CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

4 Warga Uzbekistan Disyaki Sebar Aktiviti Keganasan Di Indonesia Ditahan

5-4-2023 05:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 348| Komen: 2

Empat warga Uzbekistan ditahan polis Indonesia kerana disyaki terbabit dalam penyebaran aktiviti keganasan melalui propaganda di media sosial.

BH Online melaporkan, mereka ditahan pada 24 Mac lalu dalam operasi polis antikeganasan Indonesia, Densus 88, hasil kerjasama Imigresen Jakarta Utara berdasarkan maklumat daripada Kerajaan Uzbekistan.



Gambar hiasan

Kesemua suspek berumur dalam lingkungan 26 hingga 40 tahun itu turut disyaki terbabit jaringan Daesh antarabangsa dan Asia Barat, kata jurucakap Polis Indonesia, Brigedier Jeneral Ahmad Ramadhan, dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, mereka juga disyaki mempunyai kaitan dengan organisasi pengganas, Khatiba al-Tawhid wal-Jihad yang dahulunya dikenali sebagai Jannat Oshiklari.

Kesemua suspek yang tiba di Indonesia pada Februari lalu, didakwa berusaha merekrut individu yang mempunyai fahaman sama untuk melakukan tindakan keganasan.


Tiga suspek didakwa aktif menyebarkan propaganda dalam pelbagai media sosial, manakala seorang lagi suspek pula dipercayai bertindak sebagai pembuat dokumen palsu dan penyedia kewangan. 


Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wikedsaikel 5-4-2023 05:24 PM
Mula dahhhhh. Setan betul la kalau betul dan bukan penaya.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.090556 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top