CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tinggal Dokumen Diri Dan Motor, Lelaki Dikhuatiri Lemas Terjun Jambatan Kedua P. Pinang

5-4-2023 04:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 357| Komen: 1

Seorang pemuda dipercayai terjun dari Kilometer 17.1 Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah atau lebih dikenali sebagai Jambatan Kedua, menghala ke Batu Kawan awal pagi tadi, dikhuatiri lemas.

Mangsa berusia 33 tahun dan berasal dari Bayan Lepas sebelum itu dikatakan meninggalkan dokumen diri bersama sebuah motosikal jenis Honda Wave di atas jambatan berkenaan.


Anggota bomba ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa di lokasi sekitar Jambatan Kedua Pulau Pinang hari ini.

Jurucakap Bomba Negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 2.49 pagi dan tiba ke situ kurang 10 minit kemudian.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru berada di lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa.

“Pihak pengurusan Jambatan Kedua Pulau Pinang memaklumkan terdapat seorang lelaki Melayu telah terjun ke laut dari atas jambatan.


“Tindakan anggota adalah dengan melakukan kerja- kerja mencari dan menyelamat di permukaan air serta dibantu pihak polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan agensi berkaitan,” katanya hari ini.

Bagaimanapun, sehingga petang ini, mangsa belum ditemui dan operasi pencarian masih diteruskan.

Mana-mana individu yang mempunyai masalah kemurungan atau menghadapi tekanan boleh menghubungi Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Soko­ngan Psikososial (MHPSS) di 03-29359935 atau 014-3223392 atau Talian Kasih 15999/WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999. 


Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.031923 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top