Nabil Ahmad lebih memberikan perhatian terhadap isterinya, Nazirah Ayub selepas kes penceraian melibatkan rakan artis kerap dilaporkan kebelakangan ini. Katanya kes rumah tangga yang menjadi bualan pada ketika ini membuka matanya untuk menjadi seorang suami dan bapa yang lebih bertanggungjawab.
Dia juga kini lebih rajin membantu melakukan kerja-kerja rumah yang pastinya membuatkan isterinya senang melihat perubahan itu. "Saya syukur isteri saya ditahap bersabar. Saya pula ambil iktibar dan muhasabah diri... mencari tanggungjawab yang saya belum laksanakan dan kekurangan dalam keluarga yang saya tak buat. "Selama ini saya ingat tugas saya cari nafkah dan berlagak 'raja' tapi sekarang saya macam terlebih beri perhatian kepada isteri saya... dia gembira dengan perubahan saya," katanya.u. Dalam pada itu, Nabil juga bersyukur apabila isterinya banyak bersabar dengan kerenahnya selain menerima kekurangan sepanjang berkahwin.
|
MatDeghem replied at 6-4-2023 11:57 AM
juga sekarang tarak job kat meletop. insof lah....
MatDeghem replied at 6-4-2023 03:57 AM
juga sekarang tarak job kat meletop. insof lah....
ujio replied at 6-4-2023 04:09 PM
Ohh dia dah takde host meletop lg ke bang mat..?
mrsamz replied at 6-4-2023 09:44 AM
Lawa2 ye anak dia
Carcosa replied at 6-4-2023 09:54 AM
Ada jugak ye yg terengennnn nak sondol dia ni
Mungkin sebab duit lah kot. Sebab lain, mcm takde.
ADVERTISEMENT