CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lagak Macam Bujang- Suami Pilih Jadi Kaki Perempuan, Cerai Isteri Sarat Hamil

6-4-2023 01:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 758| Komen: 7

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila suaminya didapati curang bersama wanita lain.

Perkara itu tersebar apabila wanita terbabit meluahkan rasa marahnya di sebuah akaun Twitter untuk meminta pendapat orang ramai.


Lebih parah apabila suaminya itu juga sanggup bercerai dengannya dan memilih untuk menjadi ‘kaki perempuan’ daripada berubah dan fokus pada dirinya dan anak yang bakal dilahirkan.


Gambar Hiasan

“Aku minta suami aku pilih, berhenti ‘texting girls’ dan fokus dekat aku dan anak atau bercerai, suami aku pilih cerai,” luahnya.

Dia yang berasa terkejut dengan pilihan suaminya itu berasa kecewa kerana dia telah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan baik.

Bukan itu sahaja, dia juga turut meminta doa dari orang ramai untuk sentiasa kuat dalam menjadi ibu tunggal dan membesarkan anaknya yang bakal lahir.


Lebih menyedihkan apabila, rata-rata wanita yang menjadi kekasih gelap suaminya tidak mengetahui yang dia sudah beristeri.

“Dua kali aku siasat tanpa pengetahuan suami aku, perempuan-perempuan tu memang tak tahu yang suami aku dah berkahwin.

“Katanya sebab nampak macam bujang, buat TikTok dengan kawan-kawan lepastu selalu pergi melepak,” luahnya lagi.

Dia juga turut meminta pendapat orang ramai untuk memberitahu kos dan duit yang dia perlu sediakan bagi melalui proses penceraian kerana sudah tawar hati dengan suaminya itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berkongsi anggaran kos yang diperlukan dalam penceraian dan marah dengan sikap suaminya itu.

“Kalau bercerai secara baik, murah sikit. Fasakh minimum RM5,000 bergantung pada peguam,” komen Imjayls.

“Kuatkan semangat ‘sis’. Sambil proses nak bercerai, fokus lebih pada masa depan dan juga anak. Semoga allah permudahkan urusan untuk awak,” komen Nad. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azimodin 6-4-2023 01:46 PM
Kalau kat fb nanti muncul la hero2 yg berkata "ni mesti perempuan ni x layan suami dia. Sebab tu la ahli neraka ramai perempuan,"
Quote white_musk 6-4-2023 01:47 PM
Gambar tak ada ke
Quote Simunggu 6-4-2023 01:49 PM
ada lagi janda muda..
Quote lattehazelnut 6-4-2023 01:52 PM
Hari2 berita suami curang.,
Masalahnye isu semasa ke?
Quote ninja boy 6-4-2023 02:44 PM
Pergi berladang tinggal, berladang tinggal, merata2 berladang sana sini tinggalkan anak janda bersepah
Quote rosmahisham 6-4-2023 08:10 PM
Ye ke bercerai sampai 5k..klu laki dh x nak.. setuju nk cerai bkn free je ke x yah lawyer2 nih. Main lawyer ni kakau somi main tarik tali x nk lepaskan dgn cara baik/mudah!

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.186582 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top