CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Mohon Jarakkan Kereta Dari Pintu Untuk Elak Calar,"-Pemilik Rumah Flat Dikecam Larang Parkir Depan Rumah

6-4-2023 03:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2342| Komen: 23

Tindakan pemilik sebuah rumah flat meletak notis larangan parkir kenderaan dihadapan rumahnya terima kecaman netizen.

Menerusi perkongsian video di TikTok Noriza Hamin, kelihatan pemilik rumah flat di aras bawah itu meletak notis pemakluman dilarang meletak kenderaan dihadapan pagar rumah yang telah diubah suai olehnya.


“Mohon jarakkan kereta dari pintu untuk elak calar, terima kasih,” kata pemilik rumah berkenaan.


Foto: Kosmo

Menurut Norizan, dia bersangka baik mengenai perkara tersebut namun pemilik rumah berkenaan juga harus sedar dimana kawasan yang didiaminya itu.

Rata-rata pengguna media sosial tidak bersetuju dengan tindakan itu berikutan parkir di kawasan perumahan flat adalah secara terbuka kepada semua pemilik dan tindakan mengubah suai rumah itu adalah salah.

“Untung beli rumah bawah sekali, nasib baik parking dia tak buat garaj sekali,” kata Sham.


“Ini mesti dia lupa yang dia duduk rumah flat, ingat ni rumah teres ke,” ujar Khairul.

“Majlis perbandaran tahu ni mesti kena roboh,” ujar pengguna media sosial lain. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 6-4-2023 04:05 PM
tu umah dia siap awning tuh.... bole report kan?
Quote renko 6-4-2023 05:00 PM
carik rantai dgn solex
rantaikan je pintu tu
Quote annastark 6-4-2023 05:02 PM
Thank you for sharing this data. Retro Bowl really enjoy what you've written on your blog. You've shared a very useful and entertaining blog post with the public.
Quote ultra78 6-4-2023 05:52 PM
Amboi rumah flat extend ke depan dan buat awning
Quote alieyrina 6-4-2023 05:54 PM
Belila umah teres. Aiyoo pening
Quote sukacactus 6-4-2023 06:00 PM
Tak cukup extend sampai tutup longkang tu, pergi la depan lg
Quote krustykrab 6-4-2023 06:01 PM
alieyrina replied at 6-4-2023 05:54 PM
Belila umah teres. Aiyoo pening

Rumah teres nt pi extend dapur sampai bercium dgn dapo org blkg pulak. Porch nt extend sampai pagar, kete park kt laman org...
Quote akies 6-4-2023 09:13 PM
krustykrab replied at 6-4-2023 06:01 PM
Rumah teres nt pi extend dapur sampai bercium dgn dapo org blkg pulak. Porch nt extend sampai paga ...

Ya ini benarrr..rumah teres pun ada perangai camni.
Extend sampai porch, parking tkde.
Pi berebut park depan rumah orang.
Yang lorong dia rumah menghadap rumah.
So parking terhad
Yang lorong dia berebut parking tu rumah design lain..
yang tak menghadap rumah..
Sah2 la jiran ni akan park tepi jalan tu.
Dia lak perli kami yang jiran lorong lain.
Sape suh beli kete banyak2
Quote nakkomenjugak 6-4-2023 09:25 PM
haaa extend lagi
alang2 buat drive thru terus
laki ko tengah lunch break bini bagi bekal pakai tingkap jahhh
then berambus
Quote Jitu 6-4-2023 09:36 PM
jenis pentingkan diri ni patut buat rumah dlm hutan je
Quote LoveSungmin 6-4-2023 10:23 PM
pbt makan gaji buta ke? hari tu i lalu kat shah alam, berlambak rumah pkns yang diubahsuai macam ni.. i boleh nampak, takkan la pbt tak nampak kan?
Quote rogayahtop 6-4-2023 11:02 PM
Kroni2 jugak gamaknya. rumah teres ni risiko beli dpt jiran anak beranak 4 keluarga duduk sekali. Mmg depan rumah jd parking anak beranak dia. dpt yg ada lori ada bas lagilah rumah dah mcm stesen bas.

Itulah kena jadi kaya jugak gamaknya beli banglo tutup semua
Quote cmf_jeangrey 6-4-2023 11:57 PM
Jitu replied at 6-4-2023 09:36 PM
jenis pentingkan diri ni patut buat rumah dlm hutan je

Boleh clear hutan kalau dibuang spesis tel aviv kat situ..tanah hak awam jadi milik dia..

Quote cmf_jeangrey 7-4-2023 12:03 AM
Teringat pula jiran mak iols dulu...dok flat juga..extend sampai ke atas longkang, membawa ke tanah lapang dan diteruskan sampai dinding betul2 didirikan tepi pedestrian walk...x lama tu buka kaunter jual makanan goreng2 kat org yg lalu lalang ..few years after that PBT pun dtg roboh extension tu..mengamuk dia sbb duit habis puluh ribu...hujung2 pindah balik kg
Quote airfilterkotor 7-4-2023 12:44 AM
LoveSungmin replied at 6-4-2023 10:23 PM
pbt makan gaji buta ke? hari tu i lalu kat shah alam, berlambak rumah pkns yang diubahsuai macam ni. ...

PBT sekarang.... tunggu orang awam komplen, baru amik tindakan.
Sama la macam kes jalan berlubang.

Jadi, repot jer kat PBT. Nanti ada la tindakan menyusul tu.

Kena buat nota kaki kat sudut bawah borang aduan... "jika tiada/lambat mengambil tindakan, kami viralkan tanpa prejudis."
Quote sekngucing 7-4-2023 02:10 AM
elok dibunuh saja beliau dan keluarga beliau masukkan dlm plastik hitam sampah tu dan pikul bawa ke tapak pelupusan sampah
Quote azimodin 7-4-2023 11:22 AM
Teringat zaman bujang, menyewa flat murah dekat kota damansara. Ketua block extend rumah depan & belakang. Siap ada tempat lepak2 depan rumah dia, ala2 rumah kat kampong tu. Pastu chop parking untuk anak beranak sekali. Masa awal2 tu aku xtau tu "spot" dia, pastu dia tegur aku & suruh alihkan kereta. Aku pulak budak lagi masa tu, ingatkan memang ada nombor lot parking
Quote prettyuglybabe 7-4-2023 11:58 AM
duduk flat acah macam kau beli tanah sekali..
Quote Decaffeinated 7-4-2023 12:24 PM
“Mohon jarakkan kereta dari pintu untuk elak calar, terima kasih,”

Adakah itu satu ancaman? Siapa yang akan mencalarkan kalau parking juga?

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.037598 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top