CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jatuh Menitik Ke Mata, Budak Enam Tahun Cedera Terkena Asid Jiran Guna Untuk Bersihkan Paip

6-4-2023 04:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1325| Komen: 18

Malang menimpa seorang kanak-kanak berusia enam tahun apabila mengalami kegatalan dan pedih mata selepas terkena asid yang digunakan jirannya untuk membersihkan paip tersumbat dalam kejadian di Kepong, Kuala Lumpur baru-baru ini.


Asid itu menitis selepas saluran paip plastik itu mencair sebaik terkena cecair berkenaan.

Menerusi perkongsian bapa saudara mangsa di Twitter, kejadian berlaku ketika anak buahnya sedang mandi.

Foto: Twitter

“Anak buah tiba-tiba dia menjerit sebab asid dah masuk mata. Bila pergi saya hidu bau belerang yang sangat kuat.

“Adik naik ke rumah jiran bagi memaklumkan kejadian itu dan didapati dia baru lepas menuang asid tersebut,” katanya.

Tambah lelaki itu, penggunaan asid untuk membersihkan saluran plastik itu sangat merbahaya terutama apabila melibatkan kanak-kanak.

Mangsa kini masih dirawat di unit kecemasan sebuah hospital.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berkongsi rasa simpati dan pengalaman menghadapi situasi yang serupa.

“Kami sekeluarga pernah kena juga mcm ni. Kebetulan adik tengah cuci pinggan, lepas tu air dari atas menitik kena kulit lengan dia terus rasa gatal.

“Tak lama lepas tu satu rumah kami bau asid. Terpaksa panggil polis ‘settle’ kes sebab jiran tak nak bertanggungjawab,” komen Ippeun

“Ini bukan kejadian yang pertama. Sebelum ni pun ada kena dekat budak tengah masak dekat dapur kan. Tolonglah jangan main beli. Tak tahu macam mana nak ‘spread awareness’,” komen Sh1eee. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 6-4-2023 04:58 PM
Nasib laaa..umah mahal2, atap kongsi dengan orang atas,lantai kongsi dengan orang bawah.
Quote Suchi 6-4-2023 05:31 PM
Edited by Suchi at 6-4-2023 05:45 PM

Sekali lagi dan lagi dan lagi.. iols mmg sakit hati sbb dah penah kena.
Bezanya toilet iols tu ada siling  elok atas tu. Tu pun still siling tu boleh bocor dek kuatnya acid yg dituang.
Sampai blackout rumah, pastu air najis turun dah mcm shower kat lantai toilet.
Ada org dia cuma cerdik atas kertas je.. tp bangang dlm serbi hal termasuk taktau nak buat apa bila tandas tersumbat.
Jiran tu tanak bertanggungjawab dan rasa nyesal sbb tak wat report kekdahnya suami iols jenis tak suka gaduh2


Quote hyie 6-4-2023 06:17 PM
kena tanya pemaju kenapa buat design piping begitu. Kebarangkalian untuk tersumbat tu memang tinggi, ofcoz orang akan tuang asid.
Quote LoveSungmin 6-4-2023 07:05 PM
asid apa yang dorang guna ni? lagipun kan ada sukatan..
Quote sharlenetexas 6-4-2023 07:07 PM
Jahatnya jiran taknak bekerjasama.




Quote PULANGKAN 6-4-2023 09:31 PM
pernah kena umah lama. tapi alhamdulillah jiran memahami, dia pun mintak maaf, tak sangka asid tu jadi macam tu

rupanya, kes macam ni biasa terjadi kat kawasan perumahan, terutamanya kuarters

bila tersumbat, semua pegi kedai hardware yang sama. tauke tu kata, tersumbat, guna asid yang jenama sekian. dia cuma hakis benda2 dalam paip ja, tak merosakkan paip

sekali orang atas tuang. nahhhh, kita kat bawah yang berlubang atap tandas

tak pasal2 kena panggil plumber la, pihak perumahan la, apa la
tauke tu senang hati ja kira duit masuk

jiran rumah atas pindah, jiran lain masuk. berulang lagi
last2 dengan kami pindah rumah, habis cerita
Quote Samerosie 6-4-2023 09:50 PM
Manalah drain pipe kau tak tersumbat tengok tu rambut mak lampir berbondong2 boleh buat satu wig lagi.  Lepas tu nak senang pakai acid tak terfikir ke pipe plastik pvc.  Cuba letak acid tu kat tapak tangan ko berlobang juga.  Bodoh nye lahai.
Quote Jitu 6-4-2023 09:52 PM
ada lg
yg sebelum ni masa tengah goreng telur
Quote kepompong 6-4-2023 09:52 PM
rasa macam baru lagi kes acid org atas masuk kuali.
Quote gigahertz 6-4-2023 10:37 PM
Belibis replied at 6-4-2023 08:58 AM
Nasib laaa..umah mahal2, atap kongsi dengan orang atas,lantai kongsi dengan orang bawah.

Tu pasal i tak nak sewa rumah bawah rm1000.
Rumah bawah rm1000 semuanya rumah lama lama.
Jenis mcm ni la. Paip terjojol keluar.
Bila time berak rasa mcm ada.mata
Quote gigahertz 6-4-2023 10:42 PM
Samerosie replied at 6-4-2023 01:50 PM
Manalah drain pipe kau tak tersumbat tengok tu rambut mak lampir berbondong2 boleh buat satu wig lag ...

I rumah jenis mcm ni i tak masuk.
I allergik.
Quote I.K.A888990 7-4-2023 02:20 AM
sblm ni pn ada kan kes yg sinki dapur tu
Quote ezacbee 7-4-2023 02:53 AM
Itu yg leceh duduk rumah bertingkat. Jiran atas memang xnak bertanggungjawab.

Ada kawan aku sampai toilet bocor air menitik dari rumah atas pun jiran atas buat bodoh je. Abis toilet dia, terpaksa keluar modal sendiri.
Quote mejaputih 7-4-2023 08:58 AM
rambut ke tu?
Quote September14 7-4-2023 09:04 AM
Acis dgn soda keping2 tu benda yg sama ke?
Quote nanasno 7-4-2023 10:51 AM
haritu toilet iols tersumbat. iols beli pam hitam dengan mcm soda kot untuk tersumbat tu. tapi iols pakai pam hitam tu dulu. tengok2 air pun molek jatuh. jadi iols pun tak pakai soda tu. tapi rumah iols landed la bukan rumah tingkat. paip tersumbat tu pun tingkat bawah. kalau pakai tingkat bawah acid tu takpa kan?
Quote kucingitam 7-4-2023 11:02 AM
rakyat malaysia kena dieducate dgn bahan2 kimia ni semua.. apa fungsi dia etc..

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.038451 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top