputus saf, tak silap iols tak sah solat. entahlah kena tanya yang lebih arif. Iols rasa saf lelaki takda masalah sebab memang akan pergi masjid esp solat Jumaat so diorang dah faham. Pompuan tak wajib pi masjid so bila diorang pegi tu, jadilah perangai gini. Diorang tak berapa faham konsep solat berjamaah barangkali.
Quote tagas 7-4-2023 03:24 PM
Aku pun pernah jumpa situasi camni

tp jemaah pondan berkopiah

camno tu haha
Quote nw111 7-4-2023 03:33 PM
Nak selesa solat kat rumahlah.. org pompuan lebih afdhol solat di rumah...

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.040578 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top