CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Persediaan Kemarau Akibat El Nino, Indonesia Akan Import 2 Juta Tan Beras

7-4-2023 08:08 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 622| Komen: 8

Presiden Indonesia Joko Widodo pada Khamis, sebagai persiapan kemarau dijangka berlaku akibat El Nino, republik itu akan mengimport dua juta tan beras menjelang akhir tahun ini.

Import beras adalah untuk stok simpanan Agensi Logistik Negeri selain untuk menstabilkan harga domestik memandangkan El Nino akan menyebabkan kemarau berpanjangan dan menjejaskan pengeluaran beras negara, kata Widodo, lapor Xinhua.



Gambar hiasan - Antara

Ketua Agensi Makanan Negara Arief Prasetyo berkata import beras kumpulan pertama akan mencecah sehingga 500,000 tan dan dihantar secepat mungkin.

Hasil tuaian padi dari Mac hingga Mei menjadi keutamaan (untuk bekalan beras), tambah Prasetyo, namun ia tidak mencukupi untuk menampung keperluan penduduk negara itu yang melebihi 270 juta.

Menurut Statistik Indonesia, negara Asia Tenggara itu mengimport kira-kira 400,000 tan beras pada 2021 dan 320,000 tan pada 2022.



Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote OyenLemas 7-4-2023 09:15 AM
terbaik la menteri indon ni
Quote glump 7-4-2023 02:57 PM
Ramai je rakyat dia yg makan stok negara lain ..dok pati kat Malaysia pun dah berapa ramai
Quote tenggiripink 8-4-2023 11:45 AM
presiden dia baguslah in terms of fikir welfare rakyat
takde lah jadi mcm isu takde telur kat kedai
Quote honeybee1802 8-4-2023 11:47 AM
Menteri malaysia csmner plak?
Quote EvanCook 8-4-2023 11:48 AM
Thanks for the information..  HomeBargains.co.uk
Quote sepiITUindah 8-4-2023 12:22 PM
honeybee1802 replied at 8-4-2023 11:47 AM
Menteri malaysia csmner plak?

seperti biasamalaysia tak terkesan

Quote Triple_8 8-4-2023 12:37 PM
glump replied at 7-4-2023 02:57 PM
Ramai je rakyat dia yg makan stok negara lain ..dok pati kat Malaysia pun dah berapa ramai

Rakyat Malaysia pun makan stok tulur negara lain juga, yakni setelah stok tulur sedia ada dieksport ke Temasek.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.038285 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top