CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Durjana Berperangai Syaitan! Wanita Tak Sangka Kini Kembali Berjalan Selepas Ditolak Suami Jatuh Cerun

7-4-2023 09:15 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 454| Komen: 3

Wanita menempuh sejarah hitam apabila ditolak suaminya, Yu Xiaodong hingga jatuh dari cerun berketinggian 34 meter di sebuah pusat peranginan di Thailand pada Jun 2019.

Kisah Wang Nuannuan itu menjadi perbualan hangat di saluran media sosial China, Douyin.



Wanita ini menjadi mangsa pengkhianatan suaminya dalam tragedi pada 2019.

Wang yang berumur 35 tahun pada ketika itu melawan hukum fizik apabila dia terselamat, namun kandungannya yang berusia tiga bulan terkorban.

Akibat insiden ngeri itu, Wang patah tulang di 17 bahagian dan lebih 100 paku keluli dimasukkan ke dalam badannya serta menerima lebih 200 jahitan.


Wang berjuang untuk pulih seperti sedia kala setelah kejadian mengerikan yang menimpanya.


Dia juga menjalani beberapa pembedahan selain perlu menjalani rawatan pemulihan intensif.

Pada awal tahun ini, Wang berjaya berdiri dan berjalan tanpa bantuan tongkat, lapor Beijing Youth Daily.


Wang menjalani rawatan pemulihan intensif.

Pernah hampir menyerah kalah ketika melalui tempoh rawatan pemulihan yang penuh azab, Wang bersyukur kerana berjaya menemukan kekuatan untuk meneruskannya.

"Jika saya menyerah kalah, adakah tubuh badan saya akan bertambah baik? Adakah keadaan mental saya akan bertambah baik?

"Jawapannya tidak, jadi saya kena kuatkan diri, tahan air mata dan cekalkan jiwa bagi menanggung segala ujian yang mendatang agar saya dapat mencapai hasrat untuk melepaskan diri daripada 'penjara' kehidupan ini.

"Jika saya tak buat pemulihan ini, saya selamanya akan terlantar di atas katil dan hanya boleh bergerak menggunakan kerusi roda," kata Wang.

Sebagai seorang ahli perniagaan yang berdagang barangan antara China dan Thailand, Wang bertemu dengan suaminya, Yu pada tahun 2017 dan berkahwin dua bulan kemudian.


Suami Wang ditahan oleh pihak polis Thailand selepas kejadian.

Dakwa Wang, Yu mahu membunuhnya untuk mewarisi aset miliknya bernilai lebih 10 juta Yuan, bersamaan dengan beberapa juta dolar Amerika Syarikat.

Ketika mendirikan rumah tangga bersama, Yu tidak mempunyai sebarang pekerjaan dan sering memaksa Wang untuk memberikan duit bagi melunaskan hutang judinya.

Yu dipenjara seumur hidup pada tahun 2020 oleh mahkamah Thailand. Pada rayuan pertama, hukuman penjaranya dikurangkan kepada 10 tahun. Kini, Wang sedang merayu untuk mengubah keputusan terbabit.

Wang yang kini menetap di Nanjing di wilayah Jiangsu timur China dan cuba menyara hidupnya dengan menjual produk melalui penstriman di platform media sosial pada tahun 2021, namun tidak dapat diteruskan kerana kecederaan pada tubuh yang menghalangnya dari bekerja berat.


Wang mengharungi keperitan yang tidak terhingga untuk berjalan semula.

Wang ada berkongsikan kisahnya itu di Douyin dan mendapat perhatian ramai pengguna platform tersebut yang turut memberikan sokongan kepadanya.

"Ia adalah satu berita baik yang kini Wang boleh berdiri dengan sendirinya. Saya sangat risau tentang Wang. Saya yakin kehidupan Wang akan terus bertambah baik.

"Wang adalah seorang wanita yang sangat kuat. Semoga dia sentiasa dirahmati Tuhan.

"Suami Wang berperangai syaitan! Dia harus menerima hukuman yang paling berat," kata beberapa warga maya di platform Douyin.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xtahumenahu 7-4-2023 09:19 AM
hebat wang!semoga terus sihat dan berjaya...semoga laki ko kena belasah kat dalam...
Quote cmf_PariS 7-4-2023 09:54 AM
keep strong lady!! semoga mati mereput jantan tk guna tu

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.050583 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top