CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Kita Percaya Suspek Ada Masalah Kewangan' - Lelaki Bunuh Bini Dengan Tukul Besi Bebas Pengaruh Dadah

7-4-2023 07:27 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1438| Komen: 19

Masalah kewangan mungkin menjadi punca lelaki membunuh isterinya,  mangsa Rubiah Sabtu, 41, menggunakan tukul besi hingga maut di Kampung Besol, Bukit Besi, Dungun kelmarin.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan itu berdasarkan siasatan awal yang dijalankan, lapor BH Online.



BH Online

"Hasil siasatan mendapati punca kejadian kita percaya suspek ada masalah kewangan dan dia juga bebas daripada pengaruh dadah.

"Hasil bedah siasat yang dilakukan semalam (kelmarin) mendapati punca kematian adalah disebabkan cedera di kepala disebabkan objek tumpul," katanya.

Media kelmarin melaporkan seorang wanita maut disyaki dibunuh suaminya dengan tukul besi kira-kira jam 8 pagi dan disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian muka dan kepala.

Polis membuat siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan tukang rumah berusia 32 tahun itu direman tujuh hari bagi membantu siasatan. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haruslah 7-4-2023 07:31 AM
Jejantz malaysia kata kena simpan aib rmtangga
Media ni pun diam2 dah la...buat ape cerita
Quote OyenLemas 7-4-2023 09:16 AM
kesiannya wife
Quote ifanonline 7-4-2023 09:18 AM
duit, curang, gila...ini semua boleh jadi punca pembunuhan seseorang

wanita yg kaki curang tu kena jaga2...
Quote capiloton 7-4-2023 09:20 AM
Edited by capiloton at 7-4-2023 09:22 AM

memang banyak kes bini kena bunuh dengan laki sendiri.
semua pasal duit, dan pasal mulut si bini.

boleh tengok kes di channel utube mat detektif despatch.

yang laki ada masalah duit,
yang bini pulak memekak, melaser, berleter.
bila bergaduh hina menghina dan maki hamun.

laki hilang sabar, di bunuh nya si bini

Quote monreyes 7-4-2023 11:06 AM
capiloton replied at 7-4-2023 09:20 AM
memang banyak kes bini kena bunuh dengan laki sendiri.
semua pasal duit, dan pasal mulut si bini.

yg gatai nak kawen janda anak 5 tu kenapa...
tjawab besar pitih xdok...
nak tumpang sedap je...
pas tu tambah lagi sekor...
Quote sangbara2020 7-4-2023 11:15 AM
semoga dijauhi kita drp jantan2 sengkek xmampu tp asyik nak mencelup
Quote Orix 7-4-2023 11:19 AM
tergamaknya..........
Quote myakayina 7-4-2023 11:46 AM
aku lebih kesian pada anak2 yg ditinggalkan tu..takde mak dah..
Quote Skuau 7-4-2023 11:50 AM
Edited by Skuau at 7-4-2023 11:52 AM

P.Ramlee 'dah pesan dah...'....citer yg gaduh laki bini tu@bujang lapok...sapa rajin tepek la video dia kt sini...
Quote totokreturn. 7-4-2023 11:53 AM
sian dekat anak2 arwah, semoga membesar dgn menjadi anak2 yg soleh dan solehah
Quote chandrahusin 7-4-2023 11:56 AM
Lps tu yg membunuh tu mesti ada yg kata dia baik orgnya
Aku rs potential killer mmg ada double personalities
1 yg dia papar depan org
1 yg bila tak de org
Which laki/bini/anak2 je tau
Even mak ayah pun tak akan tau
Quote tagas 7-4-2023 03:37 PM
https://youtu.be/GBtegeLJe2s
Quote bbi25 17-4-2023 05:56 PM
Semoga yang diuji terus kuat, dan keluarga terus membantu tanpa jemu
Quote CiliApiPedas 17-4-2023 07:28 PM
chandrahusin replied at 7-4-2023 11:56 AM
Lps tu yg membunuh tu mesti ada yg kata dia baik orgnya
Aku rs potential killer mmg ada double perso ...

Betul yach. Iols sokong 200% gittewww
Quote Belibis 17-4-2023 08:12 PM
Abis tu,lepas bunuh bini,selesai masalah kewangan??
Quote mieyrasfea 18-4-2023 10:35 AM
Dalami ilmu rumah tangga dulu baru pikir kahwen . pitih takdo jane kahwen jugok
Quote mieyrasfea 18-4-2023 10:50 AM
anak-anak mangsa macam mana ye. semoga ada org baik yang bantu mereka..
Quote bbi25 19-4-2023 08:51 PM
Punca masalah kewangan ke? Semoga diberi kekuatan utk keluarga ini menghadapi ujian

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.036425 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top