CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mahkamah Arah Ayam Jatan Dibunuh Kerana Kokokan Ganggu Jiran Tidur

7-4-2023 09:56 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 181| Komen: 1

Mahkamah di bandar terbesar di utara Nigeria, Kano, memberi tempoh sehingga Jumaat kepada seorang lelaki untuk membunuh ayam jantannya.

Ia susulan aduan jiran mengenai kokokan ayam yang berterusan menyebabkan mereka tidak dapat tidur.


Majistret Halima Wali mengeluarkan perintah itu terhadap Malam Yusuf pada Selasa yang mengisytiharkan ayam mengganggu kejiranan, menurut prosiding mahkamah yang dilaporkan.


Gambar Hiasan

Dalam prosiding sama, Yusuf memberitahu mahkamah membeli ayam jantan terbabit bagi sambutan Good Friday sempena perayaan Kristian sebelum menyembelihnya bagi jamuan keluarga.

Hakim membenarkan permohonan itu tetapi memberi amaran supaya memastikan ia tidak berkeliaran di kawasan perumahan dan mengganggu penduduk.

Beliau turut memerintahkan menyembelih ayam jantan itu pada Jumaat, seperti dijanjikan atau berdepan hukuman daripada mahkamah.


Tidak menyalahi undang-undang menyimpan ternakan termasuk ayam dan itik di kediaman di Nigeria yang mana ia diternak untuk makanan dan sebagai aset segera dalam kecemasan kewangan. -CARI

Sumber: mStar/ Daily Post Nigeria

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.034575 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top