CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lubnan Balas Dendam Untuk Palestin, Lancar Bertubi-tubi Roket Ke Arah Israel

7-4-2023 09:26 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 511| Komen: 2

Lubnan 'membalas dendam' terhadap Israel dengan melepaskan bertubi-tubi roket pada Khamis, sehari selepas pertempuran antara polis Israel dan penduduk Palestin di Masjid Al-Aqsa yang menimbulkan amaran tindak balas dari seluruh wilayah itu.


Tentera Israel berkata, pihaknya sudah mengenal pasti 34 roket yang dilancarkan dari wilayah Lubnan ke Israel, dengan 25 daripadanya berjaya dipintas pertahanan udara Israel.


Anggota polis Israel berdiri berhampiran kepulan asap akibat kebakaran berikutan roket dilancarkan dari Lubnan - REUTERS/Fadi Amun

"Lima roket mendarat di wilayah Israel," menurut kenyataan tentera selepas serangan itu, bagaimanapun tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab setakat ini.

Tembakan roket itu berlaku di tengah-tengah ketegangan yang memuncak selepas polis rusuhan Israel bertempur dengan penduduk Palestin di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis pada Subuh semalam dan sekali lagi di sebelah petangnya, sehingga dikecam seluruh dunia Islam.


Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai situasi keselamatan dan akan melakukan penilaian dengan ketua agensi keselamatannya, menurut pejabatnya.

Perkhidmatan kecemasan Israel melaporkan seorang lelaki cedera ringan terkena serpihan sementara seorang wanita pula cedera ketika berlari mencari tempat perlindungan.

Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) di Lubnan menggesa sekatan dibuat.

"Keadaan semasa amat serius. UNIFIL menggesa sekatan dan mengelak ketegangan meningkat," kata pasukan yang mengawal kawasan sempadan antara kedua-dua negara yang secara teknikalnya masih berperang.

Tentera Israel memberitahu, siren amaran dibunyikan di bandar Shlomi dan di Moshav Betzet serta Galilea di utara Israel.

Tentera Israel menafikan sudah bertindak balas terhadap serangan itu, reaksi tindak balasnya terhadap laporan dari Agensi Berita Nasional Lubnan yang mendakwa Israel sudah mula menyerang sasaran di selatan Lubnan.

Menurut laporan berita Lubnan itu, artileri Israel didakwa sudah melepaskan beberapa peluru dari kedudukannya di sempadan iaitu selepas pelancaran beberapa roket jenis Katyusha ke arah Israel.


ANGGOTA keselamatan Israel menarik tangan jemaah yang duduk di hadapan Masjid Al-Aqsa. FOTO AFP.

Jurucakap tentera memberitahu, Menteri Pertahanan, Yoav Gallant sudah diberi taklimat mengenai butiran peristiwa di sempadan utara Israel itu.

"Menteri akan menjalankan penilaian situasi dengan pegawai kanan bagi menentukan kedudukan pertahanan," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hayrin86 7-4-2023 09:44 AM
Lagi bagus bunuh penjenayah perang/kemanusiaan/militan dari bunuh orang biasa..

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.029384 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top