Seorang wanita berusia 27 tahun mengalami bisul di kedua-dua belah pipi selepas menjalani pembedahan pembentukan lesung pipit. Menurut perkongsian oleh Public Health Malaysia, doktor mengeluarkan nanah di pipi wanita berkenaan secara bius setempat.
Wanita berkenaan berjaya sembuh dalam masa tiga minggu, namun parut kesan daripada rawatan dan bisul itu kekal pada pipinya. Tambah Public Health Malaysia, komplikasi lain seperti jangkitan kuman dan saraf muka tercedera antara risiko yang boleh dihadapi oleh seseorang yang menjalani pembedahan lesung pipit tanpa mengikuti prosedur yang sebenar. “Pembedahan lesung pipit selalunya selamat jika dilakukan oleh doktor profesional bertauliah,” katanya. Menjengah ke ruang komen, rata-rata orang ramai berasa terkejut dan takut melihat pipi wanita berkenaan dan turut menasihati supaya jangan mudah terpengaruh dengan ‘beauty trend’ berbahaya seperti ini.
“Nak sangat kecacatan comel, sudahnya jadi kecacatan kekal. Sedihnya,” komen SuzyAziz. “Semua perlu ada tauliah, nak vitamin C, Botox, besarkan bibir dan cuci luka harian pun kena ada ilmu asa, bukan main terjah,” komen Muzukashii. Tidak kurang juga, ada orang ramai yang berseloroh berkenaan lesung pipit wanita berkenaan. “Nak sangat lesung pipit ‘fake’ sudahnya jadi lesung batu,” komen Hagemaru. -CARI Sumber: Kosmo
|
lattehazelnut replied at 6-4-2023 02:00 PM
Iols tgk zaman early 2000s tindik pipi jd dimple
namr replied at 6-4-2023 02:13 PM
syukurlah ada dimple ori takyah gigih buat yg pelesu
ADVERTISEMENT