CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Ikan-Ikan Pun Terus Kencing Manis Dan Dapat Komplikasi Organ,"-Lepas Khairulaming, Dr Rafidah Perli Peniaga Air Balang Pula

6-4-2023 09:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4265| Komen: 87

Dr Rafidah Abdullah nampaknya tidak pernah penat menegur tentang gaya hidup yang berkait rapat dengan tahap kesihatan masyarakat.

Terbaharu Dr Rafidah mengulang kicau twit yang dibuat pengguna Twiter dengan nama Jalal Misai berhubung minuman berperisa yang dipercayai dijual di sebuah bazar Ramadan.


Foto: Twitter

“Saya jangka ikan-ikan pun terus kencing manis dan dapat komplikasi organ seperti potong kaki, buta dan rosak buah pinggang,” tulisnya di Twitter.

Kiasan membabitkan tahap kesihatan haiwan yang hidup di dalam air itu dilihat bersesuaian dengan sekeping foto dikongsikan Jalal iaitu dua jenis minuman di dalam balang kaca.




Jelas kelihatan balang berkenaan tidak ubah seperti akuarium yang biasa digunakan untuk membela ikan di rumah.

“Tinggal nak letak ikan saja,” tulis Jalal ringkas mengiringi foto yang dimuat naik.

Bagaimanapun tidak dinyatakan lokasi minuman berwarna kuning dan merah itu diniagakan.

Namun apa yang dikesali ialah warga maya dilihat bitter dengan metafora digunakan Dr Rafidah.

Rata-rata cuba menempelak Dr Rafidah kerana menggunakan kiasan ‘ikan akan potong kaki’ apabila diletakkan di dalam balang kaca itu kerana dikatakan dibancuh menggunakan gula dalam kuantiti yang banyak.

"Dulu datuk saya cakap kita hidup entahlah sampai bila. Jadi makan saja apa nak janji halal. Tapi berpada-pada bukannya langsung tak boleh makan doktor. Janganlah condemn saja.

"Doktor ikan tak pakai buah pinggang. Dia pakai insang. Mesti doktor tak tahu kan? Ilmu baru untuk doktor hari ini, selamat berbuka!

"Sesekali (tegur) okey je Dr. Banyak kali ni rasa macam annoying pula.

"Salam doktor, tapi ikan tak ada kaki. Kita nak potong apa?," komen beberapa netizen.

Walau bagaimanapun, dalam gurauan netizen, masih terselit beberapa komen yang menyokong kiasan Dr Rafidah berikutan komplikasi terhadap kesihatan kita sekiranya pengambilan gula tidak dikawal.

"Seram tengok warna (air). Jagalah kesihatan masing-masing. Berpada-pada apa yang akan masuk ke mulut.

"Memang tidak dapat dinafikan bahawa ada segelintir penjual menjual air yang terlalu manis. Pernah beli dan pernah memaklumkan terus kepada penjual.

"Apa yang doktor tulis adalah benar. Diabetes bukan boleh dibuat main. Saya pernah duduk wad selama dua bulan sebab terkena kuman tanah, macam-macam jenis penyakit yang dihidapi pakcik-pakcik katil sebelah. Ada yang kena potong tiga jari kaki," balas netizen pada ciapan asal.

Sebelum ini Dr Rafidah juga menjadi sasaran netizen apabila tampil menegur personaliti masakan popular Khairulaming kerana berkongsi cara memasak yang dianggap tidak sihat gara-gara penggunakan minyak berlebihan.

Teguran itu merujuk kepada resipi sambal hijau dan telur dadar yang dikongsikan Khairulaming atau Khairul Amin Kamarulzaman untuk resipi pada hari kesembilan berpuasa.

Bagaimanapun Dr Rafidah kemudiannya memohon maaf kerana ramai beranggapan dia menuduh Khairulaming merosakkan kesihatan rakyat Malaysia. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 6-4-2023 10:00 AM
acik ni kena berehat sebentar bersama kitkat…
Quote msdummy.2018 6-4-2023 10:01 AM
Aku xfhm..kenapa dia tegur skali tealive, kfc, mcd sma tuh?
Quote epal_putih 6-4-2023 10:03 AM
tengok cara reaksi netizen malaysia no wonder lah negara ni paling ramai yg obes di Asia
ikutla
yg nak minum makan tu badan memasing
silakan2 hahahhahahahahhaha
Quote _kelly 6-4-2023 10:05 AM
i think kan, instead of perli2 macam ni..why not dr tunjuk lifestyle dr sendiri..ramai lagi org yg berminat nak hidup sihat kurang gula kurang minyak

yang nak makan sedap tambah kolestrol apa bagai tu biar je la..hidup masing2, badan pon masing2..esok sakit pon duit sendiri yg keluar..dr patut rileks2 je ok..ni nampak bitter tak kena tempat
Quote opie5662 6-4-2023 10:10 AM
epal_putih: tengok cara reaksi netizen mal ...


Aku setuju.. Yg cakap sekali sekala tu kemain konpiden. Tak caya aku ngan sekali sekala diorg ni...
Quote juruterra 6-4-2023 10:13 AM
opie5662 replied at 6-4-2023 10:10 AM
Aku setuju.. Yg cakap sekali sekala tu kemain konpiden. Tak caya aku ngan sekali sekala diorg ni.. ...

kan...kalau gi mall,>50% overweight/obese. mesti dorang2 ni yg sentap kena tegur suka sgt minum manis2 ni
Quote sangbara2020 6-4-2023 10:14 AM
dokter ni dh xde keje lak ke asik nk interprem je
Quote evlinne 6-4-2023 10:16 AM
juruterra replied at 6-4-2023 10:13 AM
kan...kalau gi mall,>50% overweight/obese. mesti dorang2 ni yg sentap kena tegur suka sgt minum ma ...

Hakikatnya klau keluar tengok sekeliling 7 drpd 10 orang kita jumpa mesti GEMOKKKK
Mencacatkan pemandangan
Quote mojarean_X 6-4-2023 10:25 AM
Iols sokong dr rafidah.
Quote juruterra 6-4-2023 10:29 AM
evlinne replied at 6-4-2023 10:16 AM
Hakikatnya klau keluar tengok sekeliling 7 drpd 10 orang kita jumpa mesti GEMOKKKK
Mencacatkan pe ...

hahaha... kalau gi park jalan2 / running i suka kira berapa % lg gemuk dari i tp yg geng2 gi park ni jenis jaga body kot so tak ketara sgt. bila masuk mall...confirmed la stats u tu....
Quote BoongaKertas 6-4-2023 10:29 AM
kalau tgk kat ig yg minum starbucks siap tambah caramel etc tu on daily basis tu pun iols dah ckup seram. tp iols setuju jer teguran dr ni, sheols doc pakar plak. tp tulah, rakyat msia ni mana nak dgr kata. lol. ujung2 masuk sepital, gomen lah tanggung kekdahnya.
Quote Decaffeinated 6-4-2023 10:32 AM
Teguk secara umum OK. Kena tempat.
Quote zarul427 6-4-2023 10:35 AM


biar mereka potong kaki docc
Quote d_anne04 6-4-2023 10:35 AM
sy pun sokong dgn dr rafidah..
tapi tak perlu la kot mention kerosakan organ pada ikan..
kan dah kena balik setempek


tgk la apa yg berlaku skrg..pusat dialisis semakin bertambah macam cendawan tumbuh selepas hujan
pengunjung tak kira umur..
Quote pooh~key 6-4-2023 10:37 AM
epal_putih replied at 6-4-2023 10:03 AM
tengok cara reaksi netizen malaysia no wonder lah negara ni paling ramai yg obes di Asia
ikutla
yg ...

Dont worry sis. Akak team kau dalam bab ni sis.
Quote Simunggu 6-4-2023 10:37 AM
nasib dia tak cakap akurium tu sakit buah pinggang sbb kencing manis
Quote Dwdrum 6-4-2023 10:47 AM
Drinks letak dalam fish tank
Quote ninja boy 6-4-2023 10:50 AM
Edited by ninja boy at 6-4-2023 10:51 AM

bahan pewarna kemain
Betullah Dr tu ckp
Air balang manis ni minum 1-2x seminggu xdak apa lah bukan hari2
Air balang isi air paip
Untuk yg malas bikin sendiri air lemon biru ka cikong ka cendol ka boleh beli
Quote kucingitam 6-4-2023 10:53 AM
dia dr..dia nampak mcm2 masa merawat tu, dia tau keadaannya tak mudah bila sakit..pesakit, keluarga pesakit.. atas dasar tu dia bagi nasihat..tapi dah netizen nak mempertahankan juga gaya hidup tak sihat tu.. nak wat caner.. mati tapi process nak mati tu, sakit lama menyusahkan diri sendiri dan org lain atau sakit sehari dua terus mati...

Lihat semua komen(87)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.051561 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top