View: 2162|Reply: 19
|
Dulu Berlagak Macam Raja, Nabil Ahmad Insaf Lepas Banyak Rakan Artis Cerai- Beri Lebih Perhatian Pada Isteri Dan Anak-Anak
[Copy link]
|
|
Nabil Ahmad lebih memberikan perhatian terhadap isterinya, Nazirah Ayub selepas kes penceraian melibatkan rakan artis kerap dilaporkan kebelakangan ini.
Katanya kes rumah tangga yang menjadi bualan pada ketika ini membuka matanya untuk menjadi seorang suami dan bapa yang lebih bertanggungjawab.
Dia juga kini lebih rajin membantu melakukan kerja-kerja rumah yang pastinya membuatkan isterinya senang melihat perubahan itu.
Foto: IG
"Saya syukur isteri saya ditahap bersabar. Saya pula ambil iktibar dan muhasabah diri... mencari tanggungjawab yang saya belum laksanakan dan kekurangan dalam keluarga yang saya tak buat.
"Selama ini saya ingat tugas saya cari nafkah dan berlagak 'raja' tapi sekarang saya macam terlebih beri perhatian kepada isteri saya... dia gembira dengan perubahan saya," katanya.u.
Dalam pada itu, Nabil juga bersyukur apabila isterinya banyak bersabar dengan kerenahnya selain menerima kekurangan sepanjang berkahwin.
Kata Nabil lagi, dia juga pernah diganggu penyondol yang datang mencuba nasib untuk mendekati dirinya melalui media sosial namun kini semuanya dikawal oleh isterinya.
"Antara saya dengan dia, isteri saya yang banyak bersabar, terima kekurangan dan menasihati saya.
"Mesej (cubaan penyondol) biasa, nasib baik bukan saya yang uruskan. Dia bagi saya TikTok pun sebab boleh buat duit. Tapi saya tak tahu keadaan DM macam mana kerana dia yang jaga. Masa saya pegang memang ada ujian-ujian datang nasib baik tak layan," katanya lagi.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, bapa kepada tiga orang cahaya mata ini juga berpendapat bahawa kes penceraian kini diibaratkan sebagai satu trend yang semakin berleluasa.
Dia sebagai bapa bagaimanapun bimbang sekiranya perkara itu memberi kesan kepada mental anak-anak pasangan berkenaan.
“Sekarang ini macam dah jadi satu trend... boleh rupanya tuntut ini dan itu. Tapi sekarang ini lebih banyak kepada pentingkan diri sebab kita ada anak-anak dan kita tak boleh fikir masa depan anak-anak sendiri. Penderaan mental mereka macam mana,” ujarnya.
Untuk rekod, Nabil dan Nazirah telah mendirikan rumah tangga pada 2011.
Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Naira Mikayla, Layla Medyna dan Mishall Imani. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
Oh ye ke.... Penyondol2 tu entah2 fake account yang di buat oleh ponen bottom muka taraf lubang jamban je... Macam yang kau bagi 100 hengget haritu untuk heshe isi minyak dan bakinya untuk pergi buat treatment kat yun nam hair care. Fefeeling somi beri nafkah gittew!
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada jugak ye yg terengennnn nak sondol dia ni
Mungkin sebab duit lah kot. Sebab lain, mcm takde. |
|
|
|
|
|
|
|
muka busuk ni org nak sondol sbb duit je la |
|
|
|
|
|
|
|
bini ko tu mmg lawa, kalah artis! kalu petik jari ramai yg beratur tau!!! mmg xsangka dpt ke nabil this kind of look!
eloklah ko dh sedar hal2 jg kluarga ni |
|
|
|
|
|
|
|
Raja la sangat ko pun...tak pernah berkenan la dengan si nabil ni... |
|
|
|
|
|
|
|
juga sekarang tarak job kat meletop. insof lah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi dia ni sejak kawen nampak la jaga family ja apapun bagus laa bila kes2 yg berlaku ni dijadikan pengajaran.
Iols percaya bkn artis2 je terkesan tp netizen pn rasa menda yg sama.
Iols sendri tak seronok asal buka socmed hampir setiap hari berita pasal penceraian artis.
Bergilir2 lak tu depa ni naik mahkamah. Kelmarin shamsul annuar baharom semalam farid kamil hari ni shamsul yusof
Esok ntah sapa lagi.
Tahun ni mcm kurang retis yg naik masjid pakat naik mahkamah belaka plak
|
|
|
|
|
|
|
|
sama juga dengan sparing partner dia kat meletop. sekarang dah insof. pakai baju simple simple je |
|
|
|
|
|
|
|
bagus la klu sygkn family. |
|
|
|
|
|
|
|
MatDeghem replied at 6-4-2023 11:57 AM
juga sekarang tarak job kat meletop. insof lah....
Bukan ke dia bz urus bisnes skrg? |
|
|
|
|
|
|
|
MatDeghem replied at 6-4-2023 03:57 AM
juga sekarang tarak job kat meletop. insof lah....
Ohh dia dah takde host meletop lg ke bang mat..? |
|
|
|
|
|
|
|
ujio replied at 6-4-2023 04:09 PM
Ohh dia dah takde host meletop lg ke bang mat..?
Ada je.. host untuk family fued jgk |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi nabil ni bila jumpa depan2 mcm not bad jugak org nya. quite charming jugak.. so kalau ada gegadis birah yg cuba utk menyondol tu iols faham la. Harap2 ko memang tak buat perangai la ya nabil.. |
|
|
|
|
|
|
|
yg nak himpit dia sama spesis dgn yg nak himpit soeb
|
|
|
|
|
|
|
|
Nabil IRL tinggi dan muka kendo la jugak. |
|
|
|
|
|
|
| |
|