CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ukraine Lancar Aplikasi Mudah Alih Untuk Cari Kanak-Kanak Hilang Akibat Perang

7-4-2023 10:45 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 144| Komen: 1

Aplikasi mudah alih untuk membantu mencari kanak-kanak hilang sejak lebih 13 bulan pencerobohan berskala penuh Russia, dilancarkan di Ukraine semalam.

Menurut Polis Negara, Kyiv menganggarkan 19,544 kanak-kanak dihantar ke Russia ketika pencerobohan itu, dengan hanya 328 daripada mereka pulang.


Moscow yang mengawal bahagian timur dan selatan Ukraine, menafikan menculik kanak-kanak, sebaliknya menjelaskan mereka dibawa keluar demi keselamatan mereka.


Gambar hiasan - TVP World

Timbalan Ketua Polis Negara, Oleksander Fatsevych, berkata Ukraine bersama syarikat teknologi Amerika Syarikat (AS), Find My Parent membangunkan aplikasi dinamakan 'Reunite Ukraine' yang akan membantu menemukan semula keluarga yang terpisah sejak konflik.

"Ia antara instrumen untuk mencari kanak-kanak dan menyatukan semula mereka dengan keluarga.

"Sekiranya kita temui walau hanya seorang kanak-kanak dengan cara sedemikian atau menyatukan semula dengan keluarganya, ia satu kemenangan, mungkin kecil namun dengan setiap langkah kita dapat mengembalikan mereka ke rumah," katanya menerusi satu taklimat dalam talian.


Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bulan lalu mengeluarkan waran tangkap terhadap Presiden Russia, Vladimir Putin dan pesuruhjaya hak kanak-kanak Russia, menuduh mereka menculik kanak-kanak dari Ukraine.

Moscow tidak menyembunyikan program di mana mereka membawa ribuan kanak-kanak Ukraine ke Russia dari kawasan yang diduduki, namun menyifatkan ia kempen kemanusiaan bagi melindungi anak yatim dan kanak-kanak yang ditinggalkan di zon konflik.

Pesuruhjaya kanak-kanak itu, Maria Lvova-Belova pada minggu ini berkata sejak Februari tahun lalu, Russia menerima lebih lima juta pelarian dari wilayah Donbas, Ukraine, termasuk 730,000 kanak-kanak dengan ibu bapa atau penjaga yang sah.

Russia tidak mengiktiraf bidang kuasa ICC dan menganggap waran dikeluarkan terbatal dan tidak sah.

Fatsevych berkata, aplikasi itu boleh dimuat turun secara percuma dan mudah dikendalikan, selain memiliki semakan keselamatan identiti berbagai peringkat.

Beliau berkata, polis akan menyemak dan mengesahkan profil peribadi dan bertindak sebagai perantara untuk membolehkan komunikasi melalui aplikasi dibuat.

Katanya, aplikasi itu akan membolehkan polis mengumpul lebih banyak data dengan cara yang selamat dan dilindungi, termasuk daripada orang di Russia, Belarus atau di wilayah yang ingin membantu kanak-kanak Ukraine.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.088983 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top