CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Murah Pun Terkejut! Pelanggan Macam Tak Percaya Beli Buah Melaka Harga Rahmah, 15 Biji Hanya RM2

6-4-2023 12:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1288| Komen: 35

Satu perkongsian foto yang tular di media sosial, menunjukkan sebekas kuih buah Melaka atau onde-onde yang dijual dalam satu bekas menarik perhatian ramai.

Ini kerana dalam bekas plastik tersebut mengandungi 15 biji kuih buah Melaka dan yang mengejutkan apabila harganya cuma RM2, jauh lebih murah berbanding kebanyakan kuih yang dijual di bazar Ramadan.


"15 biji RM2. Masih ada yang murah dan nampak so yummy (enak) dan kemas sangat," tulis seorang pengguna Facebook Joyce Manirath.

Foto: FB

Menurut wanita itu lagi, harga yang dibelinya bukan sahaja murah malah rasanya juga memuaskan hati.

"Sedap sangat-sangat. Lembut dan isi gula pun banyak. Sayangnya beli satu pek je tadi," katanya sambil menambah kuih tersebut di beli di sebuah gerai di Taman Insan di Jitra, Kedah.

Rata-rata netizen memuji dengan tindakan peniaga berkenaan yang masih menjual kuih pada harga berpatutan, jika dibandingkan dengan bazar Ramadan di kawasan mereka.


"Murah sangat, sini lima biji RM2.50. Susah nak jumpa harga tu.

"Nak suruh kami datang buka puasa kat sana ke macam mana ni?" demikian antara komen netizen.

Pada masa sama, perkongsian tersebut turut tular di pelbagai platform media sosial.

"Kita doakan peniaga ni diberkati hidup dan dapat mengerjakan haji dan umrah," tulis netizen menerusi hantaran yang tular bagi mendoakan peniaga tersebut. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 6-4-2023 12:23 PM
Kat Sabah ni, gitu dah RM 5.
Quote msdummy.2018 6-4-2023 12:29 PM
dua_chzy replied at 6-4-2023 12:23 PM
Kat Sabah ni, gitu dah RM 5.

Oklah tuh sis chazey..kami kat sini rm3 dpt 5bijibketui jah
Quote harisbee 6-4-2023 12:36 PM
mantap kedah...lebih rahmah dr selangor
Quote esbok 6-4-2023 12:43 PM
harga kuih ni mcmmana depa set? ikut dan
Quote gigahertz 6-4-2023 12:46 PM
makcik tu buat utk market Jitra Kedah. tetiba ada makhluk gi viralkan ke satu malaysia.
datang satu lori dari K.L / Selangor palau semua stok yang ada.
balik KL Selangor repack balik. quatity buang setengah.
so 5 ketul gula melaka each 14 sen kos jual balik RM 2.50
still ada RM 1.80 untung.
Quote gigahertz 6-4-2023 12:51 PM
esbok replied at 6-4-2023 04:43 AM
harga kuih ni mcmmana depa set? ikut dan

dia target jualan. kuih dah produce berapa. masuk dalam bekas
bekas dah keluar produces berapa. meniaga macam ni senang sebab dia
untung dia bersangkut pada bekas yang di jual. habis semua confirm untung.

kos seketul kuih tu berapa sen je.

Quote gigahertz 6-4-2023 12:53 PM
harisbee replied at 6-4-2023 04:36 AM
mantap kedah...lebih rahmah dr selangor

salah hb gerai makcik tu atas tanah sendiri.

Quote KamikuP 6-4-2023 12:57 PM
Kat Ipoh RM2.50 satu bekas mcm tu sedap dan lazat
Quote esbok 6-4-2023 01:00 PM
gigahertz replied at 6-4-2023 12:51 PM
dia target jualan. kuih dah produce berapa. masuk dalam bekas
bekas dah keluar produces berapa. m ...

thread mana ntah, aku baru ngadu aku beli donut gula biasa, seketul seringgit

motip aku beli juga, sbb aku dah terniat nak bagi juga donut ke orang. disclaimer sebelum kene cerca dgn acit2 porum 'hang bebai dah mahai hang pi beli juga'
Quote mizruncing 6-4-2023 01:07 PM
ada jugak yg berniaga sambil sedekah. jarang dah jumpa zaman la ni
Quote gigahertz 6-4-2023 01:08 PM
esbok replied at 6-4-2023 05:00 AM
thread mana ntah, aku baru ngadu aku beli donut gula biasa, seketul seringgit

motip aku beli  ...

dulu pernah viral sekitar tahun 2015 saudara baru ni jual donut 10 sen.ada tu hari i baca kat dalam forum ni katanya dah xde
Quote kepompong 6-4-2023 01:11 PM
msdummy.2018 replied at 6-4-2023 12:29 PM
Oklah tuh sis chazey..kami kat sini rm3 dpt 5bijibketui jah

versi besar gemok kot kalau rm3 5ketul

yg kecik comel macam buat sendiri kat rumah sepatutnya 5X3=15

seketul tu macam 3 ketul

tapi buah melaka yg gemok besar kurang sedap . kan
Quote KirazMevsimi 6-4-2023 02:02 PM
gula melaka kat dalam pecah cair di mulut. aduh nikmat. dap dapppp
Quote KirazMevsimi 6-4-2023 02:03 PM
tahniah ye, masih ada yang meniaga cenggini sambil beramal. yang kurang mampu, sama sama dapat merasa
Quote prettyuglybabe 6-4-2023 02:11 PM
i serik nak beli buah melaka..
selalu tak sedap gula secoet..
Quote Simunggu 6-4-2023 02:57 PM
msdummy.2018 replied at 6-4-2023 12:29 PM
Oklah tuh sis chazey..kami kat sini rm3 dpt 5bijibketui jah

di KK, 1 biji RM1
Quote msdummy.2018 6-4-2023 03:32 PM
Simunggu replied at 6-4-2023 02:57 PM
di KK, 1 biji RM1

Mahalnyaaa
Quote shernazz 6-4-2023 03:33 PM
msdummy.2018 replied at 6-4-2023 12:29 PM
Oklah tuh sis chazey..kami kat sini rm3 dpt 5bijibketui jah

Taman iols neh ada sorang indon ni buat onde2..5pcs rm3..kocik2 anak Jo..
Mmg kaya la nanti boleh buat banglo 5 tingkat kat indon nun..
Quote Lagubestbest 6-4-2023 03:44 PM
shernazz replied at 6-4-2023 03:33 PM
Taman iols neh ada sorang indon ni buat onde2..5pcs rm3..kocik2 anak Jo..
Mmg kaya la nanti boleh  ...

indon ke thailand mari bila depa meniaga mmg depa cekik. pandai meniaga.

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.270998 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top