CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malas, Sibuk Kerja, Tiada Masa, Sekolah Bagitahu Lambat -Punca Ibu Bapa Gagal Datang Ke Mesyuarat PIBG

6-4-2023 01:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 881| Komen: 8

PETALING JAYA – Tiada masa dan sibuk bekerja menjadi antara alasan yang diberikan oleh ibu bapa yang gagal untuk menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) setiap tahun.

Rata-rata daripada ibu bapa turut mengakui tarikh yang ditetapkan oleh pihak PIBG dan sekolah kadang kala tidak bersesuaian dengan masa mereka terutama yang bekerja pada waktu tidak menentu.


Seorang ibu, Nurshafura Abd Rahim, 38, berkata, isu yang se­ring dihadapinya adalah surat memanggil mesyuarat biasanya lambat diterima sehingga me­nyukarkannya untuk hadir.


Gambar Hiasan

“Memang mesyuarat diadakan setahun sekali, tetapi selalunya dapat surat pun dalam masa seminggu sebelum mesyuarat dijalankan. Bagi kami yang sudah berkeluarga, ia agak susah.

“Kalau dimaklumkan lebih awal, berkemungkinan ibu bapa dapat hadir dan bermesyuarat bersama persatuan,” katanya kepada Kosmo! di sini baru- baru ini.


Ahmad Kamil Abdullah, 35, pula berkata, tiada kerjasama yang baik antara ibu bapa serta pihak sekolah menjadi penyebab mesyuarat PIBG tidak mendapat sambutan.

“Ada yang aktif, ada yang kurang aktif dan bantah keputusan pentadbiran sekolah itu perkara yang sering berlaku dalam mesyuarat PIBG.

“Selalunya pihak sekolah yang membuat keputusan dan ini menyebabkan ibu bapa mula meluat. Apa yang mereka mahukan seperti dalam mesyuarat sering kali gagal dipenuhi oleh pihak sekolah,” katanya.

Sebelum ini Menteri Pendidikan, Fadhlia Sidek menggesa ibu bapa agar menghadiri mesyuarat PIBG)bagi menyelesaikan pelbagai perkara berbangkit termasuk melibatkan bayaran yuran PIBG. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 6-4-2023 01:39 PM
Tah ler korg ni..org beranak korg pun nk beranak, lps tu mcm² alasan pulak bila masuk bab besarkn anak². Kalau anak sorg takpe lg, ni bederet mcm anai².
Quote gekkou 6-4-2023 03:08 PM
bab anak sikit pun x nak berkorban
kang org yang sama jugak la berkicau bayar yuran
bayar buku
segala2 bayar
Quote annehuda 6-4-2023 03:29 PM
Bab last minute baru jemput tu aku setuju sbb mmg peel cikgu mcm ni. Yelah dh terbiasa keje half day depa ingat org lain byk masa free mcm diorg. Tipu la korg tak penah kene esok nak ptg tu cikgu baru habaq dlm group
Quote shernazz 6-4-2023 03:30 PM
Iols tiap2 tahun pergi 2 sekolah
Tapi tahun ni tak pergi kot..
Sebab husband iols ada event pastu iols plak baru habis pantang..
In Shaa Allah next year lah pergi..

Bulan ni 2 2 skola ada mesyuarat.pibg ni..tarikh dekat2 plak tu
Quote Login_ID 6-4-2023 03:30 PM
GB lahanat. boleh?
Quote Purplehaz 6-4-2023 03:47 PM
Buat jelah ONline meeting Pibg..mcm mase pkp aritu, ok jer.
Pernah suggest buat hari sabtu/Ahad..memang ramai parent setuju.
Tp tulah sekolah pulak xnak.

Ibu bapa yg hadir Pibg, aktv ni actually ada markah utk anak tau.
Quote RinIna 6-4-2023 03:53 PM
Kalau waktu bekerja mmg aku x g.. x kan nak amik cuti semata.. dahlah cuti nk smpan kalau ada emergency.. buatla sbtu atau ahad x pun online lagi senang.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.048864 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top