CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saya Akan Bawa Teropong Dan Pergi Duduk Tepi Pagar - Sanusi

5-4-2023 05:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1467| Komen: 12

Walaupun tidak mendapat sebarang jemputan rasmi, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tetap akan hadir ke Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA'23).

Katanya, beliau berkemungkinan hadir sebagai pengunjung biasa dan perlu membawa teropong bagi meninjau pesawat pada pameran antarabangsa yang dijadual berlangsung Mei depan.


FB

Bagaimanapun katanya, kerajaan negeri tidak akan bersikap lepas tangan apabila pelbagai persediaan LIMA'23 sedang giat dilakukan termasuk membabitkan penginapan, mobiliti, pengangkutan dan pihak keselamatan.

"Saya adalah Pengerusi Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), saya juga Menteri Besar dan banyak lagi jawatan yang berkaitan, jadi kalau saya tak dijemput ke LIMA'23, saya tetap akan hadir.

"Saya akan bawa teropong dan pergi duduk tepi pagar Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL). Saya kata pada pegawai, jika tak dijemput kita beli meja lipat dan teropong seorang satu, kita duduk tepi pagar kita tengok kapal terbang dan kapal laut.


"Tepi pagar itu ada orang jual laksa (boleh makan-makan), saya pergi sebagai pengunjung tak akan mereka nak halau," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Jumaat lalu, Sanusi menyatakan pihaknya akan memberikan komitmen 100 peratus demi kelancaran dan pelaksanaan semua acara pada LIMA'23 dapat berlangsung secara sempurna.

Sebelum ini, beliau mendakwa tidak dijemput ke program berkenaan dengan semua acara pada pameran membabitkannya sebagai Menteri Besar digantikan dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Norizan Khazali.

Sementara itu, mengulas mengenai Kedah yang kini dilihat sering menjadi sasaran kritikan Kerajaan Persekutuan, Muhammad Sanusi berkata situasi itu berlaku kerana beliau dilihat sebagai seorang pejuang.

"Ada orang orang di Kuala Lumpur dan Selangor tanya mengapa Menteri Besar Kedah jadi sasaran 'tembakan' di Parlimen, saya jawab kerana saya pejuang. Orang lain yang tidak 'ditembak' bukan pejuang, jadi orang tidak cari gaduh.

"Orang cari pasal maka saya kena jawab, macam isu Tanah Rizab Melayu itu satu usaha memberi gambaran buruk kepada kerajaan negeri seolah kita mengabaikan kepentingan tanah rizab sehingga hilang 5,100 hektar tak diganti, sedangkan ia tak berlaku," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 5-4-2023 10:04 PM
Tak kan lah tak dpt jemputannn
Quote juboqhang 5-4-2023 10:05 PM
Koyak?  

Quote KamikuP 6-4-2023 08:54 AM
Tebal betul muka dia ye tapi hati dia kental di ayam ayamkan je si TMJ tuh.. ekekeke
Quote areyam 6-4-2023 09:02 AM
Lawan tatap Lawan
Quote adizero11 6-4-2023 10:56 AM
Walaupun personaly aku x suka dia tp kalau ikut protokolnya kita kalau buat apa2 program level antarabangsa di mana2 negeri..perlu menjemput Menteri Besar negeri berkenaan..atleast utk Majlis Perasmian..sbb level MB ni lg tinggi dari level menteri2 kementerian dan lagi satu sbg penghormatan utk beliau sebagai tuan rumah bagi program berkenaan
Quote Simunggu 6-4-2023 10:59 AM
tak penting lah tu...
Quote johan-adx 6-4-2023 10:59 AM
adizero11 replied at 6-4-2023 10:56 AM
Walaupun personaly aku x suka dia tp kalau ikut protokolnya kita kalau buat apa2 program level antar ...

btul lah tu..hormat tuan rumah..kita msk kwsn dia kena lah jemput dia skali.
Quote dekmieDandy 6-4-2023 11:17 AM
so siapa yang koyak sebenarnye ni
Quote harisbee 6-4-2023 12:33 PM
x der adab penganjur....tuan rumah x dijemput...tu pun masih walanon2 yg membekup...jenis2 x ada adab jua lewtu....sebab kawan tu berlainan parti ko layan dia mcm musuh tp menempek kat tmpt dia....insapla wahai walanon yg mulut je berpuasa tp hati negro
Quote otai_g 6-4-2023 12:46 PM
Ha ini dia pmx punya penangan. Undi lg. Undi
Quote tripleid 6-4-2023 01:01 PM
Bagaimanapun, Sanusi berkata selagi tidak menerima undangan rasmi maka dia kekal berpendapat kabinet telah menyekatnya daripada hadir Lima 2023.

LIMA tu lambat lagi 23/5..blom dapat undangan dah menggelupor tuduh federal takmo jemput??ko mmg bodoh ke Nusi??saja kan nak create isu nak bagi nampak pmx kejam sbb tak jemput hang??



Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.036496 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top