CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penyondol Diserang Bini Orang Di Kedai Bakso Sebelum Berbuka Puasa

7-4-2023 06:52 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 839| Komen: 3

Tular klip di Indonesia memaparkan seorang isteri menyerang wanita yang mengganggu rumah tangganya di tepi jalan menjelang waktu berbuka puasa.

SindoNews melaporkan, kejadian berlaku di sebuah kedai bakso yang terletak di bandar Lubuklinggau, Sumatera Selatan kelmarin.



Lelaki berbadan tegap itu cuba meleraikan pergaduhan di tepi jalan. - Era N

Berdasarkan video tersebut, seorang wanita bertudung hitam menyerang seorang wanita berambut perang sambil diperhatikan orang ramai di kedai tersebut.

Menurut pekerja kedai, wanita berambut perang itu memesan bakso daging untuk dibawa pulang pada pukul 4.30 petang (waktu tempatan). Tiba-tiba, wanita bertudung hitam itu datang menyerangnya.

“Apabila gadis itu dicekup, seorang lelaki cuba masuk campur sehingga mangsa berjaya masuk ke dalam kedai semula,” katanya.

Wanita yang membeli bakso itu datang menaiki kereta bersama seorang lelaki, namun tidak mengikutinya ke dalam kedai.


Wanita bertudung yang menyerangnya pula datang bersama anaknya juga dengan menaiki kereta.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote redz85 7-4-2023 07:29 AM
hentam laki kau dulu, baru hentam kaw kaw si babi sondol
Quote OyenLemas 7-4-2023 09:19 AM
Allahu. kasihan

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.332998 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top