CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak 14 Tahun Dan Teman Lelaki Upah Pembunuh, Serang Dan Cekik Ibu Sendiri Sampai Mati

6-4-2023 11:11 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 804| Komen: 5

MOSCOW – Seorang ejen hartanah, Anastasia Milosskaya diserang dan dicekik hingga mati apabila dia pulang ke rumah pada 24 Mac lalu, 

Daily Express melaporkan, polis Russia menahan anak perempuan mangsa yang berumur 14 tahun kerana mengupah pembunuh upahan untuk membunuh ibunya, lapor portal Daily Express semalam.


Anak perempuannya yang merupakan pelajar sebuah sekolah, dituduh bersekongkol dengan teman lelakinya untuk mengupah pembunuh upahan bagi menyerang dan mencekik ibunya sehingga mati.


Anastasia Milosskaya bersama anak perempuannya, Foto: Daily Express

Kira-kira 48 jam selepas serangan berlaku, mayat Milosskaya ditemui disembunyikan di dalam tong sampah di Balashikha yang terletak dalam wilayah Moscow.

Sebelum dibunuh, wanita itu telah meminta teman lelaki anak perempuannya supaya keluar dari apartmen mereka kerana bimbang dia memberi pengaruh negatif kepada anak perempuannya.


Pihak berkuasa Russia percaya anak perempuan mangsa mengupah dua remaja lain untuk membunuh ibunya dengan upah 350,000 rubel (RM19,391).

Kesemua tertuduh dan remaja itu berusia antara 14 dan 17 tahun. Mereka berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun.

Kedua-dua pembunuh upahan itu telah ditempatkan di sebuah pusat tahanan juvenil selama sebulan sementara siasatan dijalankan. 

Polis berkata, gadis itu dan teman lelakinya berniat untuk hidup dengan menggunakan wang simpanan ibunya berjumlah lebih 2.9 juta rubel (RM164,714).

Seorang rakan gadis itu berkata: “Dia bercakap tentang membenci ibunya berkali-kali, walaupun ibunya adalah orang yang baik yang menyayanginya.” -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 6-4-2023 11:30 AM
Cam jolie sket muka maknya.
Quote Kurex 6-4-2023 11:51 AM
Mesti jantan tu miskin sengkek. Yg pompuan jenis mutiara korsani sentiasa horny
Quote pocongkiutss 6-4-2023 11:55 AM
Bodo..duit takat 100k tu ingt bnyk sgt ke??? Pilih jantan sengkek, jht n tak guna plak tu
Quote menjad 6-4-2023 12:05 PM
mereput ajer lah di penjara.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.046990 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top