CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Bapa Risau Sekolah Diserang Habuk, Debu

7-4-2023 07:16 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 546| Komen: 7

Sekolah (SK) Nilai Impian yang 'diserang' habuk daripada projek pembangunan utiliti infrastruktur perumahan bersebelahan menimbulkan kegusaran di kalangan ibu bapa murid.

Akibat daripada habuk yang tidak terkawal itu, lebih 50 murid mengalami batuk dipercayai berpunca daripada projek berkenaan yang tidak ditutup dengan sempurna.



Foto Isan Pembaca - Harian Metro

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Nilai Impian, Md Fakarudin Ab Rahman berkata, maklumat itu diperoleh hasil tinjauan dilakukan terhadap murid beberapa hari lalu.

"Projek ini sebenarnya bermula dua tahun lalu. Namun ia tidak memberi kesan kerana murid tidak menjalani sesi pembelajaran di sekolah akibat penularan wabak Covid-19 ketika itu.

"Namun, sejak sesi persekolahan dibuka seperti biasa, kami mendapati ramai murid yang mengalami batuk dan ia dipercayai ada kaitan dengan projek bersebelahan sekolah," katanya ketika ditemui.


Md Fakarudin berkata, kesan debu dan habuk itu juga jelas kelihatan pada kenderaan, lantai, kerusi serta meja di kantin sekolah.

"PIBG sudah membuat aduan kepada pihak pemaju untuk diambil tindakan namun mereka dilihat tidak serius dalam menangani situasi ini.

"Baru-baru ini pemaju memasang kanvas bagi mengurangkan masalah debu dan habuk selepas menerima notis daripada Majlis Bandaraya Seremban (MBS).

"Tapi agak mengecewakan apabila kanvas itu hanya disangkut pada pagar sekolah. Sepatutnya mereka menutup kawasan sekeliling projek dengan lebih sempurna menggunakan zink seperti yang biasa kita lihat di tempat lain," katanya yang juga Timbalan Pengerusi Gabungan Persatuan-Persatuan Penduduk Nilai Impian.

Katanya, masalah itu turut memberi kesan kesihatan kepada penduduk di kawasan sekitar.

Katanya, mereka tidak menolak pembangunan tetapi setiap pemaju perlu lebih bertanggungjawab bagi memastikan projek yang sedang berjalan tidak memberi kesan kepada orang awam.

Sementara itu, Datuk Bandar MBS, Datu Masri Razali berkata, pihaknya pernah menerima aduan daripada orang awam mengenai masalah itu.

Susulan itu katanya, satu notis kacau ganggu dikeluarka pada 17 Mac lalu dan meminta pemaju mengambil tindakan menghentikan perkara itu.

"Saya difahamkan pihak pemaju sudah bertemu pengurusan sekolah bagi membincangkan perkara ini dan pemaju bersedia mengambil beberapa langkah.

"Antaranya memasang tirai atau penghadang bagi mengelakkan habuk berterbangan ke kawasan kantin sekolah dan menyiram air secara berkala di kawasan yang kering," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, pihak pemaju juga berjanji akan menempatkan seorang pekerja pembersihan di kawasan berkenaan bagi kerja membersihkan kawasan yang terjejas akibat projek itu.

"Pihak MBS akan memantau situasi ini dari semasa ke semasa bagi memastikan pihak pemaju dapat menghapuskan kacau ganggu seperti yang didakwa orang awam," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azimodin 7-4-2023 08:14 AM
Siapa yg duduk area ni memang tahu sangat how notorious company glc itu. Quality rumah teruk, tutup jalan berbulan2, korek jalan pastu tampal ala kadar. paling kejam sekali penghadang zink diletak ke arah jalan besar sahaja. Yg arah sekolah di biar togel. Dah ada pon kes budak diserang asthma di sekolah.
Lagi satu dia punya bodoh, masa cuti sekolah xde pulak tutup jalan nak tanam paip. Lagi beberapa hari nak bukak sekolah dia tutup jalan utama dekat exit sekolah, parents kena u-turn & lalu jalan masuk.
Quote OyenLemas 7-4-2023 09:17 AM
eee teruknyaaa. kesian budak2 . alaaahaii
Quote nanasno 7-4-2023 10:58 AM
viral kan la sape developer diaaaaaa
Quote Supersirap 7-4-2023 11:37 PM
Semoga ada tindakan susulan daripada pihak berkuasa
Quote shernazz 8-4-2023 06:07 AM
azimodin replied at 7-4-2023 08:14 AM
Siapa yg duduk area ni memang tahu sangat how notorious company glc itu. Quality rumah teruk, tutup  ...

Situ sime Darby kan?
Rumah depa bukan dikatakan paling helok ka? Mahai plak tu
Quote azimodin 8-4-2023 11:25 AM
shernazz replied at 8-4-2023 06:07 AM
Situ sime Darby kan?
Rumah depa bukan dikatakan paling helok ka? Mahai plak tu

Hehe.. terpaling hauk. Yg mewah2 macam elminah, sereniah, the gladessss & key-el east tu ok la. Post covid ni quality kelaut. Baru dapat kunci rumah dah banjir, tile pasang senget benget, leaking. Bila owner nak jumpa township manager dorang suruh email je.. x nak jumpa face to face. owner bagi email kat lawyer, baru hegeh2 nak datang repair. Tu belum lagi projek delay setahun, langsung xde update pembeli... buat bodoh je. Masa nak beli bukan main lagi pujuk rayu promote itu ini.. iouls beli sebab easy access highway je. Kalau kat negeri sembilan ni i tengok quality seri pajam & IJM lebih baik.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.042108 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top