Kumpulan popular Indonesia, Wali Band kembali menyantuni peminat Malaysia dengan menyambut undangan menjayakan konsert Dream Festival Collaboration Vol.2. Lebih menarik, mereka akan berkolaborasi dan berkongsi pentas bersama Floor 88, yang turut menular di Indonesia.
“Lagu Floor 88 tidak asing bagi kami dan peluang bertemu serta bersilaturahim menerusi Dream Festival Collaboration Vol.2 ini kami anggap sebagai penghargaan besar. Kami senang sekali dapat bekerjasama dengan band yang paling hype di Malaysia ini. “Pastinya, kami akan berkolaborasi dengan mereka di atas pentas nanti. Apa yang penting, lagu yang dipilih nanti akan membuatkan peminat yang datang senang dan puas melihat persembahan kami,” katanya. Sementara itu, Floor 88 pula menyifatkan, tawaran untuk beraksi bersama Wali Band sebagai peluang keemasan, apatah lagi karya kumpulan popular Indonesia itu sentiasa menjadi rujukan mereka.
“Kami bersyukur terpilih untuk berkongsi pentas dengan nama besar seperti Wali Band. Ini peluang keemasan buat kami menimba pengalaman dengan kumpulan yang sudah 24 tahun bertahan dalam industri muzik. “Sudah tentu kami tidak sabar bertemu pemuzik yang menjadi rujukan kami sejak di bangku sekolah lagi. Berkongsi pentas bersama mereka adalah penghormatan besar dan kami akan buat yang terbaik untuk konsert itu nanti,” kata vokalisnya, Ayie. Selain Ayie, Floor 88 turut dibarisi Eric Fuzi (keyboard), Achoi (gitar), Falique (bass), Akram (dram) dan Amir (gitar kedua). Eric pula berkata, disebabkan terlalu teruja, mereka terus memberikan kata persetujuan sebaik menerima pelawaan untuk beraksi bersama Wali Band. “Ramai yang menanti kemunculan mereka di sini. Pastinya menerusi kolaborasi ini, kami berharap ia akan memberi impak baharu terhadap industri muzik Malaysia dan Indonesia. “Muzik itu universal dan menjadi penyambung manusia sejagat. Apatah lagi, muzik yang dibawakan Wali Band dan Floor 88 tidak jauh beza apabila menyatukan unsur humor dan mesej yang jarang diketengahkan pemuzik lain,” katanya. Bagi Pengarah Projek DreamFestWorld, Rama Ananda Ambri berkata, Dream Festival Collaboration menjadi titik penting buat pengkarya muzik Malaysia dan Indonesia apabila mengetengahkan gandingan nama popular dan berpotensi besar dari dua negara beraksi di atas satu pentas. Rama Ananda atau mesra disapa Anda berkata, besar harapan mereka untuk melihat Dream Festival Collaboration menjadi sebuah jenama yang utuh, sekali gus meraikan karya hebat pemuzik serantau. Sehubungan itu, katanya, mereka menyimpan impian besar untuk membawa bakat dari Malaysia beraksi dalam siri persembahan Dream Festival di Indonesia kelak. “Kami berharap inisiatif yang digerakkan Inspire IDN ini dapat meninggalkan memori indah, sekali gus memberikan apresiasi terhadap usaha pengkarya seni kedua-dua negara menerusi perkongsian idea dan persembahan," katanya. Tiket untuk menyaksikan persembahan Dream Festival Collaboration Vol. 2 - Wali Band dan Floor 88 dijual pada harga RM198 (Festival), RM298 (Kategori 2), RM358 (Kategori 1) dan RM5,088 (VIP Box) serta boleh ditempah menerusi laman: ticket2u.com.my. "Sebagai tanda penghargaan, peminat turut berpeluang mendapatkan tiket pada harga istimewa dengan menyertai Dreamers Club Telegraph. Layari laman Instagram: @dreamfestworld dan ikuti beberapa langkah untuk mendaftar sebagai ahli kelab Dreamers bagi mendapatkan pelbagai promosi menarik serta perkembangan terkini acara anjuran DreamFest di Malaysia serta Indonesia," katanya. Sumber: Gempak
|
Themilo replied at 7-4-2023 10:59 AM
Untuk Vol 1 nidji x budi doremi, seminggu sebelum puasa hari tu, weols ada pergi. weols beli tiket e ...
dudaberhias replied at 7-4-2023 03:04 AM
Makin murah plak harga? Konsert jadi mek ani ke chuols? Atau jadi oag kacip terus.
ADVERTISEMENT