CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peniaga Bazar Dikecam- Marah Pakcik Nak Beli Lauk RM3 Je, Minta Plastik Pun Merungut

7-4-2023 09:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3170| Komen: 66

Seorang wanita menegur sikap peniaga nasi lemak kerana bertindak biadab ke atas pembeli yang kurang berkemampuan.

Wanita dikenali sebagai Zulin itu berkata pelanggan tersebut mahu membeli lauk bernilai RM3 tetapi peniaga itu berkeras yang gerainya hanya menjual set juadah RM5.


"Tadi pergi bazar, ada pakcik ni nak beli lauk RM3. Tapi penjual tu kata dia jual RM5 je.

"Pakcik tu cakap dia nak beli sedikit sahaja sebab untuk sekali makan," ujar Zulin.

Gambar Hiasan

Walaupun begitu, peniaga berkenaan berat untuk melayani permintaan pelanggan terbabit dan sempat mengherdiknya.

Akhirnya peniaga tersebut akur tetapi bersikap acuh tak acuh terhadap pelanggan pertengahan usia itu.

"Peniaga yang masih muda itu berkata dekat pakcik tu, sebab pakcik beratur lama je saya bagi ni (lauk RM3).

"Kepada peniaga itu, tak miskin pun kalau bagi pakcik tu beli. Mungkin itu je yang dia mampu. Tak perlu kot cakap macam tu," tegur Zulin.


Zulin seterusnya menggambarkan keadaan pelanggan itu yang sepertinya baru pulang daripada tempat kerjanya di kawasan pembinaan.

Lebih memanaskan darah Zulin apabila melihat peniaga itu merungut kerana pelanggan berkenaan meminta plastik untuk meletakkan makanannya.

"Dia (pelanggan) dengan kasut kerja kontrak datang beli makanan tetapi diperlakukan sebegitu.

"Masa pelanggan tu minta plastik kau siap merungut lagi. Berapa sen sangat je plastik tu. Nampak tangan pakcik tu penuh dengan barang.

"Sombong betul, orang cari pahala bulan Ramadan ni, kau pula rugi sebab buat macam tu dekat orang tua.

"Kalau saya jadi peniaga tu, orang nak beli 50 sen pun saya bagi je. Tak tergamak nak sound orang yang tak mampu," kata Zulin.

Melepaskan geram, Zulin berkata dia akan memboikot gerai nasi lemak itu walaupun makanan yang dijualnya sedap dan menyelerakan.

"Saya tak nak dah beli nasi lemak dekat dia. Sedap pun buat apa kalau tak ada adab macam tu.

"Tak perlu nak berniaga dah, dia boleh pergi makan seorang diri. Sombong! Geram sangat hati ni rasa," luah Zulin dengan kemarahan yang meluap-luap.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya juga menzahirkan ketidakpuasan hati yang sama terhadap peniaga yang tidak mempunyai budi pekerti.

"Ramai peniaga dekat bazar jual makanan macam pembeli ni minta sedekah tak bayar.

"Adab adalah segala-galanya dalam perniagaan. Dia mungkin tak kisah hilang pakcik tu sebagai pelanggan tapi dia tak sedar orang sekeliling yang memerhati.

"Patutnya bagi je la free. At the end of the day, barang jualan pun tak terjamin akan licin. Kalau selagi boleh bagi, bagi je la. Buat la baik jika berpeluang," kata sebahagian warga maya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizruncing 7-4-2023 10:03 AM
alahai bongkaknyaa. menyampah aku sikap peniaga mcm ni. smlm baru tgk ada org jual roti jala ngan muka masam langsung tak mesra. aku klu org mcm tu sory laa nk support
Quote epullipan 7-4-2023 10:08 AM
time time puasa ni la peniaga2 isle yang munafik ambil kesempatan jual makanan basi,lauk & kuih semalam, lauk masak leih kurang je rasanya....sebab dorang tau pembeli tak bole nak rasa selagi bukan waktu berbuka...aku paling menyampah beli murtabak dapat air bawang yang da basi..memang trus black list gerai2 tu
Quote chandrahusin 7-4-2023 10:12 AM
Makin heran org berniaga tp sombong ni
Manis2 la muka baru la terbuka pintu rezeki
Org nak sikit pun layan la elok2
Kat restoran2 pun skrg mcm ni
Dh la layan diri
Tp muka msg2 mmg mcm tahi
Mcm la org paksa dia bkk kedai
Quote copy_paste 7-4-2023 10:21 AM
hahahahha sbb tu la aku x g bazar,
kesian org yg x sempat memasak terpaksa la beli jugak
Quote mojarean_X 7-4-2023 10:26 AM
Salam jumaat dan semoga dipermudahkan urusan (spam komen ala facebook)
Quote afie_m 7-4-2023 10:27 AM
bagi ja lah ..kot2 dia beli rm3 tu utk dia sorang ja makan..bukan dia minta free...
Quote dekmieDandy 7-4-2023 10:30 AM
arwah atuk aku dulu pun pernah ban satu kedai ni, pasai tak reti senyum lansung

so sampai sekarang mak aku ngan adik beradik dia ban kedai tu

aku jelar selalu curi-curi beli kat kedai tu
Quote tagas 7-4-2023 10:34 AM
Muka depa masam sbb penat dr pg nak kena

bersiap untung belum tentu

Korang ape taw

Done bekap depa
Quote sufi^_^ 7-4-2023 10:38 AM
copy_paste replied at 7-4-2023 02:21 AM
hahahahha sbb tu la aku x g bazar,
kesian org yg x sempat memasak terpaksa la beli jugak

Betul, kalau sempat masak, masak je benda simple2. Sampai rumah pukul 6pm pun sempat lagi kalau bahan2 dah sedia.
Memang simpati dengan yang tak sempat masak.
Kalau aku, aku pilih beli kat restoran daripada bazar.
Dah banyak sangat cerita tak elok pasal bazar remdan tahun ni.
Quote renko 7-4-2023 10:59 AM
bila tak laku
melolong meratap hiba buat tiktok
lagu sedih2
pale babi betul
Quote uori 7-4-2023 11:06 AM
tak pelik lah, peniaga atau yang kerja servis kat sini ramai perangai gini, macam kena paksa waktu keje, macam salah kita pulak dorang penat keje gitu
Quote sangbara2020 7-4-2023 11:13 AM
yg si zulin tu pun xleh nk sedekahkan rm2 ke
xmiskin rm2 sedekah kat pakcik tu
Quote lasagnaklcc 7-4-2023 11:16 AM
Teringat mak i beli cucur udang smlm. 2 ketul RM5, amik 3 ketul dia charged RM8. Kuah kacang pon dah abis cukup2 utk 2 bijik. Malas nak argue sbb ramai org. Tapi mmg banned la kedai tu.
Quote Nyonyaroguy 7-4-2023 11:36 AM
Hahahah..betul..saya tak suka yang buat tiktok backgorund lagu sedih pastu ayat 'siapa suruh ..., kan dah...' eee...tak suka betul. Sorry off topic [em:12:]
Quote kucingitam 7-4-2023 11:48 AM
bagi je la beli berapa ringgit pun..mana tau kot2 pakcik tu sorang je pelanggan kau..at least dah ada rm 3 duit jualan hari tu..
Quote myakayina 7-4-2023 11:49 AM
satu jam sebelum buka tu sempat je nk masak klu semua bahan dah tersedia..ko campak je dlm kuali dlm periuk..lauk yg simple2 pun dah cukup..
Quote sayurmayur88 7-4-2023 11:58 AM
yes ! peniaga  macam tu kita boikot je!
tak luak pon bg rm3 kalau tak nak bg banyak, ejas je rega 3 ringgit tuh
Quote Skuau 7-4-2023 12:00 PM
Terfikirkah anda...apa sebenarnya 'MISTERI' di sebalik 'pembongkaran' sikap ore isle...di bulan 'ramdan yg mulia ini'(untuk tatapan seluruh alam)???????
Quote noor2 7-4-2023 12:02 PM
Aku pulak , nk beli mi udang dibaginya kuah laksa yg dah siap dibungkus...tapi x la aku marah sb aku mmg baik dgn peniaga tu..siap beriya2 dia minta maaf sb x perasan..tapi selera aku hilang nk mkn mi udang dgn kuah laksa..

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.035820 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top