CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Terpisah 14 Tahun, Wanita Sukar Cari Anak Kandung Hanya Dengan Sekeping Foto Masa Bayi "Tak Tahu Mana Keluarga Angkatnya"

5-4-2023 04:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1392| Komen: 10

Seorang wanita meluahkan rasa rindu terhadap anak lelakinya di laman Facebook.

Menurut Asrul Hidayu, anak lelakinya iaitu Muhammad Danial Hazmi telah diserahkan kepada keluarga angkat selepas dilahirkan pada 22 Ogos 2009.


Wanita itu turut memuat naik sekeping foto bayi dan memohon bantuan netizen untuk membuat ilustrasi atau gambaran wajah terkini anaknya.


Foto: via mStar

"Assalamualaikum. Bolehkah tolong editkan gambar anak akak yang terpisah 14 tahun ni? Agak-agak macam mana wajah dia sekarang?

"Walaupun wajah dia mungkin sangat-sangat berbeza. Sekurang-kurangnya mampu mengubati rindu yang tiada kesudahan," ujar wanita itu.

Tambahnya, gambar yang ada dalam simpanannya dirakam ketika anaknya baru berusia tujuh hari.

"Dia ada dengan keluarga angkat yang akak tak tahu keadaan dan keberadaan dia dekat mana.

"Sampai sekarang masih berharap dapat dipertemukan dengan dia. Rindu sangat-sangat. Sekarang dia dah ada empat adik. Adik dia tahu kewujudan dia," tulis wanita itu lagi.

Dia bagaimanapun tidak berkongsi secara terperinci kenapa anak lelakinya itu diserahkan kepada keluarga angkat.


Foto: via mStar


Perkongsian wanita itu menerusi group Facebook Edit Apa Hari Ni? turut meraih pelbagai reaksi netizen.

Malah, seorang pelayar Facebook dikenali sebagai Shabikan Manan turut berkongsi ilustrasi wajah seorang budak lelaki yang diinspirasikan daripada wajah bayi tersebut.

"Sekadar mencuba dari wajah asal bayi. Wallahualam. Moga dipermudahkan urusan pencarian puan. Amin," tulis lelaki itu.

Dalam pada itu, ramai netizen turut menzahirkan rasa simpati dan mendoakan wanita itu dapat disatukan semula dengan anaknya.

"Semoga dipermudahkan urusan pencarian. Memang elok dicari. Lagipun anak lelaki, antara wali kuat untuk adik-adik perempuannya.

"Kenapa famili angkat tu tak nak inform kalau pindah ke apa? Berdosa pisahkan anak daripada emaknya.

"Laa akak bagi kepada keluarga angkat, macam mana akak sendiri pun tak kenal?" tulis beberapa netizen. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 5-4-2023 05:02 PM
Masa baby tu macam muka TT.
Cer cari kat CARI dot com.
Quote prettyuglybabe 5-4-2023 06:01 PM
takkan no ic and copy surat beranak anak pun tak ada masa bagi kat orang tu..
baby masa lahir bila dah besar berubah mukanya..
kalau netizen viral, harap mak pak angkat notice je la..
tu pun kalau dorang bagi tau status anak tu..
Quote asmurai 5-4-2023 06:16 PM
Edited by asmurai at 5-4-2023 06:17 PM

Dilema membela anak angkat. Mak kandung dia ni tak ada anak lain ke? Kesian jugak kat family angkat penat penat bela , mak kandung nak balik anak dia. Kadang mak pak angkat pun busy kerja tak sempat nak melayan mak kandung asyik nak jumpa
Quote syamzana 5-4-2023 06:20 PM
asmurai replied at 5-4-2023 06:16 PM
Dilema membela anak angkat. Mak kandung dia ni tak ada anak lain ke? Kesian jugak kat family angkat  ...

"Sampai sekarang masih berharap dapat dipertemukan dengan dia. Rindu sangat-sangat. Sekarang dia dah ada empat adik. Adik dia tahu kewujudan dia," tulis wanita itu lagi.

rasa dia bkn nak blk, nak jmp je kot, kenalkan dgn adik bradik yg lain. bagus gak kot la nati jd kes bercinta dgn adik sendiri sbb x pernah jmp kan haru.
Quote elnor_81 5-4-2023 11:41 PM
Sbnrnya sian jugak pisahkan dr kuarga kandung. Mcm aku ni..kuarga kandung slalu jugak tya. Tp tu la..sokmo nk.amik tau.pun x best gak.letih rse nk lyn..jd aku saja update gambo kt wasap status. Pandai2 la.tgk.situ. jd xde dh la dok msg nk.gambor. tgk.aa situ puas2. Ari tu smggu skali nk tgk. Lps mil aku sindir, bru la stop dh. Ni dh jd sbln skali nk dtg tgk.
Quote Suchi 6-4-2023 06:17 AM
Dia rindu nak tgk muka anak dia je, heran plak kenapa keluarga angkat terus lost contact ngn dia ya?
Tak bahaya ke kang nanti terkawen adik badik ke apa kot ye pun risau mak kandung nk balik anak tu jgnla pisahkan.
Esok2 budak tu kalau tau dia ank angkat konpem dia akn cari gak ibu kandung dia nk gak tau sapa yg lahirkan dia tu.
Jangan risau laa anak akan lebih sayangkan ibu yg besarkan dia, tp dia mesti nak gak kenal ibu kandung.
Asalkan mak angkat bela elok2 takdenya anak angkat tu nak larikan diri kembali ke mak kandung.
Quote KamikuP 6-4-2023 09:15 AM
Mesti ada citer knp dia serah pada keluarga angkat. Logik akal takkan le takde contact khuenzz?
Quote azimodin 6-4-2023 09:20 AM
Tetiba aku teringat kes makcik & sepupu aku. Dua2 kes ambik anak angkat, dah bela beberapa bulan family baby datang mintak balik. Zaman dulu2 mana ada fikir black & white. Ada satu kes lagi pulak family anak angkat tu asyik datang rumah & pinjam duit. Disebabkan kes ni adik beradik aku x ambik anak angkat walaupon xde anak.
Quote lurve82 6-4-2023 10:39 AM
ni mcm aku baca dkt confession je...baru je berapa hari lepas aku baca rasanya...letak dkt baby hatch...skrg dok rindu dkt anak sulung dia tu...teringt2...ramai komen suh carik balik...ada sbb dia letak dkt situ...mls nak story dkt sini...

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.038194 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top