CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Awas, Pewarna Air Balang Tingkatkan Risiko Kanser

6-4-2023 03:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 586| Komen: 1

Warna air yang kurang terang, tidak terlalu manis dan berasaskan jus sebenar antara ciri air balang yang lebih sihat untuk pengguna.

Menurut perkongsian oleh Public Health Malaysia, walaupun air yang bewarna terang nampak menyelerakan, tetapi sebenarnya mempunyai kandungan gula dan pewarna yang sangat tinggi.


Lebih menakutkan, pewarna berlebihan ini boleh menyumbang kepada alahan dan risiko pelbagai penyakit bahaya seperti kanser.




Public Health Malaysia juga turut menyarankan orang ramai untuk menambah air dan berkongsi dengan lebih ramai orang sekiranya air balang yang dibeli terlalu manis.

“Jika air terlalu manis, tambahkan air kosong dan kongsikan dengan lebih ramai orang, bukan minum seorang,” katanya.

Tambahnya lagi, pembeli harus sentiasa peka dan perhatikan tahap kebersihan penjual. Jauhi penjual yang tidak memakai apron, merokok dan mempunyai persekitaran yang kotor. -CARI


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.028477 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top