CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Amalkan Baca Banyak Surah, Nenek 95 Tahun Kongsi Petua Elak Nyanyuk

6-4-2023 04:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1772| Komen: 22

Seorang warga emas berusia 95 tahun berkongsi petua bagi mengatasi masalah nyanyuk meskipun telah meningkat usia.

Menerusi perkongsian video @doreentifani di TikTok baru-baru ini, warga emas tersebut yang merupakan neneknya berkongsi beberapa amalan yang dilakukannya sebelum tidur.


Antara amalan tersebut adalah membaca selawat ke atas Baginda Nabi Muhammad dan beberapa surah yang terkandung dalam al-Quran.

Foto: Tiktok

“Nak tidur baca Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas, empat qul semua itu. Lepas itu baca Laqad Jaa Akum, selawat Ulul Azmi, syafaat Nabi, selawat Fateh. Baca itu kalau nak masuk tidur,” katanya ketika disoal mengenai tips tingkatkan daya ingatan dan elak nyanyuk.

Dalam pada itu, perkongsian pengguna tersebut turut mendapat perhatian orang ramai yang rata-ratanya memuji amalan harian nenek berkenaan.

“Alhamdulillah tokmek (nenek) masih sihat itu lah keberkatan ayat al-Quran dan selawat. Semoga tokmek sentiasa sihat,” ujar @Roslina 249.


Malah, ada juga dalam kalangan pengguna media sosial yang lain berkongsi kisah nenek masing-masing yang turut mengamalkan cara sama untuk kuatkan ingatan mereka meskipun sudah tua.

“Alhamdulillah, macam arwah tok. Dalam keadaan nazak umur pun masih lagi baca yassin, tak nyanyuk,” kongsi @islam itu indah.

“Arwah nek wan (nenek) saya sokmo (selalu) pesan begitu, sebelum tidur baca surah-surah lepas itu kalau dia baca surah-surah itu sebelum tidur, dia dah tak bercakap dengn siapa-siapa,” kata @NNi. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Purplehaz 6-4-2023 05:11 PM
Subhanallahi wabihamdihi.

Nak tahu juga petua Tun M amalkan apa.
Quote mikasa 6-4-2023 05:22 PM
Selain amalam baca sudah..nak tahu jugak alaman seharian dan pemakanan
Quote plywood 6-4-2023 06:33 PM
Purplehaz replied at 6-4-2023 05:11 PM
Subhanallahi wabihamdihi.

Nak tahu juga petua Tun M amalkan apa.


dia dah bagi tau lama

dia makan semua sikit-sikit tp tidak smpi kenyang..


.. kalau kita tengok situasi dia, disebabkan dia doc tentu dia boleh sekurangnya monitor kesihatan dia sendiri, bila badan rasa lain boleh cek terus dengan doc , dan mendapatkan rawatan segera tidak ada masalah bagi dia kerana kekangannya sedikit, tak ada masalah bayar kos, dapat terus diperiksa pakar dan dapatkan rawatan terbaik



Quote plywood 6-4-2023 06:36 PM
ada thread beberapa hari lalu orang tua dari filipina jadi cover beberapa hari lalu ... dia ni pun impressive, masih tak pakai spek dan masih dapat buat tatoo walaupun umur dah lebih seratus tahun,..
Quote dewimalam78 6-4-2023 06:43 PM
Edited by dewimalam78 at 6-4-2023 06:46 PM

TunM ni pun byk je kwn2 alim ulamak. Tp dia bukan jenis cerita kat org. Staf dia kata dia byk baca quran selain buku2. Jd ai percaya la kalau tunM ada amal surah/zikir yg alim ulamak kongsi kat dia. La ni tinggal dia sorg je hidup.
Quote gigahertz 6-4-2023 07:07 PM
dewimalam78 replied at 6-4-2023 10:43 AM
TunM ni pun byk je kwn2 alim ulamak. Tp dia bukan jenis cerita kat org. Staf dia kata dia byk baca q ...

Khabarnya dia.panjang umur
Di sebabkan doa dua ulama pas.
Di panjangkan umur utk dia lihat
Kerosakan yang dia dah buat.
Quote Purplehaz 6-4-2023 07:19 PM
plywood replied at 6-4-2023 06:33 PM
dia dah bagi tau lama

dia makan semua sikit-sikit tp tidak smpi kenyang..

Oh ye..mmg dia pernah ckp mkn dlm portion yg sikit sikit, tp x sampai kenyang.
Tp tun pun bukan org yg kurus.

laki bini doktor, jaga each other..duit byk juga rawatan tip top.
wife tun long life juga, lebih tua dari tun.
Mereka jln pun ok x pakai tongkat pulak tu.
Mmg gifted.

Quote Purplehaz 6-4-2023 07:20 PM
gigahertz replied at 6-4-2023 07:07 PM
Khabarnya dia.panjang umur
Di sebabkan doa dua ulama pas.
Di panjangkan umur utk dia lihat

Haaa...

MasyaAllah
Quote domestobot 6-4-2023 07:23 PM
yang pasti orang ramai cuma rajin baca tips je, bukan amalkan pun. propa je lebih
Quote dewimalam78 6-4-2023 07:26 PM
gigahertz replied at 6-4-2023 07:07 PM
Khabarnya dia.panjang umur
Di sebabkan doa dua ulama pas.
Di panjangkan umur utk dia lihat

Sapa ulama tu? Arwah Fadzil noor ke? Dia bukan ulama. Dia ustaz PAS. TunM tu kawan2 ulama dia pun bukan kaleng2. Sama2 lawan penjajah dulu.
Quote dua_chzy 6-4-2023 07:27 PM
Key point is banyakkan membaca nak...
Quote Belibis 6-4-2023 07:30 PM
domestobot: yang pasti orang ramai cuma ra ...

Lepas baca tip...lupa.tak sempat nak amal petua.[em:9:]
Quote sharlenetexas 6-4-2023 07:36 PM
dua_chzy replied at 6-4-2023 07:27 PM
Key point is banyakkan membaca nak...

Rangsangkan otak? Otak sentiasa aktif. Ada masa otak nak berehat. Rejuvenate.

Quote dua_chzy 6-4-2023 07:44 PM
sharlenetexas replied at 6-4-2023 11:36 AM
Rangsangkan otak? Otak sentiasa aktif. Ada masa otak nak berehat. Rejuvenate.

Iya. Macam weols la berforum. Kira hobi yang ok ni sebab banyak membaca.
Quote gigahertz 6-4-2023 08:07 PM
dewimalam78 replied at 6-4-2023 11:26 AM
Sapa ulama tu? Arwah Fadzil noor ke? Dia bukan ulama. Dia ustaz PAS. TunM tu kawan2 ulama dia pun  ...

Arwah tokguru nik aziz dengan arwah fadzil noor atau harun din.
Dulu kan ada kes kenapa Nabi simpan janggut
Sebab takde pisau gillete.
Kenapa kena samak dengan air tanah
Sebab xde sabun.
Lebih kurang gitu la. Masa tu zaman PM ke 4
Quote sayurmayur88 7-4-2023 07:51 AM
kena banyakkan rangsang otak.
otak ni macam otot lah, kalau kita jarang guna, akan jd lemah.
1. baca Quran
2. baca buku2 ilmiah
3. solve puzzle
4. main catur, chess atau game yg rangsang minda
5. menganyam tikar, bertukang
etc.. disamping jaga pemakanan
Quote becir 7-4-2023 09:35 AM
Purplehaz replied at 6-4-2023 07:19 PM
Oh ye..mmg dia pernah ckp mkn dlm portion yg sikit sikit, tp x sampai kenyang.
Tp tun pun bukan o ...

i baca dulu tun just measure pinggang dia je..kalau naik size terus diet.
Quote ifanonline 7-4-2023 09:39 AM
bagi laki kalau nak umur panjang, kena kerap berjimak

sehari at least 3 kali
Quote mizruncing 7-4-2023 10:01 AM
mmg pon. mcm arwah tok aku. meninggal umur 98 sbb sakit tua. Alhamdulilah sihat walafiat n tak nyanyuk even umur dah mcm tu

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.130534 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top