CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 681|Reply: 5

Floor 88 Teruja, Terus Setuju Bila Dilamar Wali Band

[Copy link]
Post time 7-4-2023 10:05 AM | Show all posts |Read mode
Kumpulan popular Indonesia, Wali Band kembali menyantuni peminat Malaysia dengan menyambut undangan menjayakan konsert Dream Festival Collaboration Vol.2.


Lebih menarik, mereka akan berkolaborasi dan berkongsi pentas bersama Floor 88, yang turut menular di Indonesia.


“Lagu Floor 88 tidak asing bagi kami dan peluang bertemu serta bersilaturahim menerusi Dream Festival Collaboration Vol.2 ini kami anggap sebagai penghargaan besar. Kami senang sekali dapat bekerjasama dengan band yang paling hype di Malaysia ini.




IG DreamFest




“Pastinya, kami akan berkolaborasi dengan mereka di atas pentas nanti. Apa yang penting, lagu yang dipilih nanti akan membuatkan peminat yang datang senang dan puas melihat persembahan kami,” katanya.


Sementara itu, Floor 88 pula menyifatkan, tawaran untuk beraksi bersama Wali Band sebagai peluang keemasan, apatah lagi karya kumpulan popular Indonesia itu sentiasa menjadi rujukan mereka.


“Kami bersyukur terpilih untuk berkongsi pentas dengan nama besar seperti Wali Band. Ini peluang keemasan buat kami menimba pengalaman dengan kumpulan yang sudah 24 tahun bertahan dalam industri muzik.


“Sudah tentu kami tidak sabar bertemu pemuzik yang menjadi rujukan kami sejak di bangku sekolah lagi. Berkongsi pentas bersama mereka adalah penghormatan besar dan kami akan buat yang terbaik untuk konsert itu nanti,” kata vokalisnya, Ayie.


Selain Ayie, Floor 88 turut dibarisi Eric Fuzi (keyboard), Achoi (gitar), Falique (bass), Akram (dram) dan Amir (gitar kedua).


Eric pula berkata, disebabkan terlalu teruja, mereka terus memberikan kata persetujuan sebaik menerima pelawaan untuk beraksi bersama Wali Band.


“Ramai yang menanti kemunculan mereka di sini. Pastinya menerusi kolaborasi ini, kami berharap ia akan memberi impak baharu terhadap industri muzik Malaysia dan Indonesia.


“Muzik itu universal dan menjadi penyambung manusia sejagat. Apatah lagi, muzik yang dibawakan Wali Band dan Floor 88 tidak jauh beza apabila menyatukan unsur humor dan mesej yang jarang diketengahkan pemuzik lain,” katanya.


Bagi Pengarah Projek DreamFestWorld, Rama Ananda Ambri berkata, Dream Festival Collaboration menjadi titik penting buat pengkarya muzik Malaysia dan Indonesia apabila mengetengahkan gandingan nama popular dan berpotensi besar dari dua negara beraksi di atas satu pentas.


Rama Ananda atau mesra disapa Anda berkata, besar harapan mereka untuk melihat Dream Festival Collaboration menjadi sebuah jenama yang utuh, sekali gus meraikan karya hebat pemuzik serantau.


Sehubungan itu, katanya, mereka menyimpan impian besar untuk membawa bakat dari Malaysia beraksi dalam siri persembahan Dream Festival di Indonesia kelak.


“Kami berharap inisiatif yang digerakkan Inspire IDN ini dapat meninggalkan memori indah, sekali gus memberikan apresiasi terhadap usaha pengkarya seni kedua-dua negara menerusi perkongsian idea dan persembahan," katanya.




IG DreamFest




Tiket untuk menyaksikan persembahan Dream Festival Collaboration Vol. 2 - Wali Band dan Floor 88 dijual pada harga RM198 (Festival), RM298 (Kategori 2), RM358 (Kategori 1) dan RM5,088 (VIP Box) serta boleh ditempah menerusi laman: ticket2u.com.my.


"Sebagai tanda penghargaan, peminat turut berpeluang mendapatkan tiket pada harga istimewa dengan menyertai Dreamers Club Telegraph. Layari laman Instagram: @dreamfestworld dan ikuti beberapa langkah untuk mendaftar sebagai ahli kelab Dreamers bagi mendapatkan pelbagai promosi menarik serta perkembangan terkini acara anjuran DreamFest di Malaysia serta Indonesia," katanya.



Sumber: Gempak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2023 10:59 AM | Show all posts
Untuk Vol 1 nidji x budi doremi, seminggu sebelum puasa hari tu, weols ada pergi. weols beli tiket early bird RM214. Hujung-hujung, tiket makin murah pulak & dijual RM110 je.
Weols komplen ka kat organiser ni.
Finally diorang bagi merchandise, lepas tu dapat meet & greet.
Organiser indo ni tak meleceh.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 7-4-2023 10:59 AM
Untuk Vol 1 nidji x budi doremi, seminggu sebelum puasa hari tu, weols ada pergi. weols beli tiket e ...

Makin murah plak harga? Konsert jadi mek ani ke chuols? Atau jadi oag kacip terus.

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 11:30 AM | Show all posts
dudaberhias replied at 7-4-2023 03:04 AM
Makin murah plak harga? Konsert jadi mek ani ke chuols? Atau jadi oag kacip terus.

makin murah sebab tak berapa laku kot?
konsert malai solo 3 hari 3 malam tu cancel terus la kot?
Funder pun tingtong
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 11:48 AM | Show all posts
apa jah lagu wali band selain melati putih & ingat mati ingat sakit tuh? ntah2 plor 88 tau dua lgu wali band ni jah
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayie kena berlatih bagi suara power bila nyanyi live.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Alice Chang Dakwa Sedang Hamil Anak Datuk Seri Berstatus Suami Orang?
YgBenarAlice Chang Dakwa Sedang Hamil Anak Datu
Views : 28451 Replies : 21
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 98915 Replies : 3912
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 72743 Replies : 784
Jumpa Doktor Setakat Nak Bagi Tarikh?” –Wanita kiciwa Adik Hidap Kanser Tahap 4 ‘Disidai’ Berjam-Jam Di Hospital Sultanah Nur Zahirah
YgBenarJumpa Doktor Setakat Nak Bagi Tarikh?”
Views : 33735 Replies : 63
Pelakon suara Doremon telah tiada
maklukpenggodaPelakon suara Doremon telah tiada
Views : 32806 Replies : 38
Maroon 5 in Kuala Lumpur
maklukpenggodaMaroon 5 in Kuala Lumpur
Views : 48500 Replies : 126
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 17398 Replies : 236
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 42460 Replies : 257
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 110996 Replies : 7259
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 75021 Replies : 706

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.263609 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list