CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rohana Curi Ibu Jari Patung Pahlawan Purba Berusia 2,000 Tahun Bernilai RM19.8 Juta

7-4-2023 09:40 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1062| Komen: 7

Seorang lelaki di Delaware, Amerika Syarikat (AS) mengaku bersalah mencuri ibu jari patung pahlawan Cina purba berusia 2,000 tahun yang bernilai AS$4.5 juta (RM19.8 juta) semasa berpesta di sebuah muzium di bandar Philadelphia, lapor akhbar New York Post.


Michael Rohana mengakui menyelinap masuk ke dalam pameran tertutup semasa menghadiri pesta di Institut Franklin pada Disember 2017.

Sebagai sebahagian daripada rundingan pengakuannya, pendakwa raya persekutuan menggugurkan tuduhan paling serius terhadapnya iaitu mencuri dan menyembunyikan objek warisan budaya dari muzium yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun, lapor saluran berita KWY.


Rohana mematahkan ibu jari kiri patung ‘Kavaleri Berkuda’ yang berusia 2,000 tahun. - Rob Nguyen

Rohana sebaliknya mengaku bersalah atas tuduhan lebih ringan yang membawa kepada hukuman penjara maksimum dua tahun dan denda AS$20,000 (RM88,080).


Hukuman ke atas Rohana dijadualkan akan dijatuhkan di mahkamah persekutuan pada 17 April depan.

Lelaki itu baru berusia 24 tahun ketika dia menceroboh pameran tertutup di muzium tersebut semasa berlangsungnya pesta yang diadakan selepas waktu kerja.

Dia mengaku mematahkan ibu jari kiri patung tersebut dan memasukkannya ke dalam poket. Dia juga memeluk patung ‘Kavaleri Berkuda’ dan berswafoto dengan arca itu.

Kakitangan muzium menyedari ibu jari itu hilang pada 8 Januari 2017 dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mengesan bahagian yang hilang itu diambil Rohana selepas memberitahu pihak berkuasa bahawa dia telah menyimpan ibu jari itu dalam sebuah laci meja.

Kes kecurian itu mencetuskan kemarahan pihak berkuasa China dan pada 2018 meminta AS untuk menjatuhi ‘hukuman berat’ ke atas Rohana.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote epullipan 7-4-2023 10:10 AM
jibake nama rohana ingat pompuan melayu..ummah melayu mendunia mencuri..upanya mat saleh
Quote krustykrab 7-4-2023 10:23 AM
Fuh...rohana ye surname dia
Quote mojarean_X 7-4-2023 10:26 AM
Salam jumaat dan semoga dipermudahkan urusan (spam komen ala facebook)
Quote makita 7-4-2023 10:48 AM
krustykrab replied at 7-4-2023 10:23 AM
Fuh...rohana ye surname dia


Tapi mesti sebutan Rohana tu sleng2 cheese sket Rohene....
Quote sayurmayur88 7-4-2023 12:00 PM
mati2 aq ingat pompuan nusantara nama "rohana" p curik !!
tajuk betul2 clickbait tanpa di sengaja !!!
Quote Tinot7 7-4-2023 11:58 PM
Ingatkan acik rohana ex ceo.. rupanya rohana laki..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.029724 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top