CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Melampau, Ayam Di Johor Dijual RM11 Sekilo! Apa Dah Jadi

6-4-2023 02:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1076| Komen: 23

Johor Bahru: Pengguna di bandar raya ini mengeluh berikutan harga ayam segar dijual melepasi harga siling, iaitu pada harga RM11 sekilogram (kg), sejak lebih sebulan lalu.

Tinjauan di beberapa pasar basah utama di Pandan, Kempas dan Skudai mendapati, hampir kebanyakan peniaga ayam segar menjualnya pada harga RM11 sekilogram, berbanding harga siling RM9.40.


Walaupun peniaga meletakkan tanda harga ayam segar RM9.40 sekilogram, namun terdapat notis kecil iaitu caj RM1.60 yang dikenakan bagi khidmat pemotongan serta kos plastik.


Foto: Harian Metro

Pengguna yang mahu dikenali sebagai Shamsiah, 49, berkata, pengguna tiada pilihan dan terpaksa membeli ayam segar walaupun terbeban dengan harganya yang mahal.

Bagaimanapun, dia mengatakan terpaksa mengehadkan pembelian ayam segar kepada hanya dua ekor seminggu berbanding empat atau lima ekor sebelum ini.


"Memang ramai terbeban bila harganya melonjak kepada RM11 sekilogram berbanding hanya antara RM8 hingga RM9.90, akhir tahun lalu.

"Ramai pengguna termasuk saya sering merungut pada penjual ayam segar, jika harga ayam terus mahal, sudah pasti tidak ramai yang dapat beli seperti sebelum ini.

"Di pasar raya besar, memang ayam segar dijual pada harga siling namun jumlahnya tidak banyak dan sering kehabisan awal, menjadikan pengguna termasuk saya terpaksa ke pasar basah juga.

"Sudah tentu ramai akan lebih terbeban menjelang Aidilfitri ini kerana ayam menjadi antara juadah utama hari raya," katanya.

Pada 2 April lalu, peniaga dilaporkan masih mematuhi harga siling ayam bulat pada kadar RM9.40 sekilogram sejak 1 Ramadan lalu, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Katanya, dengan pemantauan berterusan itu, pihaknya berharap harga berkenaan akan kekal dipatuhi sehingga Syawal nanti.

"Bagi memastikan peniaga terus patuh dengan harga ditetapkan itu, KPDN bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) serta pemain industri akan peka setiap masa," katanya.

Dalam pada itu, peniaga ayam segar, Hafizul Mohamad, 41, berkata, peniaga ayam terus tersepit apabila pembekal meletakkan harga ayam segar pada kadar RM9.10 hingga RM9.30 sekilogram.

Oleh itu, katanya, adalah mustahil peniaga ayam segar mampu menjual bahan mentah itu pada harga siling RM9.40 sekilogram.

"Ayam sampai pun sudah RM9.10 hingga RM9.30 setiap kilogram, bagaimana peniaga nak jual pada harga siling RM9.40 seperti ditetapkan kerajaan.

"Pengguna memang sering merungut dan ada yang marah apabila harga ayam jadi RM11 sekilogram kerana peniaga terpaksa letak caj perkhidmatan RM1.60 bagi setiap kilogram. Jika tidak, sudah pasti ramai peniaga ayam akan gulung tikar.

"Harga ayam daripada pembekal memanglah RM8.10 sekilogram namun pembekal mengenakan caj pengangkutan RM1 bagi setiap kilogram ayam menjadikan ia RM9.10," katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, ia mengikut lokasi kerana ada pembekal mengenakan kadar RM9.30 sekilogram.

"Saya sarankan pegawai agensi berkaitan supaya beri laporan jujur kepada menteri berkaitan apa yang berlaku membabitkan harga ayam di peringkat pembekal.

"Jika tidak, sudah pasti isu harga ayam mahal ini tidak akan selesai," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 6-4-2023 02:59 PM
di sabah lama dah >rm10
Quote Firenzza 6-4-2023 03:15 PM
Kan pakar ekonomi dh ckp......

"By right (sewajarnya) kalau harga ayam dah mahal sangat, kita patut kurangkan makan ayam," katanya lagi.

....klau gaji menteri mahal sgt kita potong gaji menteri

Yg bener
Raja formula semalaysia

Quote gekkou 6-4-2023 03:18 PM
jangan makan ayam
Quote marvelez 6-4-2023 03:19 PM
by right menteri ekonomi kata jangan makan ayam
Quote Skuau 6-4-2023 03:22 PM
Firenzza replied at 6-4-2023 03:15 PM
Kan pakar ekonomi dh ckp......

"By right (sewajarnya) kalau harga ayam dah mahal sangat, kita patut ...

tetapi...tuan2,puan2...saya ulang...gaji menteri tak boleh kacau...ye...
Quote VespaSilbe 6-4-2023 04:44 PM
Cuti sekolah aritu iols perasan gak ayam sana lagi mahai dari Selangor.. tu pun beli kat pasar tani.. pasar tani apanya penjual Bangla ngan indon je
Quote mr_cool5885 6-4-2023 05:02 PM
Kalau aku ni kaya lama dah aku buka 1 ladang ayam & 1 ladang lembu besar namampos yg halal lagi toyyiban. Pastu bukak pulak 1 cawangan besar di setiap bandar besar jual mende2 ni. Harga siling je tak payah nak markap banyak asalkan balik modal rolling je. Kompom mampos kapitalis2 ni. Takyah org kaya kerajaan ado fama kan. Peruntukan 24juta setahun sudah. 2juta sebulan ayam lembu. Dari duit rakyat kembali pada rakyat. Dari ko bagi peruntukan kat kapitalis2 tokey ni semata nak stabilkan harga memang lemak la diorang. Ko ade kuasa tapi ko harapkan org lain.
Quote krustykrab 6-4-2023 06:04 PM
Firenzza replied at 6-4-2023 03:15 PM
Kan pakar ekonomi dh ckp......

"By right (sewajarnya) kalau harga ayam dah mahal sangat, kita patut ...

Rindu la nk dgr formula baru ciptaan piji...diam je skrg ni....
Quote epal_putih 6-4-2023 06:17 PM
Tongku leh tanya pakar formula
Why??
Quote ninja boy 6-4-2023 08:26 PM
Korang lahap ayam hari2 ka, zaman 80an 90an lahap ayam seminggu sekali ikan seminggu 3x lain hari lahap telur tempe tauhu kerang kupang sotong
Quote zuriey 6-4-2023 08:34 PM
Selayaknya untuk bangsa johor
Quote akies 6-4-2023 08:59 PM
Dari duk JB baik duk selangor
Harga barangan di sana tak terjangkau dek akal fikiran.
Quote jas7512 6-4-2023 09:44 PM
Kerang pun mahal..udahnya beli kerang dlm.tin rm6..mkn 2x portion...huhu....takkan nak mkn tauhu tempe hari2....
Quote vespa_oren 6-4-2023 10:02 PM
Simunggu replied at 6-4-2023 02:59 PM
di sabah lama dah >rm10

nasib ikan masih lagi murah banding kt semenanjung
Quote clarizsa 6-4-2023 10:04 PM
Lama dh x beli ayam sekor , i pilih2 yg siap potong bhgia drumsticks n thighs tu je senang
Quote kakikuDibibirmu 6-4-2023 10:12 PM
Mujur ayam tergolek dekat sini RM25 jah seekor nyum nyum nyum
Quote putu 7-4-2023 04:24 AM
Itu suda kira murah ya berbanding d sni. D sni ayam rm14.10 sekilo
Quote stingeramadhan 7-4-2023 05:03 AM
Kalo ayam mahal, beliler leher, kulit dan tongking ayam....1kilo campur RM3.....ko beli sekilo setengah...balik umah celup dgn tepung beras, ssdit tepong jagung...goreng garing garing....standby lingham extra gatlic...masak nasi panas panas...boleh buat waktu berbuka dan sahur.....for a meagre RM5.(harga rahmah)
Nikmat org berposa.....

Wallahhuaklam
Quote Oroi8887 7-4-2023 09:46 AM
Lol tu murah lg tuuu. Ko pegi sabah, beli ayam. Pengsannn haha

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.181667 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top