CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelawat Dah Tak Boleh Kunjungi Kedai Kopi Di Sepanjang Landasan Kereta Api Hanoi

7-4-2023 10:33 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 512| Komen: 2

Pengunjung dilarang Hanoi daripada mengunjungi destinasi popular pelancong iaitu kedai kopi yang memenuhi sepanjang landasan kereta api demi menjamin keselamatan mereka sendiri.

Agensi Berita Vietnam (VNA) melaporkan, Jabatan Pelancongan Perbandaran berkata, pihaknya meminta perniagaan yang menawarkan perkhidmatan pelancongan dan pengangkutan di bandar itu supaya tidak menawarkan lawatan sedemikian dan menggalakkan pelancong, terutama warga asing supaya tidak mengunjungi dan mengambil gambar di kedai kopi.



Gambar hiasan - Bloomberg

Jabatan itu juga meminta agensi-agensi berkaitan supaya mematuhi peraturan mengenai keselamatan lalu lintas rel dan ketenteraman bandar dan menugaskan pasukan penyiasatnya untuk meningkatkan pemeriksaan dan menangani sebarang salah laku.

Terdapat lebih 30 kedai kopi di sepanjang landasan kereta api yang melalui wad Hang Bong, Cua Dong, Cua Nam, Hang Ma dan Dong Xuan.


Daerah Hoan Kiem telah berulang kali mengarahkan penutupan kedai kopi di sepanjang landasan kereta api dan meminta penduduk tempatan tidak menjalankan perniagaan ini di tapak berbahaya, namun keadaan tidak menunjukkan sebarang perubahan.

Hanoi menerima kira-kira 978,700 warga asing dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, 5.9 kali lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun lepas, kata Jabatan Pelancongan Perbandaran.

Ibu negara itu menyasarkan untuk menyambut 22 juta pelancong tahun ini.


Sumber: BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tenggiripink 8-4-2023 11:05 AM
tak tengok cerita final destination ke depa ni?
meols yg seram

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:33 AM GMT+8 , Processed in 0.026112 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top