CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Hadiahkan Home Theater Berisi Bom Kepada Bekas Kekasih Dan Suami, Mati Selepas Kena Letupan

6-4-2023 11:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 842| Komen: 4

NEW DELHI – Seorang lelaki India ditahan selepas meletakkan bahan letupan di dalam sistem home theater atau hiburan rumah dan menghadiahkannya kepada bekas kekasih dan suaminya pada hari perkahwinan mereka dengan niat untuk membunuh pasangan itu.


International Business Times melaporkan, polis di negeri Chhattisgarh, India, menyelesaikan kes itu sehari selepas peranti elektronik itu meletup di daerah Kabirdham dan membunuh pengantin lelaki, Hemendra Merawi, 30, dan abangnya, Rajkumar, 32, ketika mereka memasang sistem tersebut. 

Letupan itu turut mencederakan beberapa ahli keluarga yang lain termasuk seorang kanak-kanak.


Twitter

Sistem teater rumah itu dihadiahkan oleh tertuduh, Sarju Markam, 33, yang sudah berkahwin dari kampung Chhapla di daerah Balaghat, negeri Madhya Pradesh, kata polis.

Menurut pihak berkuasa, Markam sebelum ini menjalinkan hubungan dengan pengantin perempuan berusia 29 tahun itu dan berkeras mahu menjadikannya sebagai isteri kedua. 


Bagaimanapun, keluarganya telah mengatur perkahwinannya dengan Merawi yang tidak tahu tentang sejarah hubungannya dengan Markam.

Lelaki itu kemudian memutuskan untuk membalas dendam dan meletakkan bahan letupan pada sistem teater rumah sebelum menghadiahkannya kepada pasangan pengantin baharu tersebut, kata polis. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagnaklcc 6-4-2023 11:59 AM
Kalau org melayu main sihir, dia pakai bom terus.
Quote kelip2_07 6-4-2023 12:37 PM
india nie bunuh2 sng jer..sama mcm indon
Quote zuuu 6-4-2023 06:31 PM
Sialnya perangai ko jantan x guna...dh ada isteri sorg x cukup ko bcinta ngan pompuan lain siap nk jadikan isteri no 2,bila pompuan tu kawin ngan org lain ko hadiahkan home teater siap ngan bom lagi nak bunuh dyorg...tapi dlm berita x sebut pulak pompuan tu mati ke x,yg mati pngantin lelaki n abangnya...x leh bayangkan nasib pompuan tu,mesti keluarga lelaki tu salahkan dia...

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.037224 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top